Blog Eyzamiel

3.1.15

Keputusan 1st GA By Eyzamiel

Saturday, January 03, 2015 12
Keputusan 1st GA By Eyzamiel
Maaf sangat sebab tak sempat nak update senarai pemenang pada hari Jumaat. agak busy sbb sibuk menguruskan barang-barang untuk dihantar ke Kelantan bagi Misi Bantuan Banjir. Hari ni baru ada kesempatan nak update yer...

Semua keputusan dibuat oleh Random.org.. 

Pemenang Utama : sebotol BB Cream Seqy Beauty

5 x Hadiah Saguhati





dan 1 hadiah misteri (tambahan)


Tahniah kepada yang berjaya.. yang tak berjaya jangan putus asa.. lepas ni eyza akan buat 1 lagi GA yang hadiahnya pun best jugak..

Kepada semua pemenang.. Sila emailkan No. dan butiran anda kepada eyza sebelum 6hb untuk urusan hadiah yer. Kalau selepas tarikh tu eyza blom dapat butiran anda, eyza terpaksa cari pemenang yang lain. Email eyza : eyzafarza@gmail.com

Tq semua sebab sudi join GA eyza ni.. :)

2.1.15

Pelayaran Islamik - Bercuti Sambil Beramal di atas Kapal Star Cruise Libra

Friday, January 02, 2015 1
Pelayaran Islamik - Bercuti Sambil Beramal di atas Kapal Star Cruise Libra
Alhamdulillah... Bersyukur sebab kita masih bernafas di Tahun 2015 ni.. Walaupun tahun 2014 dah berlalu.. Banyak suka duka di Tahun lepas. Moga kita akan menjadi manusia yang lebih bagus lagi untuk tahun 2015. 

Aku kan, sebenarnya dari Tahun lepas lagi berangan-angan nak Naik Cruise.. pergi belayar.. wah.. best kan.. tapi, tak kesampaian sebab ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. So, untuk tahun ni.. aku harap sangat impian ni akan tercapai.

Tapi, aku kalau boleh.. nakkan Percutian atas Cruise tapi ada banyak aktiviti yang bermanfaat atas tu.. bukan sekadar bercuti semata-mata. Mesti ada yang tertanya, ada ke? Ha.. aku pun baru tau ni.. ADA rupanya...


Pernah dengar Pelayaran Islamik? Pelayaran Islamik adalah Pelayaran Pertama seumpamanya di dunia yang menawarkan percutian sambil dipenuhi dengan program-program islamik.




Tengok barisan Penceramah pun dah buat kita teruja.







Tambah menarik dengan kehadiran Finalis Pencetus Ummah pun ada tau.


So, apa tunggu lagi.. bukan senang tau peluang ni nak datang.. Jom ramai-ramai kita mendaftar di pelayaranislamik.com ... Ada lebih kurang 9 kabin yang boleh dipilih. "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Pelayaran Islamik ini akan dimulai dengan Penang - Phuket - Krabi pada 1 Februari hingga 4 Februari 2015.

Sebahagian dari harga pakej ni akan disalurkan ke Rumah anak-anak yatim, Pusat Tahfiz dan fakir miskin. Keterangan lanjut boleh layari pelayaranislamik.com

Info tambahan untuk lebih jelas :

TIADA BAYARAN TAMBAHAN BUAT MEREKA YANG MENYERTAI SESI SOLAT (TIADA TEMPAHAN UNTUK SAF DIBELAKANG USTAZ).
TAMBAHAN BAYARAN ADALAH UNTUK MEREKA YANG TURUT SERTA UNTUK SESI SARAPAN PAGI BERSAMA PARA  USTAZ YANG HADIR DAN UNTUK INDIVIDU YANG INGINKAN MINUMAN TANPA HAD PADA SETIAP MASA.
Pelayaran yang bermula pada tanggal 1 – 4 Februari 2015 ini merupakan tarikh yang cukup sesuai dimana ia merupakan cuti umum Malaysia bagi mereka yang meraikan Thaipusam. Jadi, mari isikan masa terluang anda bersama Pelayaran Islamik 3.0.

Preview Filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan

Friday, January 02, 2015 2
Preview Filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan

Korang suka tengok filem-filem arahan Abang Mamat Khalid? Aku suka, sebab filem-filem Abg Mamat ni santai dan tak berat. Sesuai la utk mengisi masa lapang dan berhibur. 

Bulan lepas, Eida ada dapat jemputan untuk Preview Filem Abang Mamat yang Terbaru, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Dan, dia invite aku untuk join sekali preview filem tu as Media Bloggers. Yeay.. hepi..hepi sebab dapat tgk dulu filem baru ni..

Thank's Eida sudi ajak eyza join..
kredit : Eida

Preview ni pukul 9 malam kat TGV, KLCC. Balik kerja, parking kereta kat LRT untuk ke KLCC. Malas la nak bawak kereta sebab jalan mesti jammed petang2 balik kerja.Bila naik LRT, cepat la sampainya.Pukul 6 petang aku dah terpacak depan LRT, KLCC. Tunggu adik aku kat situ, pastu terus gi Food Court KLCC sebab Eida dah tunggu kat sana.

Dalam Pukul 8 baru kitaorang gerak ke TGV. Sampai jer, kena daftar dulu. Dapat goodies Bag.. Yeay.. yang bestnya dalam goodies bag tu ada T-Shirt filem.. Aku suka! Ada makan-makan sebelum mula tu.. tapi, aku ambik yang ringan-ringan jer sebab dah kenyang... Ramai gak artis yang datang... Jihan cantik sangat.. tapi x sempat bergambar dengan dia sebab masa balik tu dah lewat.. sibuk nak kejar train plak.. :)


Orang kuat Filem ni.. Abang Mamat Khalid..
Harusla la ada gambar aku kat Banner ni..
With Fida yang cantik ni..
Dengan Abang Mamat yang sporting...

secara ringkas filem ini,
"Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)

Pekin yang handsome..
Kalau tengok tajuk mesti ingat ni cerita seram kan? Tapi, kalau korang tengok filem ni.. baru korang tau.. Filem ni bergenre komedi seram.. hihihi.. banyak adegan lawak.. tak habis2 ketawa... Happening sangat dalam panggung wayang tu..

Filem ni memang sesuai ditonton seisi keluarga di waktu terluang... Hilang stress kalau tengok sebab asyik ketawa jer.. 

Filem ni dah pun ditayangkan semalam bersempena dengan tahun baru.. Esok kan hari cuti.. Jom la bawak satu family gi tengok.. dapat bersantai sambil menonton Filem pertama di Tahun 2015 ni.. Moh ramai-ramai... Sokonglah Industri Filem Malaysia..

31.12.14

"Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com"

Wednesday, December 31, 2014 5
"Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com"

Jom ramai2 join GA yang Uni anjurkan ni... sama-sama support geng blogger.. Masih ada masa lagi nak join.. Follow jer syarat2 yang diberi.. mudah kan?

P/s: aku kalau menang dan diberi pilihan hadiah.. mesti rambang mata tak tau pilih yang mana sebab semua hadiah best.. dan kalau kena pilih jugak.. aku nak SuperRich Puteri Vanilla la.. hihihi..