Pengalaman bercuti dan menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands - Blog Eyzamiel

24.3.20

Pengalaman bercuti dan menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands


Negara kita sekarang ni tengah buat Perintah Kawalan Pergerakan angkara Covid 19. Eyza pun tak pasti bila semua ni akan berakhir. Eyza rindu Malaysia yang dulu. Yang bebas ke sana ke mari. Rindu nak travel macam dulu-dulu. Mudah-mudahan semua ni akan berakhir dengan cepat. Amin. 

Takpe la. Kita semua doa banyak-banyak ye. Ni Eyza nak share satu tempat best yang korang boleh bawak family bercuti nanti bila semua ni berakhir. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. 

Eyza sempat la #StaycationistaBeaute dengan kawan-kawan ke Swiss Garden Genting Highlands. Hotel ni baru lagi dibuka tahun lepas. Kiranya ni throwback la. Jangan pulak ada yang ckp Eyza pergi sekarang ni. No no no ye. Sekarang ni duduk diam-diam je kat rumah. 

Swiss Garden ni hanya ambil masa dalam 45 minit je dari Kuala Lumpur. Tak perlu naik sampai ke atas pun. Kiranya hotel ni kat pertengahan Genting Highlands je.  Dari hotel ni nak ke Genting Premium Outlet dan Stesyen Bas cuma 10 minit. Pihak hotel ada sediakan shuttle untuk ke sana. Kalau korang naik bas dari KL atau korang dari hotel nak shopping kat GPO, naik je shuttle hotel. Parking pun senang dekat sini sebab ada lebih kurang 300 lot parking kat sini. 

Bilik Hotel

Masa stay kat sini, Eyza dapat melawat bilik-bilik yang ada di sini iaitu Deluxe Room, 1 bedroom Suite dan Executive 2-Bedroom Residence. 

Eyza, Sally, Farah dan Fiqa duduk dekat Premier 2-Bedroom Residence yang terletak di tingkat 30. Satu bilik 2 orang. Siap ada dryer lagi untuk kita keringkan baju lepas mandi pool. Kalau nak seterika dan iron board, call je. Nnt pihak hotel hantarkan. 

Premier 2-Bedroom Residence




1-Bedroom Suite 



Deluxe Room



The Garden Terrace

Sepanjang kami kat sini, kami makan dekat The Garden Terrace yang terletak di tingkat 5 hotel ni. Breakfast, lunch dan dinner semua kat sini. Sedap2 pulak tu makanan yang chef kat sini masak. 

Tapi kalau korang nak makan kat luar pun boleh, banyak je kedai-kedai makan berdekatan hotel. 


Tapi, rugi kalau korang tak makan breakfast kat sini sebab makanan dia semua sedap. Boleh kata pilihan makanan pun banyak. Breakfast berkonsepkan buffet kat sini. 




Apa yang ada di sini? 

Dekat sini ada Games Room, Playground, Squash Court, Karaoke Room, Pool, Jakuzi, Sauna Room, gym dan macam-macam la. Yang bestnya pool kat sini air dia suam gitu. Rasa selesa sangat. Dah la pool besar. 



Karaoke Room dia besar sangat. Boleh muat satu family la. Boleh buat gathering dengan family dengan kawan-kawan dekat sini. 



Paling best ialah dekat tingkat 41. Kat situ la terletaknya Pool, Sauna Room dan paling best tempat ootd yang cantik giler. Rugi kalau korang tak bergambar dekat sini. 








Eyza pun hari tu tak puas nak stay sini. Harap lepas negara pulih ni dapat la kembali ke sini. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Swiss-Garden Hotel and Residences, 
Genting Highlands 
Windmill Upon Hills, 
Genting Permai, 
69000 Genting Highlands, 
Pahang Darul Makmur. 

Tel :+603 9213 0777 dan +603 9078 2600 



Facebook : Swiss Garden

Instagram : Swiss Garden

1 comment:

  1. seronoknya muka semua, dapat pulak yg jenis sekepala mesti lagi havoc kan! :D

    ReplyDelete