Dato' Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta ASTRA - Blog Eyzamiel

16.10.15

Dato' Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta ASTRA

 Salam Jumaat semua...

Baru-baru ni aku dapat jemputan event di Suka Sucre Bistro.. Ala.. Restoran Dato' Fazley tu.. 
Pada Majlis ni, Aspire Travel Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai ASTRA mengumumkan pelantikan Dato' Fazley Yaakob sebagai Duta Pelancongan ASTRA sekaligus  melancarkan logo baru ASTRA.. Majlis pada petang tu bertemakan "Perancis".


Acara ni disempurnakan oleh ketiga-tiga Ahli Lembaga Pengarah ASTRA iaitu YBhg. Dato' Mohamad Azmi Ibrahim, YBhg. Datin Asparila Yaacob dan YBhg. Datin Noriza Mohd Noor, disaksikan oleh beberapa jemputan khas dan rakan media.


ASTRA merupakan agensi pelancongan yang telah beroperasi selama 4 tahun di Kuala Lumpur. Antara khidmat yang ditawarkan oleh ASTRA termasuklah tempahan penginapan dan tiket penerbangan, pakej percutian dalam dan luar negara, pengurusan insuran perjalanan serta visa pelancong seluruh dunia.



Pelancaran logo baru ASTRA ni merupakan simbolik kepada kedewasaan ASTRA dalam industri Pelancongan di Malaysia, selain memaparkan imej yang lebih moden dan profesional dalam menguruskan pelan percutian.





Dengan Pelantikan Dato' Fazley sebagai Duta Pelancongan ASTRA, pelbagai pakej menarik dan ekslusif bersama-sama Pemenang Masterchef Selebriti Malaysia ini ke pelbagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara.




Kerjasama ini juga merupakan satu inisiatif oleh pihak ASTRA dalam usaha mengangkat industri pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.



Aku ni memang suka sangat-sangat Travel.... Tak kisah la dalam ke luar negara.. janji dapat gi melancong... Lepas ni kalau nak gi melancong, boleh la ushar pakej pelancongan yang best kat ASTRA ni.

Facebook / Twitter / Instagram : ASTRAHOLIDAYS

Aspire Travel Sdn Bhd
47-1, Jalan Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur

03-91723040

2 comments:

  1. insyAllah dikurniakan baby.. done folo sis, folo me back ;)

    ReplyDelete
  2. Best ler dapat jumpa dr fazleyy. Hehe

    ReplyDelete