Pharmacy Night~Glitz & Glamour - Blog Eyzamiel

23.1.14

Pharmacy Night~Glitz & Glamour

Hui lamanya aku x update kan? maunya tak lama, kat opis dah agak susah nak bukak. kat rumah pulak xde internet. tu yang blog aku agak terbengkalai sekarang ni. Sebelum aku citer tentang trip Hatyai aku yg memang dah basi tu, aku nak citer dulu tentang Pharmacy Night. Alhamdulillah. Semuanya sukses. Kalau ada silap sikit-sikit tu biasala, mana ada manusia yang perfect kan?

Dinner ni melibatkan semua Jabatan Farmasi dibawah Jab, Kesihatan KL. Memandangkan aku kat HQ, kami la banyak kena uruskan.Dari Cawangan lain pun ada jugak, tapi semua meeting dibuat kat opis aku.Aku kena jadi AJK hadiah. Mula2 aku sorang jer, bawah AJK hadiah. kiranya aku ketua merangkap kuli sekali la.hahaha... ye la, mula2 hadiah cabutan bertuah cuma 10. aku x kisah la kalau sorang, tetiba last minit hadiah jd 30..ha.. x ke berpinar biji mata nak buat sorang. dengan nak beli door gift lagi untuk 200 tetamu..Pening...

Lepas bincang ngan bos, aku boleh lantik lg orang utk tolong aku... lega sangat... baru la best macam ni.. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..ceh.... Dengan penuh semangat berkobar-kobar, kami semua pun pg la AEON AU2 sebab nak pg beli hadiah cabutan bertuah.Mula2 kami decide nak beli barangan elektrik 20 dan hamper 10. Bila dah sampai sana terus x jadi, sebab hamper semua dah dipack untuk Tahun Baru Cina.Diaorang mmg dah xkan wrapping yang baru.Nak x nak, terpaksa la beli 30 barang elektrik. Takpe la.Best sikit.kalau hamper, sekejap je dh habis makan.Dah settle hadiah Cabutan Bertuah, kitaorang gi Bukit Jalil pulak... Uruskan Door Gift... Alhamdulillah.. dapat yg menepati tema dan bajet harga kami.

Ops, lupa pulak nak bagitau... Event ni buat kat VIVATEL Hotel.memang dekat sangat ngan rumah aku..Alhamdulillah la...sempat aku balik rumah mandi ngan siap2 semua dulu... Event ni kami buat 10 Januari hari tu sebab nak buat sekali dengan Majlis Persaraan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). tu yang jatuh hari Jumaat. Agak kelam kabut jugak la sebab buat hari bekerja. kami yang AJK kena ada kat hotel pukul 3 petang untuk setting semua benda.

Pihak hotel dah setting meja. Cantik kan?

Tema untuk Dinner ni... Ni AJK untuk perhiasan yang buat.Kreatif gak diaorang ni.

Belon yang memang melimpah ruah.

Deco

Luar Dewan..

Tengah menghias pentas utama

Rehearsal MC

PA TPKN tengah rehearsal tolak kek besday...

Budak2 ni tengah praktis utk persembahan malam ni...
 Dalam pukul 5.30 aku balik rumah. Membe2 aku pun nak tumpang mandi ngan siap kat rumah. kalau balik rumah diaorang mmg x sempat la nak kena pg balik dalam pukul 8. Nasib baik hubby balik lambat.Boleh la semua bergumbira di rumah aku.

Pukul 8, baru semua gerak. Naik 2 kereta je. Share kereta. senang. yang lain park je kat rumah aku.Sampai sana, daftar n terus je ke PhotoBooth.Pastu masuk dewan. Tempat duduk aku betul2 tepi pentas n dekat hadiah sebab aku kena uruskan hadiah untuk cabutan bertuah nnt.

Door Gift

Pendaftaran....


Guest Board yang simple je... Hasil contengan kami semua...

Candy Buffet.. pilih jangan x pilih.. jajan semua aku beli kat kedai borong chow kit....

Bos-Bos yang very sporting.

Kami pulak yang ambik alih...

VIP Table..



Malam tu, ada jugak buat untuk Prince & Princess.. ala-ala prom night gitu...


Calon-calonnya...

Ekin.. wakil dari Opis aku...

Yeay.. akhirnya dia menang untuk Princess Of The Night...

Prince N Princess..

Mantan TPKN(Farmasi)...

Props yang memang banyak...

Tetamu...

Hadiah Grand Prize utk cabutan Bertuah.. Microwave Oven... Aku dapat gak..tapi dapat Pembakar Roti je.. jadi la kan...

Di akhir majlis, ada surprise.. Mantan Bos kitaorang dapat Queen Of The Night... Baju Puan pun cantik jugak..ala2 jubah tapi versi moden...


Last but not least... Mestila kena bergambar dengan Princess kan..hihihi...



Event ni memang best.. harap dapat buat tiap2 tahun sebab masa ni la kami semua dapat berkenalan dengan geng2 farmasi dari tempat lain... 

Peace.. Bye..

No comments:

Post a Comment