Blog Eyzamiel

12.2.16

Jerawat kecut dalam 24 jam dengan Refinity Acne Hydrogel

Friday, February 12, 2016 0
Jerawat kecut dalam 24 jam dengan Refinity Acne Hydrogel
Perempuan bila datang bulan mesti muka akan naik jerawat. Aku pun macam tu jugak.Sekali naik bukan kecik2, jenis yang besar dan pedih tu. Dulu aku selalu biar je sampai la surut. Tapi, sekarang ni aku dah jumpa rahsia untuk kejutkan jerawat dalam masa 24 jam je.

Nampak tak jerawat seketul kat dahi aku tu?
Kadang-kadang bila ada hari penting esoknya tetiba je muka naik jerawat. Stress dibuatnya. 

Esoknya dah hilang. Magic kan?
Nasib baik la ada REFINITY ACNE HYDROGEL. Sapu hari ni esok dah kecut. Yeay.




Aku suka dengan Acne Hydrogel ni sebab:

Pantas Bertindak
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.
Senang & Mudah
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
Sesuai Untuk Kulit Sensitif
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Pengiktirafan
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.
98% Pengguna Berpuas Hati
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

Betul ke Acne Hydrogel ni berkesan? Walaupun botol kecik je jangan pandang rendah tau.

Salix Alba Extract bertindak 3 kali lebih berkesan dengan menghapuskan Staphylococcus aureus dan Propionibacterium, iaitu dua bakteria yang menjadi punca pembentukan jerawat.
Selain itu, ia juga akan mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.
Disebabkan Acne Hydrogel dirumus dari bahan semulajadi, ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana tiada kesan sampingan akan dirasai.

Nak guna pun senang. Cuma perlu bersihkan muka dan keringkan . Kemudian, sapukan sedikit Refinity Acne Hydrogel pada kawasan berjerawat. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.
Refinity Acne Hydrogel dihasilkan di kemudahan pengeluaran kosmeseutikal yang mempunyai sijil Good Manufacturing Practices (GMP).
Semua bahan yang digunakan telah diuji dengan kemudahan terbaik dan didapati sangat selamat untuk digunakan di bawah syarat-syarat ketat GMP. Pemeriksaan kualiti dijalankan dengan kerap sepanjang proses pembuatan Refinity Acne Hydrogel dan proses yang sama dilakukan sekali lagi pada peringkat akhir sebelum dipasarkan.

Tiada kesan sampingan yang ditemui pada Refinity Acne Hydrogel.

Ni pulak antara testimoni pengguna Refinity Acne hydrogel.




Aku betul-betul puas hati dengan produk ni.Sekarang ada promosi tau. Harga asal RM 90 tapi harga promosi cuma RM 70 dan yang paling best kalau beli 2 botol akan dapat diskaun lagi RM10. Wah..Best kan.. 2 botol cuma berharga RM130 je.


Lepas ni kalau jerawat tumbuh, dah tak perlu susah hati.Guna je Refinity Acne Hydrogel. Sapu malam ni, esok dah kecut. Nak tau lebih lanjut korang boleh tengok kat Website www.Refinity.com.my


11.2.16

Puas hati dengan perkhidmatan Printcious

Thursday, February 11, 2016 0
Puas hati dengan perkhidmatan Printcious

Hari tu aku ada citer kan yang aku order barang dekat Printcious? Ha.. kalau lupa leh tengok kat entry ni. Aku order Bantal yang leh print nama aku ngan hubby. Bantal ni dah lama sampai. Baru sekarang sempat nak up kat blog. Servis diaorang pantas giler. Aku submit order pagi, petangnya dah pos dan esoknya dah dapat. Giler cepat. tak pernah aku beli barang custom made yang secepat tu.

Dah la servis pantas, barang datang sebiji macam yang aku pesan. Takde perubahan. Aku memang suka sangat-sangat. Hubby pun cakap cantik. Kusyen lembut kain pun berkualiti. Lepas ni boleh order lagi.

Kat Printcious ni ada pelbagai barang yang kita boleh buat ikut citarasa sendiri.Kita boleh create ikut perisian yang pihak mereka bagi nanti. Dah siap create, boleh send dan buat payment. Pastu tunggu je barang sampai depan rumah. Tak perlu nak buang masa dan tenaga pergi kedai.

Aku suka servis kat sini dan aku bagi 9/10 bintang. Lepas ni nak order T-shirt plak. Bole buat T-shirt  untuk aku n hubby. Baru la sama. hihihi.


Berminat? Boleh order kat:

atau boleh juga layari:



eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke eyzamiel.com

Thursday, February 11, 2016 10
eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke eyzamiel.com

Alhamdulillah... Akhirnya http://eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke www.eyzamiel.com ...  Lepas ni moga-moga mood blogging makin semangat dan tak kelaut lagi.

Bila dah tukar ke dotcom ni banyak la nak kena cantikkan lagi blog.Lagipun friendlist semua hilang. Kena add baru. Yang tu aku akan buat step by step. Sekarang ni nak fokus kat entry yang tertunggak je. hihihi..

Kalau korang nak jugak tukar ke .com bole contact BRO FRAMESTONE. Tq Bro!

5.2.16

Falling Angel dah kawen!

Friday, February 05, 2016 8
Falling Angel dah kawen!
Alhamdulillah.. adik bongsu dalam Einaangel Network dah kawen.. Seronok tengok orang kawen.. tetiba terimbau balik kenangan 8 tahun dulu.. cewah..hihihi..

Aku, Emi, Zira ngan Shiqin diberi mandat jadi Bridesmaid. Jujur aku cakap, ni first time aku jadi Bridesmaid.. aku pun tak tau apa peranan Bridesmaid ni.. hahaha.. hentam je la Labu..

Memandangkan Eina kawen sehari sebelum Thaipusam.. maka banyaklah jalan tutup..aku guna PLUS Highway je.. senang.. tak jammed..

Eina nikah pkl 10.00 pg.. pkl 9.30 kami dah sampai.. Eina dah siap mekap pun.. cantik berseri-seri adik bongsu ni.



Sementara nak tunggu pengantin lelaki sampai, sempat la kami berphoto gediks dalam bilik.. 



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. Eina dah jadi yang halal untuk Ewan.. Best o kawen.. hahahah..





Selesai Eina nikah, dia terus tukar baju untuk bersanding pulak. Cantik baju songket Eina. lembut je kaler.


Kami geng Bridesmaid ni lepak kat luar susun apa yang patut.. Pastu, tulis la ucapan sikit kat pengantin. penat Emi buat Guest Book. Kalau sape berkenan dan nak order, bole contact Emi ye. Handmade. Takde dijual kat kedai tau design yang dia buat.



Selesai bagi ucapan apa yang patut, kita makan la. lauk pauk semua sedap. siap ada bubur jagung lagi.



Bila Eina dah siap, kami sambung photo gediks.



Punya la dok syok ambik gambar, sampai tak sedar pengantin lelaki dah sampai. kelam kabut semua keluar sampaikan pengantin lupa bawak bunga tangan. adoi la.



Ada kompang siap nyanyi lagi. Best.


Ramai geng-geng blogger datang. Antaranya Ina Ainaa , Ayue , Naomie, Julia, Nannie, Eazy, Ju, Ruby dan ramai lagi yang aku tak sempat jumpa. Meriah.











Untuk Eina, Selamat Menempuh alam Rumahtangga. Kena banyak sabar. Kena bertolak ansur. Moga bahagia till Jannah dan cepat-cepat dapat baby. Muah!