Preview Filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan - Blog Eyzamiel

2.1.15

Preview Filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan


Korang suka tengok filem-filem arahan Abang Mamat Khalid? Aku suka, sebab filem-filem Abg Mamat ni santai dan tak berat. Sesuai la utk mengisi masa lapang dan berhibur. 

Bulan lepas, Eida ada dapat jemputan untuk Preview Filem Abang Mamat yang Terbaru, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Dan, dia invite aku untuk join sekali preview filem tu as Media Bloggers. Yeay.. hepi..hepi sebab dapat tgk dulu filem baru ni..

Thank's Eida sudi ajak eyza join..
kredit : Eida

Preview ni pukul 9 malam kat TGV, KLCC. Balik kerja, parking kereta kat LRT untuk ke KLCC. Malas la nak bawak kereta sebab jalan mesti jammed petang2 balik kerja.Bila naik LRT, cepat la sampainya.Pukul 6 petang aku dah terpacak depan LRT, KLCC. Tunggu adik aku kat situ, pastu terus gi Food Court KLCC sebab Eida dah tunggu kat sana.

Dalam Pukul 8 baru kitaorang gerak ke TGV. Sampai jer, kena daftar dulu. Dapat goodies Bag.. Yeay.. yang bestnya dalam goodies bag tu ada T-Shirt filem.. Aku suka! Ada makan-makan sebelum mula tu.. tapi, aku ambik yang ringan-ringan jer sebab dah kenyang... Ramai gak artis yang datang... Jihan cantik sangat.. tapi x sempat bergambar dengan dia sebab masa balik tu dah lewat.. sibuk nak kejar train plak.. :)


Orang kuat Filem ni.. Abang Mamat Khalid..
Harusla la ada gambar aku kat Banner ni..
With Fida yang cantik ni..
Dengan Abang Mamat yang sporting...

secara ringkas filem ini,
"Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)

Pekin yang handsome..
Kalau tengok tajuk mesti ingat ni cerita seram kan? Tapi, kalau korang tengok filem ni.. baru korang tau.. Filem ni bergenre komedi seram.. hihihi.. banyak adegan lawak.. tak habis2 ketawa... Happening sangat dalam panggung wayang tu..

Filem ni memang sesuai ditonton seisi keluarga di waktu terluang... Hilang stress kalau tengok sebab asyik ketawa jer.. 

Filem ni dah pun ditayangkan semalam bersempena dengan tahun baru.. Esok kan hari cuti.. Jom la bawak satu family gi tengok.. dapat bersantai sambil menonton Filem pertama di Tahun 2015 ni.. Moh ramai-ramai... Sokonglah Industri Filem Malaysia..

2 comments: