Blog Eyzamiel

7.9.16

Pembersih Wanita Sumber Ayu sesuai untuk wanita masa kini

Wednesday, September 07, 2016 0
Pembersih Wanita Sumber Ayu sesuai untuk wanita masa kini
Susah tau nak cari Pembersih yang  sesuai untuk kawasan intim wanita. Ye la.. kalau salah pilih, kawasan miss v tu akan rasa gatal dan tak selesa. Dan yang paling kronik, kalau ada keputihan. Memang siksa rasanya.

 Pembersih Wanita Sumber Ayu kini dah berwajah baru tau. Nampak lebih segar dan wangi. Tapi, bahan utama masih lagi dikekalkan iaitu ekstrak sireh. Orang tua-tua dulu selalu pesan basuh Miss V dengan air sireh untuk menjaga Miss V. 


Sekarang ni, tambah-tambah kalau kita duduk kat KL ni memang susah la nak cari Sireh. So, takyah pening-pening pikir. Guna je Pembersih dari Sumber Ayu. Ianya selamat untuk Miss V dengan PH3.5.


Didatangkan dalam 6 variasi haruman yang segar dan menarik untuk gaya hidup wanita masa kini.


1. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

2. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 

3. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

4. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

5. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

6. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Ianya boleh didapati di seluruh pasaraya di Malaysia dengan harga RM 3.60 (90 ml) & RM 5.80 (200 ml). Pek 90 ml tu comel je. Kita boleh bawak travel atau simpan je dalam handbag.


4.9.16

Masak makin mudah dan sedap dengan Rangkaian Rempah Mak Siti

Sunday, September 04, 2016 0
Masak makin mudah dan sedap dengan Rangkaian Rempah Mak Siti
Eyza ni memang suka masak. Tapi, resepi yang Eyza guna semua simple-simple je. Tak perlu banyak bahan.

Sekarang ni lagi senang sebab Eyza dah jumpa dengan pelbagai jenis rempah keluaran Mak Siti. Dulu-dulu, Eyza ingat Rempah Mak Siti cuma ada rempah sup. Tapi rupa-rupanya ada macam-macam jenis. Pilih je nak masak apa. Semua ada.

Ada rempah Sup Kepala Ikan, Masak Kicap Daging, Serbuk Sup, Rempah Kurma, Rempah Kari dan Serbuk Kunyit. Ini baru sikit ni. Ada lagi tau.


Jangan bagi alasan tak tahu masak kalau ada Rempah Mak Siti ni. Sebab apa? Sebab dekat belakang setiap pek ada resepi untuk rujukan. Senang kan?

Eyza dah try guna Rempah Masak Kicap Daging. Memang sedap. Jom tengok cara Eyza masak.

Resepi 
Masak Kicap Daging Seharum Kasih Mak Siti

Bahan-bahannya:
Daging - potong kecil (Eyza guna 2 blok daging)
Rempah Masak Kicap Daging Mak Siti
Sebiji bawang besar - hiris nipis
Seulas bawang putih - hiris nipis
Halia sebesar ibu jari - hiris nipis
2 biji Cili api - potong 2
Kicap manis (Eyza guna kicap Jalen)
Sebiji ubi kentang
Sebiji tomato
Sedikit garam
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya:
Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih. Bancuh rempah Daging Kicap Mak Siti dengan sedikit air. Setelah bawang naik bau, masukkan rempah Mak Siti ( Eyza guna setengah peket je sbb daging sikit). Masukkan daging dan kentang, Kicap, tomato, Cili Api dan garam. Reneh sampai daging dan kentang empuk. Tutup api. Dah siap untuk dimakan. Selamat Mencuba.


Senang je kan. Rasa memang sedap. Hubby siap makan bertambah.hihihi.

Jom layan video cara masak guna rempah Mak Siti.. Memang senang..



Rempah Mak Siti ni ada je jual dekat mana-mana hypermarket dan kedai runcit seluruh Malaysia.

Kalau nak beli online pun boleh beli kat fb Mak Siti.
fb: https://m.facebook.com/rempahratusmaksiti/
ig: @restoranrempahkarimaksiti
website: http://www.maksiti.com/

Atau boleh contact 
01116026692 (Dhia)

Esok nak masak Kurma Ayam Mak Siti plak la. Senang dan sedap. Uolls jangan lupa cuba tau.

Sup Ketam Penawar Demam Denggi

Sunday, September 04, 2016 1
Sup Ketam Penawar Demam Denggi
Lama betul Eyza tak update. Banyak sebenarnya entri yang tertangguh. Eyza bukan saja-saja menyepi, tapi Eyza dah demam 5 hari. 

Demam hari pertama hingga ketiga mmg kuat sangat. Sampaikan bantal Eyza tido pun turut panas.Pergi klinik, check dan suruh balik.  Hari ke empat, kurang sikit. Tapi, Eyza tetap rasa tak sedap badan. Nak tak nak, pergi pulak klinik gov. Nak check darah. Risau plak tak kebah-kebah. 

Bila result darah keluar, tak berapa cantik. Platlet rendah dan darah terlampau pekat. Tanda2 denggi. Eyza dah risau dah.Dr suruh repeat ambik darah sampai platlet ok. Pagi tadi pg HUKM untuk ambik darah. Platlet makin turun pulak. Esok kena ambik darah lagi. Harap-harap la naik. Tak larat dah nak ambik darah hari-hari. Sakit o..

So, demi untuk meningkatkan platlet balik dari HUKM td terus je pergi kedai beli ketam. Hubby nak masak sup ketam untuk i.. Resepi tgk kat Azie Kitchen, tapi dah olah sikit. hihihi

Resepi Sup Ketam

3 ekor ketam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Ubi kentang
Lada sulah
Daun Sup
Olive oil/minyak masak

Cara-caranya;
- Bersihkan ketam dan potong 2
-Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
-Tumis bahan tumbuk sampai naik bau
-Masukkan air dan ubi kentang 
-Bila kentang sedikit empuk, masukkan ketam.
-Masukkan lada sulah dan garam.
-Reneh dengan api kecik sbb nak ianya masak secara perlahan.
-Akhir sekali masukkan daun sup.

Senang kan. Try la. Memang sedap.

Doakan Platlet Eyza naik esok ye. Takmo dok wad. Huhuhu.

27.8.16

Makanan Halal di Krabi : Restoran Bamboo Thai

Saturday, August 27, 2016 4
Makanan Halal di Krabi : Restoran Bamboo Thai
Balik dari Pulau memang letih sangat-sangat. Kami malas nak singgah makan. Balik bilik, masak maggi pastu terus tido. Keletihan sangat-sangat dah. Malamnya baru kami keluar cari makanan. Keluar dekat-dekat je dengan The Dream Garden. 



Kami pun decide nak makan malam dekat Bamboo Thai. Ramai jugak blogger yang suggest makan kat sini.


Patut la nama kedai ni Bamboo Thai, hiasan dalaman kedai banyak dari buluh. Sesuai sangat.


Kami kelaparan sangat sbb petangnya just makan maggi je. So, untuk malam hubby order Tomyam Campur, Telur dadar dan Sayur Kucai. 



Rasa? Boleh tahan sedap. Tak tahu la sama ada memang sedap atau kami yang kelaparan. Hahaha. Tapi harga, agak mahal sikit la bila kita dah convert ke RM. Tapi bagi Eyza still berbaloi la nak makan.


Sebelum balik ke bilik, Eyza beli pulut mangga. Sedap. Sebekas tu 600 Baht. Mangga dia banyak. Ok la.

Pulut mangga tu balik makan kat bilik je. Dah penat, malas nak jalan-jalan. Esok nak check out dah. Kita tukar hotel lain pulak.

Kira-kira:
Mkn di Bamboo Thai - 520 Baht (RM 62.10)
Pulut mangga - 60 Baht (RM 7.10)

Total : RM 69.20