Makan-makan di MJ Cafe & Restaurant, Kenanga - Blog Eyzamiel

29.9.14

Makan-makan di MJ Cafe & Restaurant, Kenanga

Ni citer Jumaat hari tu.. Aku n gang pergi makan kat MJ Cafe. MJ Cafe ni kat dalam Pusat Borong yang besar tu.. Kenanga Wholesale Centre.. Kali ni makan besar sikit sebab dah gaji.. Yeay.. Tak lah.. sebenarnya, kami semua gi makan kat situ sebab salah sorang membe opis aku dah nak bertukar.. pergi Hospital Selayang..Tu yang kitaorang kuar makan ramai-ramai..ye la, pasni dah jauh dah kalau dia nak datang semata-mata nak lunch ngan kami...


Mula-mula dok fikir gak nak makan kat mana.. tu pun, nasib baik membe aku bagitau nak makan kat MJ Cafe.. aku ok jer sebab sebelum ni dah pernah makan kat situ.. Sedap... banyak menu...




Membe aku buat reservation dulu..  sebab kedai tu selalu penuh.. nak tunggu makanan lagi..nanti lambat..order siap2 senang sikit.. sampai je terus makan...


Aku order Sirap Ais Krim Vanila (RM 4.00) ngan Chicken Chop (RM 15.90) .. 


Tapikan.. aku macam tak puas hati la ngan Chicken Chop ni.. kecik.. tak kenyang.. Rasanya sekarang ni dah tukar chef kut.. sebab makanan dia dah tak sesedap dulu.. tapi, bole la...


Tapi, kat sini.. Tom Yam dia best..cukup rasa la orang kata.. sedap....




Aik.. tetiba terselit budak kecik dalam tu..hihihi.. tu anak membe aku.. Rayyan..  merangkap anak angkat aku kat rumah... kalau kat rumah, aku selalu jer culik dia.. main kat rumah aku... dia kena join kitaorang sebab pengasuh dia ada hal.. so, kitaorang semua la jadi pengasuh dia hari tu.. dia pulak jadi penghibur kitaorang...


Habis makan, sempat la kami semua dok cuci mata kat dalam tu.. banyak baju yang murah-murah.. rambang mata dibuatnya...




Membe aku Noly (yang tengah) ni la yang nak pindah ke Hospital Selayang.. Dia dah lama kat Farmasi ni.. dia nak pindah pun sebab opis jauh.. dah tak larat nak ulang alik.. 


Korang abaikan la gambar aku yang selebet tu.. tak suka pakai tudung tu.. muka aku nampak makin bulat..huhuhu...

Kalau korang nak try makan kat sini.. pergi jer ke Kenanga Wholesale centre.. Nak tau lebih detail? Klik bawah ni :


p/s: nanti aku citer tentang tempat makan steak yang best.. tunggu tau...

1 comment:

  1. jarang pi KWC makan kat situ, selalunye ktorang duk lepak kat chatime je beli pearl drinks

    ReplyDelete