June 2009 - Blog Eyzamiel

29.6.09

::promote sikit::

Monday, June 29, 2009 2
::promote sikit::
membe aku baru bukak online butik... jual tudung n brooch... cantik n up to date tau... jom la ramai2 kita tgk n kalau berkenan bole la beli.... masuk jer blog kak tinie ni yer....


p/s: moyang..eyza dah promote ni... nnt kena bagi komisen tau..hi..hi..

28.6.09

::bersiaran di hari ahad::

Sunday, June 28, 2009 0
::bersiaran di hari ahad::
hallu... hari ni aku ikut abg j gi opis... so, bleh la aku bertenet kat opis dia..kalau x..jgn harap la..esok la baru dapat aku update blog... hari ni pas abg j abis keja dia dah janji nak tunjukkan jalan ke MAEPS kat aku...so senang la sikit.. x de la aku nak sesat hari selasa ni...tu pun kalau aku ingat jalan la..hi..hi...

p/s: x de citer yg best la nak diceritakan minggu ni... semalam aku dok umah jer..hari ni baru nak jalan2..tapi aku sendiri pun x tau nak jalan2 mana..yg pasti aku akan pg MAEPS...kalau ade citer best..later2 la aku story k....

27.6.09

::besday angah::

Saturday, June 27, 2009 2
::besday angah::
Selamat hari Lahir angah... hari ni umur angah dah bertmbah... angah dahpun menginjak usia ke 24 tahun.... semoga panjang umur...murah rezeki...n cepat2 dapat awek.... hi..hi....



Selamat Hari Lahir yg ke 24.....

26.6.09

::nak minta tolong...bole?::

Friday, June 26, 2009 0
::nak minta tolong...bole?::
aku nak minta tolong ngan kengkawan semua bole?
30/6, 1/7 & 2/7 ni aku ade exam KPSL kat Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) serdang... so..bole x sesapa bagitau aku cara nak pg sana? kalau dr ampang sampai upm tu aku tau la... kena masuk dalam UPM dulu ker? MAEPS ni aku pernah pg sana sekali..tapi x ingat jalan..
ingat nak tanya abg j..tapi malas la plak.. nnt nampak sgt aku x teror ...hi..hi.. x nak ngaku..mmg x ingat jalan pun.... aku ingat nak cuba dulu tanya kawan2 semua... kalau dah xde jalan baru aku tanya ngan abg j.... pliss yer kawan2.. tolongla aku yg memerlukan ni.. :)

::petua utk isteri::

Friday, June 26, 2009 0
::petua utk isteri::
PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.



Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga
.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.





25.6.09

:(

Thursday, June 25, 2009 9
:(
skrg ni aku rasa macam malas nak balik kg... bukannya aku lupa diri...takkan sesekali aku lupa yg aku ni anak kg.... masalahnya aku malas nak balik kg sbb aku muak nak dengar pertanyaan org2 disekelilingku ttg "anak".... kkdg aku terfikir.... kenapa sesetengah manusia ni suka sgt jadi penyibuk.... mgkn kdg2 diaorg ingat itu sebenarnya ambik berat...tapi bagi aku itu menyibuk...bukan amik berat.... tiap kali bila dengar soalan tu..airmata aku terasa nak jer laju meluncur ke pipi..tapi aku tahan jer... tp bila tggl aku ngan hubby jer berdua...aku akan menangis semahu-mahunya di bahu hubby.... aku bersyukur mempunyai suami yg menyayangi dan menerima aku seadanya.... dia selalu tenangkan aku bila aku sedih dengan kata2 org... dia sentiasa ada bila aku nak luahkan perasaan.... dia selalu kata..."Belum ade rezeki" bila org2 disekeliling bertanya.... tapi aku tahu..Allah sentiasa mendengar dan mengabulkan doa hambanya yang bersabar.... moga2 ade rezeki kami jgk satu hari nnt...Amin.....

nota: tetiba plak aku rasa emo......

APA PUNCA ANAK DERHAKA???

Thursday, June 25, 2009 2
APA PUNCA ANAK DERHAKA???

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya.
Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri...... Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada
sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban......

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya ..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12...... Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.... Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .

jangan timbulkan perasaan takut kepada anak kita kerana nanti kita sendiri akan menjadi takut memikirkan apa sebenarnya yang anak lakukan disebabkan anak tidak pernah atau takut hendak memberitahu / menceritakan kepada kita apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka...

( mencari ilmu merupakan satu Ibadah…menyebarkan pengetahuan merupakan satu Kemuliaan… Syukur kepada ALLAH s.w.t kerana dikurniakan Ilmu … )

Sebar – sebarkanlah untuk pengetahuan bersama

::fuh..lega...::

Thursday, June 25, 2009 0
::fuh..lega...::
selepas aku bertungkus lumus meberi hujah utk x benarkan adik aku pg...akhirnya..... dia x perlu pg utk hari ni..(tp x tau la sama ada ditangguh @ x payah pg terus)..tapi buat masa sekarang aku mmg lega sgtttttttttttt................

::geram......::

Thursday, June 25, 2009 0
::geram......::
entri kali ni adalah entri lepas geram... mmg la xde kena mengena ngan aku tapi kalau melibatkan ahli keluarga aku ni kiranya kena mengena gak ngan aku la kan... citernya mcm ni....
adik aku yg baru grad dr UTM tu skrg ni keja sambilan kat salah satu hospital (x pyh la aku citer hospital mana)... pagi td dia dapat call kena stanby kat KLIA selama 3 minggu.. standby sbb ade virus B--i tu la....dah la tu..ptg ni jgk kena pg lapor diri.... aper yg buat aku naik angin ialah...
1) ptg nak kena pergi... tghr baru dapat surat....
2)dah la baju semua x bawak..abis tu nak suruh adik aku pakai baju yg sama jer utk 3 mggu.... kebetulan hari ni abg J yg hantar pg keje... mcm mana dia nak balik umah amik baju...
3)kalau adik aku paramedik xper la..mmg aku paham..masalahnya adik aku bukan dalam bidang perubatan..... sambilan plak tu....
4)aku mmg x nak adik aku gi sana.... bahaya tu... dah la adik aku lom cucuk vaksin utk virus tu (tapi x tau la kalau cucuk kat sana nnt)... tapi tetap aku x nak dia pg.....

ntah la.... malas aku nak citer panjang2....aku mmg tgh geram ni.....

p/s: ini sekadar luahan hati aku.... jgn ade yg terasa pulak...tet................

22.6.09

::28 tahun sudah::

Monday, June 22, 2009 2
::28 tahun sudah::
hari ni aku happy sgt... ada 2 sbb... pertama... hari ni kan "father's day" n yg kedua...... hari ni juga merupakan anniversary perkahwinan Mak n Ayah aku..... aku sebenarnya bangga sgt ngan diaorg ni.. ye la..kawin dulu pun atas aturan keluarga... tapi Alhamdulillah..berkat kesabaran dan rasa cinta selepas kawin..perkahwinan mereka berkekalan hingga kini...n aku harap jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.....



utk ayah: Happy Father's day n happy anniversary yg ke 28 tahun....
utk mak :Happy Anniversary yg ke 28 tahun...

mak ngan ayah la idola along dalam mengharungi alam perkahwinan.... along sayang sgt mak n ayah..... MUAH....

19.6.09

::warkah terakhir::

Friday, June 19, 2009 0
::warkah terakhir::


skrg ni aku ngan hubby mmg x pernah miss tgk citer Warkah Terakhir kat astro Citra....saluran 131..... aku melanggan astro citra ni pun semata-mata nak tgk drama ni.... citer dia mmg best..menyentuh perasaan... aku suka cara wan hasliza arahkan drama ni...mmg hebat... citernya mengenai perjuangan anak-anak melayu sarawak untuk memperjuangkan negara Sarawak (pada masa tu "negara").... susah aku nak citerkan betapa hebatnya citer ni... korang tgk n nilai la sendiri..... lakonan BETO KUSYAIRY sbg Rosli Dhoby mmg betul2 meninggalkan kesan... ditambah lagi lakonan hebat pelakon2 seperti Melissa Mauren Rizal... Anita Baharom... Sherry Merlis.... Sazzy Falak... dan ramai lagi.... aku yg x pernah tahu sejarah negeri sarawak ni pun suka tgk citer ni.... bagi aku perjuangan Rosli Dhoby & Morshidi ni mmg tiada tandingan.... bukan calang2 anak muda yg bole berkorban utk negara mcm diaorg..sanggup korbankan pelajaran...masa depan...keluarga dan cinta sejati..... aku malas la nak citer panjang2..kalau nak tgk..kat astro citra tau.... wah...promote astro la plak... tapi kalau x silap aku drama ni cuma ada 8 siri jer... tapi x per..aku rasa nnt astro mesti ulang lagi utk org2 yg terlepas tonton.....



nota: sambil2 aku tonton drama ni dapat la aku tambahkan pengetahuan bahasa melayu sarawak.... nnt balik umah mertua senang..hi..hi.... skrg ni aku faham bahasa melayu sarawak ni...cuma nak cakap balik jer aku x confident... kalau ngan hubby... kkdg kitaorg cakap sarawak kat umah..tapi kalau salah..nnt dia gelakkan aku la.... tu yg aku x confident nak ckp ngan keluarga hubby ni.... kalau salah..nanti semua gelakkan aku... saper yg malu..aku jgk...hi..hi.....

18.6.09

::aiskrim yang tak bole dimakan::

Thursday, June 18, 2009 5
::aiskrim yang tak bole dimakan::












ha.. aku suka sgt tgk aiskrim ni... nampak sedap tapi x bole makan... sebab aper x bole makan? sebab ni bukan aiskrim..tapi sabun yg dibuat mcm aiskrim... macam real kan...kreatif betul org yg buat ni...

17.6.09

::baby baru::

Wednesday, June 17, 2009 0
::baby baru::
pagi tadi mak aku call bgtau yg pakcik aku dah dapat baby boy..... Tahniah pakcik..... mesti pakcik happy giler skrg ni.... selamat menjadi ayah..... x lupa jgk buat vp (baby girl) dan kak milah (baby boy)... Selamat Menjadi ibu....

Bila ler agaknya giliran aku ni? ;)

16.6.09

::agenda hari ahad::

Tuesday, June 16, 2009 4
::agenda hari ahad::
memandangkan hari ahad adalah besday hubby..so, aku decide nak abiskan masa berdua2an je ngan dia... 1st kitaorg gi kenduri kawin dulu kat selayang... jumpa moyang tinet n family... geram aku tgk Thaqif..keletah tul.... comey....


Thaqif yg 'encem'....

sebenarnya ni pengantin yg sama gak hari tu tapi yg ni majlis bertandang..tema coklat+gold....

pengantinnyer..yanz & anip.....

aku x sempat borak pun ngan pengantin... masa sanding aku terus balik... hubby ajak gi makan sizzling yee mee kat giant permata... mana je aku makan sizzling ni x sesedap yg dekat giant permata ni... kat sini sizzling dia mmg best.... ais kacang dia lagi best... gabungan dua ni mmg buat aku rasa nak makan lagi..hi..hi....

sizzling yee mee...

ais kacang yg mmg mewah dgn kacang....
(gambar sekadar hiasan sbb aku x snap pic masa aku makan)

bila dah kenyang..jalan2 jap kat giant... aku beli manggis ngan mangga.... then terus je gerak nak pg tesco ampang plak... aku ingat nak beli kek utk hubby..tapi dia awal2 lagi dah bgtau aku supaya jgn beli kek... nnt membazir je sbb dia x suka makan kek sgt.... lgpun kek bole menggemukkan..khui..khui...khui..aku baru ingat nak beli kek dkt SR.. chocolate indulgence....yummy... x per...aku akan beli jgk time hubby x de...hi..hi... tujuan asal gi tesco sbb nak pos brg2 yg dibeli kat jalan T.A.R tu kat mak..tapi bila sampai jer..tgk2..ha..pejabat pos dah tutup kul 4 tadik..kitaorg sampai 4.15 ptg...lewat 15 minit jer..camne x lewat...jalan jammed teruk.....

jammed teruk..maybe sbb semua yg balik kg dah balik kl kut....
disebabkan x dapat pos barang..kitaorg beli barang dapur je la... ramainyer org kat tesco..troli semua abis sampaikan terpaksa menunggu bangla tu hantar troli baru.... dah abis shopping2 semua.... time nak kuar tu kitaorg jumpa pelakon munir (pelakon pak pandir) ngan chef florence tan... aku x snap gambar..malu... then gi restoren sinar mesra..cadangnyer nak tapau bihun celup..tup2 bihun celup blom siap..tapau air je la.... tetiba aku teringin nak makan durian... kitaorg gi carik durian kat hulu langat..nasib baik la banyak gerai yg jual durian....

aper di dalam plastik?

ha.. 2 biji durian..1 untuk aku n 1 utk hubby.....

durian yg siap dikopek... dalam gambar mcm x menarik kan..tapi bila makan.. so..yummy.... sampai x sedar aku makan banyak..terlupa plak nak minum air dalam pangsa.... malam nak tido x bole..badan aku panas..pagi ni pun masih panas..kalau x mengenangkan keje..maunya aku EL ari ni...... tu je la aktiviti aku ngan hubby sempena besday dia... hadiah aku dah bg..dia dah pakai pun masa gi kenduri tu....

panjang lebar plak entry aku tuk kali ni...

p/s: buat g... sori x dapat lepak weekend ari tu... nnt kita plan lain yer...

::shopping di jalan T.A.R::

Tuesday, June 16, 2009 2
::shopping di jalan T.A.R::
sabtu hari tu aku ngan hubby gi jalan T.A.R... kalau ikut perancangan asal nak pg hari ahad lepas balik kenduri..tapi bila fikir2 balik mcm x best lak nak shopping pakai baju kurung..ngan nak jinjing barang lagi... tu yg pg sabtu tu....shopping kain utk dipos ke Sarawak...maklumla utk pakai raya ni....ramai betul org kat sini hari2 cuti camni..malas aku nak snap pic... aku x jln2 sgt..aku tgk muka hubby pun dah penat + boring... Jakel mmg tgh sale giler... tapi manusia nya punya la ramai... sampaikan nak jalan pun susah..last2 aku keluar jer..malas la nak beli kat situ... tgk la lain kali aku pg ngan adik aku plak....jalan2 dua tiga kedai.... pg mydin..pg pasar malam jalan T.A.R...then terus balik.... aku cuma beli.....


kain pasang..untuk baju kurung.....


kerongsang... utk mak mertua aku jual kat sana....


tudung....


kain utk buat baju melayu..... tahun ni tema aku ngan hubby biru muda...so..kain yg biru muda tu hubby le yg punya.... yg purple utk ayah aku n yg hijau utk ayah mertua aku....

tu je yg aku sempat beli.... malamnya packing barang utk dipos.....


barang2 yg bersedia utk dipos... ptg nnt baru pos....

p/s: mak...tggu tau... nanti barang2 ni sampai kat mak....

15.6.09

::happy besday abg!::

Monday, June 15, 2009 0
::happy besday abg!::
abg,
hari ni usia abg dah bertambah setahun lagi... sedar x sedar dah 31 tahun abg berpijak di bumi Allah ni.... sepatutnya usia mcm abg ni dah jadi ayah kan? tapi nak buat macam mana rezeki belum berpihak pada kita ber2 lagi... terima kasih kerana hadir dalam hidup eyza dan sudi membahagiakan eyza.... semoga abg panjang umur...murah rezeki..... dan x lupa juga semoga perkahwinan kita berkekalan selamanya n moga2 cahaya akan menyinari perkahwinan kita dengan hilai tawa anak2..Amin....


"Selamat Hari Lahir Abang...."

13.6.09

::busy::

Saturday, June 13, 2009 2
::busy::
lately ni aku betul2 busy..sampaikan nak update blog pun x sempat... maklumla.. sorg dah cuti kawin... nanti bila aku free sikit baru aku update yer....


meja aku yg bersepah..nak kemas meja pun x sempat.... keja berlambak....

11.6.09

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Thursday, June 11, 2009 2
SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....
aku dapat email ni dr membe aku..kak anna...
sekadar renungan bersama...

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.



Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz
"assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...Bukannya : "Kirim
salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" - Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum"
dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran
untuk orang-orang
Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam
Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.


Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.



Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Sharing is caring.....kalau ada kemuskilan sila lah berjumpa yg pakar dlm
bidang ni...yeh :P

10.6.09

::uptown gurl'z::

Wednesday, June 10, 2009 2
::uptown gurl'z::
ha..poyo jer tajuk kan.... sebenarnya malam minggu hari tu aku, hubby n adik aku gi......


ha...uptown danau kota.... kitaorg bertiga x de plan nak beli aper pun... duduk umah pun boring gak..tu yg hubby ajak gi uptown tu... mula2 kitaorg gi makan kat kg. baru dulu..dalam kul 11 lebih baru gerak gi uptown..ramai tul org...sampai jammed kat situ...parking pun full...nasib baik time kitaorg round2 cari parking tu ada satu keta tu keluar..dapat la kitaorg parking...jalan2 cuci mata.... masa jalan2 tu aku jumpa pengacara rancangan dapur bujang ngan mak dia (rasa2 aku la tu mak dia..kalau salah sori ek..)..tapi malu nak amik gambar... pusing punya pusing punya pusing....at last.... kitaorg beli......


handbag... yang bunga2 tu aku punya... n yang yg kaler pink tu adik aku yg punya.....

n hubby beli.....


sandal... sbb sandal dia pun dah putus...

dah dapat barang2 tu..kitaorg pun gerak balik sbb dah pukul 1 lebih...aku pun dah ngantuk....

9.6.09

:: Award::

Tuesday, June 09, 2009 0
:: Award::

aku dapat award ni dari kak rinnamanja... thank's akak...

::hantaran hati::

Tuesday, June 09, 2009 0
::hantaran hati::
hantaran dr pihak perempuan kepada pihak lelaki......








hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan.....


telekung..


sejadah..


mas kahwin, cincin & gelang..


purfume Body Shop...


potpouri...


handbag & kasut....


Al-Quran & Rehal....


sirih junjung....




ni la hantaran yg aku buat tempohari... hitam+putih+silver... gambar x brapa clear sbb pakai handset.....

::satu lagi masjid telah terbina::

Tuesday, June 09, 2009 2
::satu lagi masjid telah terbina::
Alhamdulillah..akhirnya membe aku yanz selamat menjadi Mrs. Hanif....

akad nikah










sanding











p/s: untuk yanz... Selamat Pengantin Baru... Semoga kekal ke akhir hayat... Amin....