Baru-baru ni aku dan Geng Hai Blogger telah berkesempatan untuk hadir ke Butik Yaya Rosly yang bertempat di Seri Kembangan.
Sampai je depan butik.. aku dah terpegun tengok dress pengantin ni.. selain tu, banyak lagi koleksi baju pengantin yang cantik sangat-sangat. Rambang mata aku dibuatnya.
Siapa Yaya Rosly? Yaya Rosly adalah bekas pelajar Fesyen lulusan University Lim Kok Wing.. Masih Muda.. Yaya telah menceburi bidang fesyen hampir 4 tahun. Dan.. nak tau tak.. apa kelainan Yaya berbanding pereka fesyen lain... Kelebihan dan kelainan Yaya Rosly ialah dia adalah pereka baju untuk gadis genit atau 'petite'. Bukan senang tau nak cari pereka fesyen untuk si kecik molek.
Yeay.. mesti korang yang genit ni suka kan.. sebab aku tau.. bukan senang nak cari designer yang boleh reka baju orang genit ni dengan cantik.. baju kat pasaran pun banyak untuk orang tinggi lampai jer... kesian kita-kita yang kurang ketinggian ni kan? ;)
Banyak koleksi baju kawen yang Yaya reka khas untuk gadis genit... semua nampak cantik dan wow.. materialnya pun bukan jenis biasa-biasa tau.. memang jenis berkualiti..
Lagi satu, kelainan dan kelebihan rekaan Yaya adalah pada bahagian belakang baju serta manik dan labuci baju.. Ya Allah.. memang cantik.. setiap manik dan labuci dijahit dengan teliti dan kemas.. Bahagian belakang baju akan diberi perhatian sama teliti dengan bahagian depan baju.. jadi, memang baju dari Yaya Rosly akan nampak cantik depan belakang.
Ini adalah salah satu koleksi yang aku sukaaaaa sangat.. warna cantik.. design menarik.. geram je tgk... Korang yang tinggi jangan plak risau tak boleh pakai koleksi Yaya Rosly ni... eh.. boleh la... Antara selebriti wanita yang pernah pakai koleksi Yaya Rosly ni adalah Mawar Rashid, pelakon cilik Mia Sara Nasuha , Nellydia Senrose dan Elizabeth Tan. Elizabeth Tan tinggi tau uolls.. so, kalau ada yang tinggi dan nak Yaya designkan baju.. boleh jer.. gi terjah Butik Yaya Rosly.
Selain dari baju perempuan.. Yaya Rosly juga ada membuat suit untuk lelaki jugak... antara selebriti lelaki yang pernah menggayakan koleksi Yaya Rosly ialah DJ sonic, DJ Ebby Halim dari Radio Klasik dan Pelakon Arja Lee.
Kot hijau ni dibuat dengan sangat teliti.. dan jahitan di kolar tu dijahit dengan tangan tau.. bukan mesin.. tengok.. betapa komitednya Yaya Rosly demi kepuasan pelanggan...
Selain dari koleksi baju.. Yaya Rosly jugak ada designkan kasut.. Ha.. kalau korang nak ada kasut yang ekslusif.. boleh trs tempah ngan Yaya.. Harga mampu milik tau..
Comelkan kasut ni.. aku ni dah la suka kasut yang ada design reben-reben camtu.. rasa kiut je bila pakai...
Dekat butik Yaya Rosly ni jugak, pelanggan boleh memilih sendiri kain yang diaorang suka.. dah tak perlu nak beli kain tempat lain dan tempah kat tempat lain.. semua dah disediakan di butik Yaya Rosly... Bincang je ngan Yaya.. semua bisa diatur..
Koleksi baju Yaya Rosly jugak boleh dibeli di Website.. kat sana korang kena cepat.. kalau lambat.. Sold Out la jawabnya nanti.. ;)
Ada jugak koleksi Shawl By Yaya Rosly.. Banyak corak dan pattern.. bole cuci mata kat website..
Yaya Rosly juga akan keluarkan koleksi untuk Hari Raya nanti... Yaya Rosly akan mengeluarkan lebih dari 20 design dan setiap design adalah LIMITED.. kalau habis, Yaya dah takkan restock tau... tu baru la ekslusif.. takde la..pergi sini.. nampak pattern sama.. pergi sana pun sama lagi.. tak best ar camtu kan... Aku memang tak sabar nak tunggu Koleksi Raya ni... mesti lagi debomb kan..
Di Majlis itu juga.. Yaya ada tunjukkan Durrah Caftan dan aksesori dari Yaya Rosly.. Cantik... Set tu berharga RM 150.00
Dan Alhamdulillah... kami semua dapat sorang satu set sebagai cenderahati.. happy wei... dapat pakai koleksi designer terkenal cam Yaya Rosly ni...
Rupanya Durrah Caftan ni direka dan dijahit khas untuk kami semua yang hadir pada hari tu.. eksklusif sangat tau...
Selain itu, kami semua dijamu dengan makanan yang memang sedap dari Eua Claire Restaurant Bukit Jalil dan Cup Cakes yang Super Sedap dari @cakesdelemari.. serius sedap.. rasa macam nak tapau bawak balik jer...
Semua geng-geng Blogger happy sangat hari tu.. Hadiah dapat.. Makan pun sedap.. ;)
Korang! Jangan terlepas peluang untuk dapatkan Koleksi Ready Made Hari Raya by Yaya Rosly nanti.. kena alert tau.. Yaya akan update bila koleksi dah keluar.. aku pun tak sabar nak tunggu ni.. maklum la.. aku pun golongan petite gak.. harap-harap la ada pattern yang sesuai untuk Plus size cam aku ni.. ;)
Alamat :
Yaya Rosly Couture
E-8-1, Taman Pinggiran Putra,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Whatsapp : 012-6460210
Website : Yaya Rosly
Facebook : Yaya Rosly
Instagram : @YayaRosly
Lawanyeee weiiii
ReplyDeletewow.. lawooo gilerrr dress kahwin tuuuu..
ReplyDeleteAssalam eyza,
ReplyDeletewaaaaaaaaaaa
bestnya dapat gi butik terkenal uols :)
rezeki3