GT-888 Telefon Pintar terbaru dari GT Mobile - Blog Eyzamiel

9.2.17

GT-888 Telefon Pintar terbaru dari GT Mobile

 Eyza dah lama nak tukar handphone baru tapi... ha... rasa-rasanya apa yang buat hasrat tu terbantut? Duit la kan? Hahaha.. Duit yang ada nak dahulukan benda lain so Handphone kita KIV la dulu. 

Tapi... tapi... dengan tak disangka-sangka tuah ayam  Eyza datang jugak. Eyza dapat peluang untuk guna Smartphone GT-888 GT Mobile dari Singapura ni. Best kan?


GT-888 100% disiapkan di Singapura dan kini mencuba nasib nak masuk dalam pasaran Malaysia pulak.Sekarang ni GT Mobile dah ada 3 model telefon pintar iaitu GT-888, GT-886 & GT-883.


Apa yang best tentang Smartphone terbaru keluaran GT Mobile ni?

→ Menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1.
→ Dikuasakan oleh 64bit Quad core 1.0GHz
→ 2GB RAM + 16GB ROM, sokongan MicroSD sehingga 64GB
→ Paparan skrin 5.5 inchi.
→ Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.
→ Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.


Eyza dapat warna Metal Grey. Smart warna ni. Lagipun kaler gelap-gelap ni tak mudah nampak kotor.



Setiap set akan dapat 1 SmartPhone GT-888, bateri, Charger, earphone, casing dan screen protector. Lengkap semua sekali.


Smartphone ni boleh letak 2 sim card sebab ianya adalah konsep dual sim dan 1 memory card. Harga bermula dari SG$368 untuk 1GB RAM dan SG$398 untuk 2GB RAM.

First yang Eyza try ialah kamera. Blogger dan gambar berpisah tiada. 

Ni la hasil gambar dari kamera GT Mobile. Nampak mengiurkan tak Cheese Nan tu. 


Selain tu kamera ni jugak boleh dikatakan mesra selfie @ swafoto. Skrin besar senang kita nak adjust bagi muat.


Kesimpulannya Eyza memang puas hati dengan kualiti kamera dan bateri pun tahan lama. Bukak Youtube pun best sebab bila skrin besar seronok la anak-anak buah Eyza nak tengok kartun.

Untuk maklumat lanjut boleh layari GT Mobile

2 comments:

  1. kita suka sound dia superb!! puas hati tengok youtube.. hehhehe

    ReplyDelete
  2. dah try phone ni, memang bagus kualiti dia

    ReplyDelete