Berbuka Puasa dengan Lauk Pauk Kampung Air Tangan Chef Ismail di Restoran Rebung - Blog Eyzamiel

12.4.21

Berbuka Puasa dengan Lauk Pauk Kampung Air Tangan Chef Ismail di Restoran Rebung


Assalammualaikum.. dok fikir menu untuk berbuka ke tu? Kekadang bila hari-hari masak pun sampai kita dh x de idea nak masak apa. Sesekali jom la kita berbuka dekat Restoran Rebung Chef Ismail. Penggemar makanan kampung wajib cuba tau makan kat sini.


Untuk Bulan Ramadhan ni, Restoran Rebung manawarkan Buffet Ramadhan dengan pelbagai seleksi makanan yang sedap-sedap. Kalau x silap ada lebih dari 90 jenis makanan kat sini. Pilih je mana yang kita suka tapi jangan sampai membazir ye.


Melangkah masuk ke dalam Restoran, kita akan nampak susun atur dan barang2 klasik seperti mangkuk tingkat, tudung saji sulam, talam bercorak macam kenduri dulu-dulu dan tudung saji anyam mengkuang. Pendek kata, Dato' Chef Ismail ni masih mengekalkan nilai-nilai kemelayuan dalam suasana dan menu-menunya.


Ruang Makan kat sini mampu menampung kapasiti sebanyak 300 orang pada satu masa mengikut S.O.P Blue Room berkapasiti 12 hingga 15 orang, Red Room berkapasiti 50-60 orang, Green Room berkapasiti 60 hingga 70orang, Stage Area berkapasiti 80 hingga 90 Orang, Yellow Room berkapasiti 25 orang manakala Anjung boleh menampung 40 hingga 50 orang.


Menu-menu kat sini semua sedap-sedap. Paling menjadi kegemaran Eyza ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Patin Masak Tempoyak. Memang sedap sangat. 



















Selain itu, bermula 1 Mac 2021, Restoran Rebung telah memperkenalkan :Ready-2-Eat-Series" iaitu Sambal Bilis, Sambal Udang Kering, Acar Buah, Sambal Belacan & Sambal Tempoyak. Produk-produk ini dijual di restoran dan juga boleh didapati di aplikasi Shopee.


Harga Buffet Ramadan 2021

Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett (umur 5-11 tahun)



No comments:

Post a Comment