KULIN SEA SEVEN DAYS LATER & PURESH , Produk Kecantikan Halal dari Korea - Blog Eyzamiel

6.2.18

KULIN SEA SEVEN DAYS LATER & PURESH , Produk Kecantikan Halal dari Korea

Perempuan mana tak suka kulit cantik kan? Kulit cantik ni buat kita lebih confident walaupun tanpa mekap. Eyza ni jenis kulit kombinasi dan sensitif. Tak boleh pakai sebarang produk je. Kalau silap produk, habis la muka. Memang akan naik jerawat merah-merah tu. Eyza sendiri pun ngeri nak tengok.

Tapi, bila Eyza pakai produk dari KULIN SEA ni, muka Eyza ok je. Makin cerah dan lembut pulak kulit ni.


KULIN SEA adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan mengedarkan Set Skincare Seven Days Later dan UV Protector PURESH yang diformulasi di KOREA. Seven Days Later adalah Skincare pertama bagi syarikat ni dan ianya menggunakan bahan semulajadi.


Bulan lepas Eyza berpeluang ke Skincare Workshop  yang dianjurkan oleh KULIN SEA. Macam-macam yang eyza dapat belajar masa tu. Berbaloi sangat.



Founder produk Kulin Sea ni terdiri dari 3 individu hebat dengan 3 latar belakang dan kemahiran yang berbeza. Di majlis itu juga, mereka menceritakan bagaimana mereka setuju untuk bergabung hasilkan skincare ni serta buat demo menggunakan produk ni langkah demi langkah.


Kami juga diberi taklimat dan tips kecantikan dari Mr Imam yang diterbangkan khas dari Korea. Bukan setakat wanita je tau boleh pakai produk ni, lelaki pun pakai. Tambah-tambah orang yang memang selalu travel macam Mr Imam ni memang disyorkan guna bagi mengelakkan kulit kering dan kusam sebab ianya mampu merawat kulit dan melindungi kulit dari sinaran matahari.

Selalunya Eyza akan dapat pertanyaan sama ada sesuatu produk tu Halal atau tidak. Ok.. Untuk pengetahuan korang, produk ni disahkan HALAL dan boleh dipakai tanpa was was.

Produk ni menggunakan bahan-bahan semulajadi, Mesra Muslim dan yang penting ianya mendapat pengiktirafan HALAL dari GIMDES iaitu Turkey Highest Halal CertificationGIMDES ni turut diiktiraf oleh JAKIM dan boleh buat semakan di http://www.halal.gov.my/150216.pdf.


Didatangkan dalam botol cantik warna hijau turqoise buat Eyza rasa macam fresh je nak guna. Tu baru tengok botol, kalau dah guna bertambah fresh rasanya.

Set Seven Days Later ni ada 3 produk iaitu:
1. Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
2. Seven Days Later Premium Multy Essence 
3. Seven Days Later Fish Collagen Powder 

Set Seven Days ni memang best sebab ianya simple je nak pakai dan buat muka rasa best. Lepas pakai Eyza feeling-feeling macam kulit orang Korea pulak. Hahaha.

Nak pakai pun senang sangat. Ikut je langkah-demi langkah macam ni.

Langkah 1: Kulin Seven Days Later Premium Multy Essence


Premium Multi Essence ni berbentuk spray dan senang je. Bukak je penutup terus sembur kat muka macam kita pakai Face Mist tu. Ni lebih kurang la tapi ianya lagi best sebab buat kulit rasa segar je.Kiranya ni macam kita pakai toner je, tapi yang best kita tak payah nak sapu dengan kapas bagai. Just sembur je terus kat muka dan dap dap je pakai tangan. Lepas pakai tu kulit kita akan jadi segar sebab Essence ni ada Aloe Vera dan ia buat kulit kita lembap je walau seharian duduk dalam Aircond.

Langkah 2: Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence


Whitening Essence wangi , tidak melekit , tidak berminyak dan mudah diratakan pada kulit.Ianya mengandungi pelbagai khasiat daripada buah delima, buah tomato dan bahan sumber semulajadi serta Snail Slime atau lendir daripada siput yang mempunyai banyak manfaat kepada kulit bermasalah seperti jerawat dan parut jerawat.


Langkah 3: Kulin Seven Days Later Fish Collagen Powder


Fish Collagen Powder ni pulak mesti digunakan dengan Whitening Essence. Campur je dan terus dap dap dekat muka sampai sekata. Fish Collagen Powder ni dapat memperbaiki struktur kulit wajah yang rosak dari parut jerawat dan berfungsi untuk menganjalkan kulit.Kalau kita rajin pakai, liang pori kulit kita akan mengecil dan awet muda.

Selain dari dipakai di muka, Fish Collagn ni jugak boleh dicampurkan dengan Serum rambut. Eyza dah try dan memang best. Rambut Eyza dah makin kurang gugur sejak pakai produk ni. Suka sangat.

Langkah 4: Puresh UV Protector SPF35 PA


Eyza memang tak pakai UV Protector, pakai je BB Cream dah siap ada SPF. Tapi kadang-kadang kita memang perlu jugak pakai UV Protector kalau kita ke Pantai atau tempat yang terlampau panas sebab muka akan lebih dilindungi dari sinaran UVA dan UVB. Eyza suka betul dengan UV Protector dari PURESH ni sebab ianya tidak berminyak dan melekit.

Kalau nak tengok tutorial pun boleh. Eyza ada buat video untuk sesiapa yang lebih suka penerangan secara video.




So, kalau korang nak produk Skincare yang semulajadi dan halal dari KOREA, Eyza memang recommed sangat korang pakai produk dari KULIN SEA ni sebab Eyza dah pakai dan memang puas hati.


Kalau nak jadi partner business atau nak buat dropship dengan Kulin Sea boleh email jessica@kulin.asia

Maklumat lanjut boleh layari:

Website : www.kulin.asia

Facebook : https://www.facebook.com/KulinSEA

Instagram : https://www.instagram.com/kulinsea/

3 comments:

  1. Best kan produk ni..sampai sekarang SA memang satiesfied..kalau boleh tak nak tukar2 product lagi dah..

    ReplyDelete
  2. Alalaaa.. cantik je gambar dekat event hari tu. Pika tak sempat nak ambil gmbr sbb sibuk makan. Hahahaa.. Rugi pulak tak posing hr tuuu.. Btw, pika suka gilerr Puresh UV Protector tuu.. Bestttttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Eyza pun sebab tgk diorang semua posing terus semangat nk posing jugak.. Best kn UV Protector tu.. K.eyza pun suka..

      Delete