POTBOY x FAVE: EXPERIENCE MALAYSIA'S NO. 1 ONLINE TO OFFLINE GROCERY SALES - Blog Eyzamiel

17.7.18

POTBOY x FAVE: EXPERIENCE MALAYSIA'S NO. 1 ONLINE TO OFFLINE GROCERY SALES

Hari tu kan Eyza sempat la ke Jaya One untuk Karnival PotBoy x Fave. Macam-macam barang ada kat sana. Dah la murah pulak tu. Rambang mata la dibuatnya. Potboy ni adalah tempat untuk kita online shopping. Macam-macam ada kat sana. Kalau korang malas nak pergi pasaraya untuk shopping barangan keperluan rumah, pergi je ke web potboy. Gerenti korang suka sebab dapat berjimat. Tunggu je depan rumah, nanti diaorang hantar. Dah la Free Delivery dan takde minimum order. 


Masa Karnival hari tu, diaorang ada buat pertandingan Makan Nasi dengan BonChilli untuk rebut RM 1111 tau. Eyza pun konon nak cabar diri la dengan join pertandingan ni.


Untuk pusingan pertama kami semua kena try BonChilli dengan tahap pedas 10. Ya Allah, rasa macam panas giler dalam mulut. Hahaha.






Tengok la banyak mana serbuk cili yang kitaorang kena habiskan. Agak2 dapat tak Eyza makan?

Sebelum makan

Yang masih berbaki lepas makan

Eyza makan 3 suap je sebab perut dah bergelodak. Hahaha. Hebat diaorang yang dapat habiskan. Salute la.


Ni barisan top 5


Sally berjaya jadi orang kelapan habiskan nasi yang pedas tu. Hebat.




Ha.. ni la pemenang untuk hadiah RM 1111 tu. Tengok dia makan ngeri tau sebab dia bukak penutup dan tuangkan semua serbuk cili dalam mulut. Dah la tahap pedas 15.  Giler betul. Hihihi.


Macam-macam produk  ada kat Karnival ni macam Maggi, Milo, 100 Plus, Sabah Tea, POKKA, Beras Jasmine, Kopi Kapal Api, Coca Cola dan macam-macam la. Semua pembayaran menggunakan apps FAVE. Scan je barcode dah siap. Senang sangat.  Kalau korang nak tengok barangan yang dijual kat web, korang boleh klik Potboy.












Dah la banyak sample kat sana. Orang kata try sampai kenyang la. Memang puas hati.





Akhirnya!! tengok la apa yang Eyza dapat borong kat Karnival ni. Macam-macam. Sampaikan nak balik tu terus ambik grab hantar kat rumah sebab berat sangat. Bagi Eyza barang kat sini murah dan berbaloi untuk kita beli.

Maklumat lanjut boleh layari:


Happy shopping uolls!


1 comment:

  1. Heyyyy! banyaknya hasil tangkapan dia..hahaha...syok la makan pedas-pedas..tapi Sally tak rasa pedas, rasa masin je..

    Congrats Potboy!

    ReplyDelete