Best ke menginap di First World Hotel Genting Highlands? - Blog Eyzamiel

1.4.21

Best ke menginap di First World Hotel Genting Highlands?

Assalammualaikum.

Alhamdulillah sekarang kita dah boleh rentas daerah walaupun rentas negeri masih tak boleh. Agak-agak bila lah dapat rentas negeri ni kan? Eyza dah tahap boring asyik dok berlegar-legar dalam Lembah Kelang je ni. Hihihi.

Sejak dua menjak ni pulak asyik rindu kenangan kat Korea je. Sejuknya cuaca kat sana masa tu. Nak pergi sana lambat lagi la jawabnya sebab kita pun tak tahu bila Pandemik Covid-19 ni akan berakhir. Mampu throwback gambar-gambar kat Korea je la buat masa ni. Harap- harap dunia akan kembali pulih macam dulu.


Nanti kalau dah reda dan boleh merentas negeri, first Eyza nak pergi Staycation dekat Genting Highlands. Kenapa Genting Highlands? Sebab Genting Highlands cuma 45 minit je dari Rumah Eyza di KL. Lagipun Genting Highlands adalah salah satu tempat percutian sejuk yang popular kat Malaysia ni. Tambah-tambah pulak sekarang ni Musim panas. Memang sesuai la kita pergi Genting Highlands ni.

Tanah Tinggi Genting dikenali sebagai salah satu stesen Bukit Malaysia yang terkenal selain Cameron Highlands. Salah satu sebab juga kenapa Eyza nak datang sini adalah sebab Eyza sukakan kesejukan udara gunung yang ada dekat sini. 



Cara datang k Genting Highlands

Cara yang paling popular bila datang berkeluarga ialah dengan bawak kereta sendiri. Tapi, kalau malas nak memandu boleh juga naik bas ke Genting Highlands dari TBS atau di LRT Taman Melati kalau tak silap. Macam Eyza hari tu, Eyza naik bas dekat TBS je senang. Terus je sampai ke Genting Highlands Premium Outlet. Nak shopping pun senang. Tambang pun murah je.


Kalau nak naik Cable Car pun dekat sini jugak. Boleh parking dekat sini dengan kadar bayaran RM 3 (weekdays), RM 4 (weekend) dan max RM 18 sehari.

Sebelum sampai ke Puncak Genting, kita akan jumpa Strawberry Farm dulu. Boleh la kalau nak merasa pengalaman petik strawberry kat sini.Selain tu ada juga Ladang Lebah dan juga Taman Rama-rama.

Genting Highlands Premium Outlet


Satu lagi sebab Eyza nak pergi Genting Highlands adalah sebab Eyza nak shopping! Dah lama mengidam nak shopping kat sini. Apa yang bestnya kat sini bila kita dapat shopping barangan berjenama dengan potongan harga dan lebih murah dari mall. Bestnya la hai. Mesti akan jadi rambang mata bila sampai sini nanti.



Skytropolis

Dulu Eyza pergi Genting semata-mata nak main permainan dekat Skytropolis ni je. Tempat  ni buat kita tak dapat beza siang atau malam sebab lampu LED terang benderang kat dalam ni. Ni kiranya Taman Tema dalam bangunan yang paling besar kat Malaysia rasanya. Ada lebih dari 20 jenis permainan dekat sini. 




Masuk sini nak main boleh, nak tengok saja pun boleh. Kalau nak main kena beli tiket dan akan dapat gelang untuk akses nanti. Skytroplis ni terletak dekat Puncak Genting iaitu di Sky Avenue.

Makan Lobster



Bestnya kalau dapat makan Lobster dekat Restoran Bunga & Lobster dan ianya merupakan restoran yang akan jadi pilihan penggemar Lobster untuk datang dan makan dekat sini. Tapi kena sabar sikit la sebab beratur panjang sebab viral dekat media sosial.

First World Hotel


Dan yang paling Eyza teringin sangat ialah nak menginap dekat First World Hotel sebab Hotel ni antara yang paling dekat dengan theme park. First World Hotel ni pulak banyak je promosi, sebab tu la hotel ni akan selalu penuh dan jadi pilihan kalau sesiapa ke sana.


Hotel ni jugak pernah pegang rekod Dunia Guinness sebanyak 2 kali. Hotel First World merupakan hotel terbesar dengan 7351 bilik. Hotel ni menang rekod dunia tahun 2006 dengan jumlah bilik 6118 dan pada tahun 2015, Hotel ni dapat gelaran tu sekali lagi selepas Tower 3 di bina.

Kalau nak selesa, boleh pilih untuk menginap di Bilik Wi-Fi, Triple atau World Club. Sebab tu la kalau ada duit lebih, Eyza memang nak spend untuk menginap dekat Bilik Paling Best dekat sini. Berbaloi rasanya.

Dari apa yang Eyza baca, untuk parking dekat sini, kita akan kena cas RM 18 sehari. Lebih baik dan selamat kalau kita parking berbayar.Waktu Check in pulak 3.00 Petang dan Check Out 11 Pagi.

Check in pun mudah je sebab kita boleh check in dekat Kiosk yang disediakan. Kalau check in dekat kaunter ada cas RM 14. So, baik kita check in sendiri je.

Sekarang ni memang berharap sangat dapat rentas negeri supaya dapat pergi bercuti dekat sini. Dah tak sabar rasanya nak rileks-rileks dekat tempat sejuk dengan family. Sesekali dapat bercuti dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur buat kita rasa nikmatnya.


No comments:

Post a Comment