Blog Eyzamiel

21.10.15

Plus Size! Jom ke Plusify Anniversary Sale

Wednesday, October 21, 2015 2
Plus Size! Jom ke Plusify Anniversary Sale
Aku tau mesti Plus Size macam aku ni susah cari baju kan? Aku pun sama gak.. kebanyakan baju aku beli online je.. tapi bila kita beli online kadang-kadang bila baju sampai tak seindah yang kita nampak dalam gambar... Frust di situ..


Tapi.. sekarang ni korang dah takyah risau.... sebab dah ada Butik Plus Size yang best.. Butik Plusify yang terletak di Jalan Suppiah Pillay... Ada banyak pilihan baju yang trendy untuk kita.. untuk yang bertudung kita bole mix n match supaya tetap menepati syariat....


Dan apa yang lagi Best... Plussify akan adakan Anniversary Sale tak lama lagi..

Detail:

 Tarikh:
Hari Ahad
25 Oktober 2015

Masa
11 pagi hingga 3 petang 

di
Plusify Private Boutique
33-1 Jalan suppiah Pillay Off jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.


Aku pun tak sabar nak pegi Plusify Anniversary sale ni.. Banyak benda best tau.. Kalau korang menjadi antara 30 terawal yang mendaftar untuk hadir di Laman Web Plusify, korang berpeluang untuk mendapat goodies bag yang bernilai RM50.00. Best kan?

Macam mana nak daftar? senang jer..


kena masuk Laman Web Plusify .. Klik Sini .. Pastu cari Registration (yang aku bulatkan dalam gambar kat atas)

Then.. isi detail dalam tu... senang je kan?

Selain dari goodies bag.. Plusify studio juga akan memberikan potongan sehingga 30% untuk barangan mereka tapi hanya pada hari tu je tau.. Dapat goodies.. pastu dapat diskaun lagi.. sape tak nak kan? Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana dan shopping selai dua baju kat sana..


Aku siap bagi peta sekali ni tau.. Takde alasan tak tau tempat.. 

Instagram : Plusify
FB : Plusify
Web : Plusify

Jumpa kat sana ye... ;)


20.10.15

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015

Tuesday, October 20, 2015 2
MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015


Bulan November ini merupakan momen yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata ianya dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar/urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ia juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis serta karyawan untuk memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif  serta makanan.

MSAF ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti Konsert, Kartun dan Komik termasuk kemunculan Karektor Kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind,  Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie, Mural dan Graffit,; Barber dan Clothing ,  Perhimpunan ‘Bikers’, Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck). 

Antar Barisan artis terkenal tanah air yang akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!


16.10.15

Dato' Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta ASTRA

Friday, October 16, 2015 2
Dato' Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta ASTRA
 Salam Jumaat semua...

Baru-baru ni aku dapat jemputan event di Suka Sucre Bistro.. Ala.. Restoran Dato' Fazley tu.. 
Pada Majlis ni, Aspire Travel Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai ASTRA mengumumkan pelantikan Dato' Fazley Yaakob sebagai Duta Pelancongan ASTRA sekaligus  melancarkan logo baru ASTRA.. Majlis pada petang tu bertemakan "Perancis".


Acara ni disempurnakan oleh ketiga-tiga Ahli Lembaga Pengarah ASTRA iaitu YBhg. Dato' Mohamad Azmi Ibrahim, YBhg. Datin Asparila Yaacob dan YBhg. Datin Noriza Mohd Noor, disaksikan oleh beberapa jemputan khas dan rakan media.


ASTRA merupakan agensi pelancongan yang telah beroperasi selama 4 tahun di Kuala Lumpur. Antara khidmat yang ditawarkan oleh ASTRA termasuklah tempahan penginapan dan tiket penerbangan, pakej percutian dalam dan luar negara, pengurusan insuran perjalanan serta visa pelancong seluruh dunia.



Pelancaran logo baru ASTRA ni merupakan simbolik kepada kedewasaan ASTRA dalam industri Pelancongan di Malaysia, selain memaparkan imej yang lebih moden dan profesional dalam menguruskan pelan percutian.





Dengan Pelantikan Dato' Fazley sebagai Duta Pelancongan ASTRA, pelbagai pakej menarik dan ekslusif bersama-sama Pemenang Masterchef Selebriti Malaysia ini ke pelbagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara.




Kerjasama ini juga merupakan satu inisiatif oleh pihak ASTRA dalam usaha mengangkat industri pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.



Aku ni memang suka sangat-sangat Travel.... Tak kisah la dalam ke luar negara.. janji dapat gi melancong... Lepas ni kalau nak gi melancong, boleh la ushar pakej pelancongan yang best kat ASTRA ni.

Facebook / Twitter / Instagram : ASTRAHOLIDAYS

Aspire Travel Sdn Bhd
47-1, Jalan Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur

03-91723040

13.10.15

Butik Neelofar Hijab di TTDI

Tuesday, October 13, 2015 1
Butik Neelofar Hijab di TTDI

Sape kat sini peminat tudung Neelofar? Cuba angkat tangan sikit nak tengok... hihihi... Aku ni bukanlah peminat fanatik pun tudung ni.. cuma bila tengok membe aku pakai cam cantik la plak.. so, aku pun terjebak la... Dan demi nak puaskan hati sendiri.. aku pegi butik terus... senang.. malas nak gi kiosk... tak banyak pilihan....


Butik Neelofar ni terletak di TTDI.. Gigih tau waktu lunch aku terjah ke sana.. aku kalau pegi mana-mana tak suka jalan sorang-sorang.. aku angkut sekali membe2.. dan dah tentulah membe aku yang penggemar Neelofar Hijab tu pun aku bawak sekali.. sebab aku tak tau jalan nak pg Butik...


Sampai je sana.. aku dah rambang mata... banyak pilihan tudung... orang pun ramai gak time tu.. maklumlah hari Jumaat.. tapi takde la sampai berlanggar punggung.. still bebas nak try n error tudung-tudung tu semua...


Banyak jugak tudung aku try.. menyibuk je lebih aku ni.. padahal nak beli banyak-banyak elaun shopping blom masuk time ni...






Try punya try.. last2 aku beli selai jer.. cukup la selai dulu.. nnt elaun shopping dapat dari hubby.. aku pegi la lagi...


Hari aku gi tu Neelofa xde.. Mak dia je ada.. Mak dia pun cantik.. padahal anak dah besar-besar.. awet muda sungguh... jeles aku..


Sempat lagi kami dok berwefie kat depan kedai... Kedai Neelofar ni bersih n wangi.. toilet pun cantik.. memang manjaga kebersihan.. pelanggan pun senang nak cari tudung sebab tersusun je..


Neelofa takde.. bergambar dengan Banner pun jadi la...


Ni la selai tudung yang jadi rembatan aku.. sedap pakai n senang bentuk.. aku suka...


Nanti bila-bila free nak gi lagi la Neelofar.. Harga mampu milik.. kain pun cantik.. terbaik...

Nak pegi jugak.. bole la gi terjah kat:

No 16, 16-1, 16-2, 
Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia. 
(Landmark : Opposite Hero Supermarket TTDI )
 Operation Hours : 9.00am -6.00pm ( Lunch Hour 12.15pm-1.15pm)
 Hotline: 03-77250515