Cara dapat Rebat Tol PLUS - Blog Eyzamiel

24.7.15

Cara dapat Rebat Tol PLUS


Selamat Hari Raya semua.. Masih mood raya ke? mesti la kan.. aku pun sama gak.. walaupun dah 2 hari masuk opis... tetap mood raya lagi tau... 

Walau Minyak mahal,  ramai jugak yang balik kampung. Ye la.. Tak best o kalau raya takde family... walau macam mana pun kampung halaman gak yang best... Dan sempena raya hari tu, dan untuk elakkan Highway jammed.. pihak plus ada tawarkan rebat sempena hari raya.. banyak jugak boleh jimat tau... takpe.. minyak mahal.. kita jimat kat Tol...

PLUS TAWAR REBAT TOL SEHINGGA 50 PERATUS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.  

PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.”

Menurut Noorizah, rebat tol sebanyak 50 peratus diberikan kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG pada 13 dan 23 Julai. Manakala rebat tol sebanyak 40 peratus pula diberikan untuk pembayaran tol secara elektronik pada 14 dan 22 Julai. Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula diberikan kepada orang ramai membayar tol secara elektronik pada 15 dan 21 Julai akan datang.

Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan kami kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami.

PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi. “Butiran lanjut berhubung strategi-strategi syarikat ini menghadapi pertambahan trafik akan dihebahkan kepada media pada satu taklimat dan sidang media khas,” tambah Noorizah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

Aku balik kampung 15hb Julai - kalau ikutkan masa tu aku dapat rebat 30% dan balik ke KL pada 22 Julai - dapat jugak rebat 40%. Tapi apa yang aku pelik.. bila Touch je TnG.. harga sama jer.. RM 43.30 .. erm.. aku confius jap...

Pagi tadi aku call PLUS.. baru la aku dapat kepastian untuk semua keraguan.. cewah.. hihihi.. rupa-rupanya.. Rebat yang PLUS tawarkan tu boleh dituntut dimana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS mulai 15 Ogos hingga 14 November 2015. tapi bukan dapat duit tau.. pihak PLUS akan masukkan jumlah rebat tu dalam Touch n Go.. :) so, bole pakai bayar tol lagi ..

So, untuk korang yang dapat rebat jugak.. jangan lupa pi serbu Pusat Khidmat pelanggan PLUS.. Jimat banyak tau...

Selamat Hari Raya.. kosong-kosong tau..

7 comments:

  1. tak balik kampung jauh tahun ni, tetapi terima kasih di atas perkongsian dear...salam jumaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la kampung dekat.. x perlu tempuh jammed... Selamat Hari Raya Farah...

      Delete
  2. ooo..patut la.. Farah pun dok pikir gak kata rebat..tapi bila touch sama jer amountnya.. rupaya kena pi tebus pulak ek.. ermmm pttnya bagi tahu la dgn jelas kan.. kalau yang tak tahu nie..burn cm tue jer la..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Farah.. eyza pun mula2 pelik gak... nape tak potong siap2.. budak plus tu kata rebat mmg camtu.. kalau diskaun baru potong.. baru la eyza faham...hihihi..

      Tapi betul gak, kalau tak tau memang untung la PLUS.. ramai yang x tuntut.. patut la selama ni kata ada rebat tp tak pernah dapat.. rupanya camtu kekdahnya...

      Delete
  3. ooo begini rupanya.
    thanks dear berkongsi

    ppsstt: saya doakan dr jauh buat mmber mmber yg masih ttcian. teruskan doa usaha ikhtiar dan tawakal :)

    ReplyDelete
  4. rasa macam tak ikhlas pulak PLUS buat cam ni, nak tak nak bagi je kan...

    ReplyDelete