Bulan
November ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni
jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC
Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, Pusat Pelancongan
Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts
Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga
telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata ianya dilihat sebagai salah
satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.
Festival
yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan
keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar/urban
yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ia juga boleh menjadi
salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis serta karyawan
untuk memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada
orang ramai. Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka
peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri
kreatif serta makanan.
MSAF
ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung
yang hadir seperti Konsert, Kartun dan Komik termasuk kemunculan Karektor
Kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind, Persembahan serta Pertandingan Buskers
dan Band Indie, Mural dan Graffit,; Barber dan Clothing , Perhimpunan ‘Bikers’, Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck).
Antar Barisan
artis terkenal tanah air yang akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter,
S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut
membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini
Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.
Penganjuran
festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat
Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi
pelancongan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival
seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita
meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewahh ade sakura band. sukanya!!!
ReplyDelete