Minum je cantik? Boleh percaya ke? Ha.. Eyza mula-mula pun tak percaya. Bukan setakat tak percaya, takut pun ada jugak sebab sekarang ni banyak sangat produk kecantikan dekat pasaran. Tak tahu mana satu yang berkesan.
Tapi kan.. baru-baru ni Eyza diperkenalkan dengan produk dari Sista Stardust. Tengok packaging je buat Eyza tertarik. Lepas baca detail lagi la Eyza berkobar-kobar nak try.
Sista Stardust ni ada 3 jenis Campuran Minuman Botani iaitu Berries Rose, Fib're Rose dan Colla Rose. Satu kotak cuma berharga RM 150 untuk 60 hari. Wah.. jimat kan?
Ok.. antara tiga-tiga produk ni korang nak try yang mana? Eyza try Berries Rose sebab ianya adalah produk anti penuaan. Maklumlah tahun ni umur Eyza dah makin banyak. Memang sesuai la produk ni dengan Eyza.
Berries Rose ni adalah makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kecantikan dan kesihatan.Ianya mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten no.3818483 yang mana mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam serta pelbagai masalah kulit yang lain.
Apa yang buat Eyza tertarik nak cuba produk ni ialah bila Eyza baca banyak testimoni dan feedback positif dari pengguna produk ni.
Berries Rose ni sesuai untuk yang ada alahan makanan laut.
9 kebaikan Berries Rose:
1) Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
2) Menghalang pembentukan Black head dan White Head
3) Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
4) Mengatasi masalah kulit berminyak
5) Mengatasi masalah liang pori terbuka
6) Menjadikan kulit lebih lembap
7) Membaiki tona kulit tidak sekata
8) Sesuai untuk masalah kulit sensitif
9) Menyihatkan penglihatan mata
Senang je nak bancuh Berries Rose ni. kalau ada shaker lagi best, masuk je dalam shaker, shake-shake dah boleh minum. Kalau takde, boleh je bancuh dalam cawan macam biasa. No hal la.
Ok.. Untuk bancuh Berries Rose ni, korang just ikut step macam kat bawah ni.
Campur 1 paket (10gm) ke dalam 150 ml air suam.
Shake-shake uolls bagi sebati.
dan terus minum serta merta selepas penyediaan.
Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Ianya boleh diambil sepeket sehari sebelum tidur.
Kalau nak tengok versi Video pun ada Eyza buat. Jom layan kat Channel Youtube Eyza ni.
Eyza suka Sista Stardust Berries Rose ni sebab ianya rasa masam-masam dari Berries tu. Tapi, bukan la masam yang tak best, ni masam-masam manis. Rasa sekali minum tak cukup secawan. Hahaha.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Perhatian : Sekiranya anda sedang mengandung,menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada Doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Yang paling penting, pastikan ambil air yang cukup setiap hari.
wah...makin bertambah berseri la eyza lepas ni kan
ReplyDelete