Apa yang menarik di Busan? - Blog Eyzamiel

30.9.14

Apa yang menarik di Busan?

Korang pernah berangan nak pergi Korea? Aku? Of coz la.. aku ni takde la minat K-Pop bagai.. cuma aku minat giler tengok Running Man..kalau bole memang tak nak miss setiap episod.. Aku suka tgk Jeneral Kim Jong Kook.. sweet bila dia senyum..hihihi.. 

Sebab penangan Running Man la aku nak sangat pergi Korea.. Running Man tu selalu pergi tempat-tempat yang best.. tu yang aku macam teruja sangat tu..

Apa yang menarik di Busan, Korea? Banyak sangat... aku kan.. kalau la dapat gi sana... aku teringin nak pegi banyak sangat tempat best kat sana...

Busan merupakan sebuah kota pelabuhan dan metropolitan di sebelah tenggara Korea Selatan. Busan juga adalah kota kedua terbesar selepas Seoul. Ia juga adalah bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan kelima paling sibuk di dunia dengan tan kargo. Busan kawasan metropolitan yang dibahagikan kepada 15 daerah pentadibiran utama dan sebuah daerah tunggal. Pada tahun 1995, Busan menjadi sebuah Bandar Metropolitan yang pesat membangun. Inilah serba sedikit sejarah mengenai Busan.

Dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain, serta rebakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Busan memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa seperti di rumah sendiri. Di "ibu kota musim panas" Korea inilah anda dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semula jadi paling indah di negara ini. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Dengan senyuman mesra daripada penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, tidak hairanlah jika bandar kedua terbesar di Korea Selatan ini menjadi tempat percutian utama untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.


Ni antara tempat best yang aku nak pergi:-

1. Haeundae Beach!


Best o.. Haeundae Beach @ Pantai Haeundae ni adalah Pantai Tercantik di Korea... Aku ni dah la suka Pantai.. lebih-lebih lagi kalau pasir yang putih.. air yang jernih.. memang rasa macam nak lepak situ lama-lama jer.. rasa tenang jer..


Ni pulak pemandangan waktu malam... Cantik kan... bersih jer persekitaran kat situ....

2. Busan Aquarium



Busan Aquarium ni lebih kurang jer ngan Aquaria KLCC.. tapi.. kalau kita dah ke negara orang, mesti la kita nak kena masuk jugak..mesti ada sesuatu yang unik kat sana yang xde kat Aquaria.. sebab tu la aku takkan puas hati selagi tak masuk tengok sendiri..

3. Busan Tower


Busan Tower ni ala-ala KL Tower la.. cuma yang bestnya kat sini, kita dapat tengok pemandangan yang sangat-sangat cantik.. siap boleh nampak Laut lagi..Busan Tower ni terletak di Taman Yongdusan yang cantik..menara setinggi 118 meter ini menawarkan pemandangan yang cantik sangat-sangat.Kat sana jugak, boleh letak Mangga Cinta.. ala.. mangga yang couple yang memang fomous kat Korea tu..

4. Kuil Haedong Yonggungsa



Kuil Haedong ni unik sangat sebab terletak di Pinggir laut Berbatu.. Selain dari reka bentuk yang unik, pemandangan kat sini jugak sangat cantik..

5. Pasar Ikan Jagalchi




Pasar Ikan Jagalchi adalah pasar Ikan terbesar di Korea.. yang bestnya kat sini, makanan laut yang dijual memang segar sangat.. aku ni dah la penggemar makanan laut.. kalau la pergi sana, aku takkan lepaskan peluang ke sini.

6. Taejongdae Park



Kat taman ni.. kita boleh berjalan-jalan sambil menikmati ciptaan Allah yang cantik sangat-sangat ni.. siap boleh nampak laut dari taman ni.. Cantik.. 


Bagi sesiapa yang penat nak berjalan, jangan risau.. ada tram disediakan..

Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah rumah api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu. 


7. Gamcheon Cultural Village



Tempat ni sebenarnya dalah perkampungan setinggan yang telah dikomersialkan dan dijadikan tempat perlancongan.. kalau peminat Running Man mesti tau tempat ni sebab Rancangan tu pernah buat penggambaran kat kawasan ni.. kampung ni terletak di lereng-lereng bukit yang menghadap laut.. memang cantik la view dier..

8. Makanan Halal di Korea

Ha.. ini yang paling penting sekali.. aku kalau pergi mana-mana.. mesti akan pastikan tempat tu senang nak dapat makanan halal...



Kat Busan ni memang ada makanan halal.. jangan risau.. antara restoran makanan halal yang ada di sana adalah di Cappodocia, Turkish Kebab House, Busan.. Ia terletak betul-betul disebelah Masjid Busan.. Senang.. lepas makan, boleh terus solat.. Kiranya Busan ni jugak Muslim friendly la..

Ni pulak info cuaca kat sana.. 

Musim panas
22°C - 26°C
Minum banyak air.

Musim luruh
18°C - 25°C
Masa yang sesuai untuk bersiar-siar.

Musim sejuk
-3°C - 6°C
Bawa jaket supaya kekal hangat pada malam yang dingin.

Musim bunga
9°C - 18°C
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.

Banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di sana.. aku cuma listkan sebahagian aje.. So, macam mana? teringin tak nak pergi Busan? Aku of coz la teringin... Kalau diberi peluang, aku teringin nak pergi waktu sejuk.. sebab dari kecik aku dah berangan nak main salji.. Bestnya.. mesti romantik kan? ;)



Aku tulis ni sebab aku masuk Cabaran Winter in Busan anjuran Bloggers.com dan Majalah Libur .. Kalau menang boleh la aku main salji di Busan dengan Man Raja Lawak...

InsyaAllah, kalau ada rezeki.. dapat la aku capai hajat aku nak main salji di Busan.. Doakan aku yer kawan-kawan.

kredit : sini, sini, sini, sini dan sini..

1 comment:

  1. wah bila tengok en3 eyza nie terus akak rasa nak p busan jugak.. jap nak pi survey tiket kot2 ada yg murah..heee

    ReplyDelete