Alhamdulillah.. Tak lama je lagi kita semua akan berjumpa dengan Bulan Ramadan.. Tak Sabar rasanya... Bulan yang memang dinanti-nantikan oleh semua Umat Islam.. Bulan untuk kita beramal dan mendapat pahala berlipat kali ganda..
Bila tiba Bulan Ramadan jugak.. Kita semua asyik dok pikir jer.. Nak bukak Puasa makan apa? Kat Mana? sedap ke tak?
Betul kan? Tak yah citer pasal orang lain.. aku pun camtu gak..hihihi...
Baru-baru ni aku berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Buffet Ramadan Anjuran Kumpulan Seri Segi dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor Holding di Laman Kayangan Shah Alam... Ramai yang cakap Buffet Ramadan kat sini antara yang terbaik.. aku pun tak nak la lepaskan peluang.. nak juga rasa sendiri.. betul ke sedap....
Untuk Tahun ni Laman Kayangan membawakan tema Asean's Bazar yang menghidangkan pelbagai menu yang bercirikan Asean Delight.
Dan setiap jenis makanan di sini disediakan di dalam warung... Terdapat 18 jenis warung di situ.... Wah.. cantik sangat setiap warung-warung tu.. teruja aku tengok... Setiap warung menghidangkan sajian yang berbeza.. Rasa nak try semua.. tapi.... memang tak larat nak makan... banyak sangat.. semua sedap pulak tu...
Ni antara warung yang terdapat di Laman Kayangan... susah nak buat pilihan.. warung mana nak terjah dulu.. ;)
Warung 1 : The Azzuri
~ Kat sini menghidangkan makanan western seperti Pasta Dan Spagethi.... Penggemar Pasta.. ni la tempat yang patut dituju dulu.. Spageti Carbonara memang best.. di masak panas2 bila kita minta...
Warung 2 : The Griddle
~ Kat sini menghidangkan Ayam terrayaki, Koay Teow Goreng da Mee Goreng...
Warung 3 : The Pots
~ Kat sini menghidangkan Laksa Penang dan Laksa Johor.. Untuk penggemar laksa.. ini memang warung yang sesuai untuk anda... Setiap hari.. 2 periuk besar kuah laksa disediakan untuk penggemar laksa.. so, jangan risau habis tau.. makan sampai kenyang...
Warung 4: Mixology
~ Warung ni menyediakan pelbagai jenis air.. ada sirap bandung, asam boi.. teh tarik.. so, kalau korang jenis yang suka pelbagai air.. bole la merasa kesemua jenis air kat warung ni...
Warung 5: Emperor Garden
~ Penggemar Nasi ayam.. wajib cuba nasi Ayam kat Gerai ni.. menghidangkan Nasi Ayam ala-Hainan berserta ayam panggang atau ayam stim...
Warung 6: Mix And Roll Em Up
~ kat sini kita boleh dapatkan Popia, Rojak Buah dan Somtam...
Warung 7: Fast And Furious
~ Gempak kan nama gerai? kat sini menyediakan Goreng Pisang , cucur udang dan Karipap Gergasi. Digoreng panas-panas kat situ jugak.. baru best...
Warung 8: The Snowy & Pops Pop
~ Kat sini sesuai untuk orang macam aku... Yeah! desert n Aiskrim.... Ada ABC, Laici Kang , Pulut Mangga dan Aiskrim.. Yeay.. Heaven tau..
Warung 9: Nasi Kandar
~ Ada pelbagai jenis lauk Nasi Kandar di Warung ni.. Aku sure.. mesti ramai yang suka gerai nasi Kandar ni.. Ayam Madu dia memang terbaik...
Warung 10: Chinese Hawker
~ Menyediakan Sotong Kangkung dan Yong Tau Foo..
Warung 11: Hot pan
~ Menyediakan Roti John.. Yang ni aku tak sempat rasa.. dengar kata sedap.. takpe.. Bulan Ramadan nnt aku nak repeat.. must try....
Warung 12: Let's Married
~ Seksyen ni aku paling sukaaa dengan Nasi Pandan.. Sedap.. kalau gi sini.. korang wajib try tau...
Warung 13: Sweet Temptations
~ Menghidangkan Kuih Muih dan pelbagai manisan.
ada banyak lagi menu yang best.. Tak larat nak explain semua.. pergi sendiri.. baru tau.. macam-macam ada.. berbaloi la bayar...
Selain dari makanan yang best, para tetamu juga akan dihiburkan dengan Kumpulan Ghazal sepanjang Bulan Ramadan ni...
Suasana Di Laman Kayangan ni jugak sangat selesa dan luas.. sesuai untuk seisi keluarga.. So, untuk yang ada anak kecik pun tak perlu risau...
Ops lupa plak nak citer.. Kat sini jugak ada sate dan Kambing golek tau.. kambing golek dia sedap.. langsung tak berbau.. Banyak gak la aku makan.. hihihi..
HARGA DAN PAKEJ YANG DITAWARKAN DI BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN 2015
Individual / Pax
Dewasa RM69
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM35
Pakej Ramadhan ( Untuk pelanggan yang membeli pada 1/4/2015 - 15/6/2015 )
* pakej ini dikenakan GST sebanyak 6% *
2 pax dewasa RM138 ( Percuma 1 pax kanak-kanak / warga emas )
5 pax dewasa RM345 ( Percuma 3 pax kanak-kanak / warga emas )
9 pax dewasa RM621 ( Percuma 1 pax dewasa )
Pakej Korporat
1 ) 10 tables RM6900
Free 1 tables + 5 pax
Free 100 special gift Ramadhan
Kupon diskaun : 15% (5 pax ) for next purchase
2 ) 20 tables RM13800
Free 2 tables + 5 pax
Free 2 VIP Setting Tables
Free 200 special gift Ramadhan
Free 2 Raya Hamper
Free 2 bunting
Projector & PA System
Kupon diskaun 15% ( 1 table ) for next purchase
3 ) 30 tables RM20700
Free 3 tables + 5 pax
Free 3 VIP Setting Tables
Free 300 special gift Ramadhan
Free 3 Raya Hamper
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 3 table ) for next purchase
4 ) 40 tables RM27600
Free 4 tables + 5 pax
Free 4 VIP Setting Tables
Free 400 special gift Ramadhan
Free 4 Raya Hamper
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 4 table ) for next purchase
5 ) 50 tables RM34500
Free 5 tables + 5 pax
Free 5 VIP Setting Tables
Free 500 special gift Ramadhan
Free 5 Raya Hamper
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 5 table ) for next purchase
Kalau nak booking boleh call no kat bawah ni :
019 452 0215 / 012 699 6634 / 013 435 7935 / 017 218 1875
012 253 3973 / 012 686 4515 / 011 1878 4681 / 03 5542 4200
Laman Kayangan
d/a Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Seksyen 7 , Shah Alam
Website : http://www.lamankayangan.com
Assalam eyza,
ReplyDeletebetuilaaaaaaa
nasi pandan tu paling win kan3
The blog works were so decent, I wished they never finished.
ReplyDeleteRamadan Saudi Arabia