Blog Eyzamiel

8.10.14

REALASH EYELASH SERUM .. Produk untuk memanjangkan Bulu Mata hanya dalam 30 hari.

Wednesday, October 08, 2014 21
REALASH EYELASH SERUM .. Produk untuk memanjangkan Bulu Mata hanya dalam 30 hari.
Korang nak tak Bulu Mata yang panjang dan lentik? mesti la nak kan? sekarang ni ada macam-macam jenama Maskara kat pasaran yang boleh bagi nampak Bulu Mata Cantik.. Tapi, susah nak cari produk yang boleh buat Bulu Mata tu akan kekal Panjang dan melentik.. dah tak payah pakai maskara semata-mata nak nampak Mata macam pelakon Bollywood.. aku selalu berangan.. nak bulu mata macam diaorang.. melentik.. tebal dan panjang...

Ha.. sekarang ni ada satu produk yang agak Hot gak la kat pasaran.. Produk yang boleh memanjangkan dan melentikkan bulu mata.. jeng..jeng..jeng.. memperkenalkan.... REALASH EYELASH SERUM ... Aku pun baru jer dapat.. berkobar-kobar nak try ni.... 




Ok.. kat bawah ni gambar-gambar aku sebelum gunakan REALASH...


Pandangan Sisi..


Pandangan hadapan..

Ok.. kalau nak tau samada produk ni berkesan ke tak.. Korang tunggu nanti aku review hasil penggunaan aku selama sebulan yer.. K, Bye..

Untuk keterangan lanjut tentang produk ni.. boleh klik Page Realash...

Western Food sedap di Station 21, Bangsar

Wednesday, October 08, 2014 7
Western Food sedap di Station 21, Bangsar
Ya Allah.. lamanya aku tinggalkan blog aku.. tak berupdate.. dah bersawang dah.. hahaha.. biasa la.. kalau family datang.. gadget ni semua dah tak pedulik.. layan family lagi penting...

Alhamdulillah.. raya kali ni family aku semua turun KL.. Raya kat sini.. lepas sembahyang raya... pastu reramai turun Melaka plak.. umah adik aku.. meriah la.... tapi, bila semua dah balik.. sunyi la pulak... sedih tau.. rindu kat semua orang.. lebih-lebih lagi kat anak buah aku tu.. huhuhu.. Ish..ish.. ish...tacing plak.. 

Dah..dah.. takmo sedih-sedih.. kita citer yang happy-happy plak..ni aku nak citer pasal tempat makan yang best kat Bangsar.. amboi.. bila bab makan, terus happy....aptb la aku ni oi.....

Ni citer minggu lepas.. adik aku nak blanja makan.. dia yang pilih tempat ni sebab aku dok sibuk sangat nak makan steak... Kami gi makan kat Station 21, bangsar...


Kedai ni dekat je ngan Masjid Saidina Abu Bakar n Bangsar Village.. tempat ni sebenarnya Food Court.. bawah ada parking, atas tempat makan...Kalau tak silap aku, kedai ni bukak tiap-tiap hari.. cuma hari Ahad je tutup sebab ada Pasar Malam kat area tu..


Station 21 ni cuma ada western je.. tapi, kalau korang datang ramai-ramai dan ada yang nak makan makanan lain selain western.. jangan risau sebab gerai sebelah menyebelah ada jual makanan lain.. maklumla..ni kan food court.. banyak la pilihan makanan kat sini... diaorang yang masak kat Station 21 ni ala-ala chef hotel je.. sebab diaorang siap pakai uniform chef lagi... aku rasa diaorang semua pernah kerja hotel kut..pastu, kongsi modal berniaga sendiri.. aku rasa jer.. betul ke tak, entah ler.. hihihi..



Pilihan makanan kat sini pun banyak gak.. portion besar.. harga murah.. sedap plak tu.. memang berbaloi la..



Kalau datang sini, korang jangan lupa order air jus oren..pekat n paling best.. rasa jus tu sedap..

Ni aku punya...  Steak Grill .. berasap je bila sampai... aku ambik mixed sos (sos cendawan + lada hitam).. sedap.. daging pun lembut.... senang nak makan.. daging pun juicy...

RM 15.00


Ni hubby punya plak.. Chicken Chop Blackpepper Sos... yang ni aku paling recommed.. sedap sangat-sangat.. portion pun besar.. berbaloi..

RM 13.00

Ha.. yang ni pulak.. adik aku punya order.. Steak Grill (blackpepper Sos) + coleslow.. best gak yang ni..

RM 15.00

Bagi aku, semua makanan kat sini sedap-sedap belaka.. memang berbaloi.. cuma kalau datang waktu kemuncak.. orang memang ramai sangat-sangat.. dan kalau hujan, lantai agak basah dan licin... walau apapun, aku tetap puas hati.. Tak Percaya? Cuba korang tengok pinggan aku.. licin kan? xde apa pun yang tinggal.. hihihi.. memang terbaik la..




















Adress: Jalan Telawi 2, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 59100
Landmark: Beside Bangsar Village (Foodcourt)
Fousquare : tekan sini

2.10.14

Poto Bugil Liana Port..

Thursday, October 02, 2014 1
Poto Bugil Liana Port..
Yang ni lawak.. bila plak blog aku bertukar jadi blog lucah ni...  blog ni xde pun gambar bogel.. sekali, hari ni sampai 7 kali orang search... ranking paling atas plak tu.. xpe la.. at least... ada gak orang masuk blog aku.. walaupun dia search gambar bogel.. Hahaha.. 

30.9.14

Apa yang menarik di Busan?

Tuesday, September 30, 2014 1
Apa yang menarik di Busan?
Korang pernah berangan nak pergi Korea? Aku? Of coz la.. aku ni takde la minat K-Pop bagai.. cuma aku minat giler tengok Running Man..kalau bole memang tak nak miss setiap episod.. Aku suka tgk Jeneral Kim Jong Kook.. sweet bila dia senyum..hihihi.. 

Sebab penangan Running Man la aku nak sangat pergi Korea.. Running Man tu selalu pergi tempat-tempat yang best.. tu yang aku macam teruja sangat tu..

Apa yang menarik di Busan, Korea? Banyak sangat... aku kan.. kalau la dapat gi sana... aku teringin nak pegi banyak sangat tempat best kat sana...

Busan merupakan sebuah kota pelabuhan dan metropolitan di sebelah tenggara Korea Selatan. Busan juga adalah kota kedua terbesar selepas Seoul. Ia juga adalah bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan kelima paling sibuk di dunia dengan tan kargo. Busan kawasan metropolitan yang dibahagikan kepada 15 daerah pentadibiran utama dan sebuah daerah tunggal. Pada tahun 1995, Busan menjadi sebuah Bandar Metropolitan yang pesat membangun. Inilah serba sedikit sejarah mengenai Busan.

Dikelilingi gunung-ganang di satu bahagian dan laut berangin di bahagian lain, serta rebakan bandar yang memenuhi setiap ruangnya, Busan memancarkan aura menarik yang ringkas dan selesa seperti di rumah sendiri. Di "ibu kota musim panas" Korea inilah anda dapat menemui pantai terbesar, sungai terpanjang dan landskap semula jadi paling indah di negara ini. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Antarabangsa Busan yang terkenal di serata dunia. Dengan senyuman mesra daripada penduduknya dan cuaca yang menyenangkan sepanjang tahun, tidak hairanlah jika bandar kedua terbesar di Korea Selatan ini menjadi tempat percutian utama untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.


Ni antara tempat best yang aku nak pergi:-

1. Haeundae Beach!


Best o.. Haeundae Beach @ Pantai Haeundae ni adalah Pantai Tercantik di Korea... Aku ni dah la suka Pantai.. lebih-lebih lagi kalau pasir yang putih.. air yang jernih.. memang rasa macam nak lepak situ lama-lama jer.. rasa tenang jer..


Ni pulak pemandangan waktu malam... Cantik kan... bersih jer persekitaran kat situ....

2. Busan Aquarium



Busan Aquarium ni lebih kurang jer ngan Aquaria KLCC.. tapi.. kalau kita dah ke negara orang, mesti la kita nak kena masuk jugak..mesti ada sesuatu yang unik kat sana yang xde kat Aquaria.. sebab tu la aku takkan puas hati selagi tak masuk tengok sendiri..

3. Busan Tower


Busan Tower ni ala-ala KL Tower la.. cuma yang bestnya kat sini, kita dapat tengok pemandangan yang sangat-sangat cantik.. siap boleh nampak Laut lagi..Busan Tower ni terletak di Taman Yongdusan yang cantik..menara setinggi 118 meter ini menawarkan pemandangan yang cantik sangat-sangat.Kat sana jugak, boleh letak Mangga Cinta.. ala.. mangga yang couple yang memang fomous kat Korea tu..

4. Kuil Haedong Yonggungsa



Kuil Haedong ni unik sangat sebab terletak di Pinggir laut Berbatu.. Selain dari reka bentuk yang unik, pemandangan kat sini jugak sangat cantik..

5. Pasar Ikan Jagalchi




Pasar Ikan Jagalchi adalah pasar Ikan terbesar di Korea.. yang bestnya kat sini, makanan laut yang dijual memang segar sangat.. aku ni dah la penggemar makanan laut.. kalau la pergi sana, aku takkan lepaskan peluang ke sini.

6. Taejongdae Park



Kat taman ni.. kita boleh berjalan-jalan sambil menikmati ciptaan Allah yang cantik sangat-sangat ni.. siap boleh nampak laut dari taman ni.. Cantik.. 


Bagi sesiapa yang penat nak berjalan, jangan risau.. ada tram disediakan..

Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Terdapat sebuah rumah api di Taejongdae Park. Di bawah rumah api di resort ini adalah batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat. Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau, dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil 'Hujan Taejong' itu. 


7. Gamcheon Cultural Village



Tempat ni sebenarnya dalah perkampungan setinggan yang telah dikomersialkan dan dijadikan tempat perlancongan.. kalau peminat Running Man mesti tau tempat ni sebab Rancangan tu pernah buat penggambaran kat kawasan ni.. kampung ni terletak di lereng-lereng bukit yang menghadap laut.. memang cantik la view dier..

8. Makanan Halal di Korea

Ha.. ini yang paling penting sekali.. aku kalau pergi mana-mana.. mesti akan pastikan tempat tu senang nak dapat makanan halal...



Kat Busan ni memang ada makanan halal.. jangan risau.. antara restoran makanan halal yang ada di sana adalah di Cappodocia, Turkish Kebab House, Busan.. Ia terletak betul-betul disebelah Masjid Busan.. Senang.. lepas makan, boleh terus solat.. Kiranya Busan ni jugak Muslim friendly la..

Ni pulak info cuaca kat sana.. 

Musim panas
22°C - 26°C
Minum banyak air.

Musim luruh
18°C - 25°C
Masa yang sesuai untuk bersiar-siar.

Musim sejuk
-3°C - 6°C
Bawa jaket supaya kekal hangat pada malam yang dingin.

Musim bunga
9°C - 18°C
Masa terbaik untuk melawat sewaktu musim Pesta Bunga Sakura.

Banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di sana.. aku cuma listkan sebahagian aje.. So, macam mana? teringin tak nak pergi Busan? Aku of coz la teringin... Kalau diberi peluang, aku teringin nak pergi waktu sejuk.. sebab dari kecik aku dah berangan nak main salji.. Bestnya.. mesti romantik kan? ;)



Aku tulis ni sebab aku masuk Cabaran Winter in Busan anjuran Bloggers.com dan Majalah Libur .. Kalau menang boleh la aku main salji di Busan dengan Man Raja Lawak...

InsyaAllah, kalau ada rezeki.. dapat la aku capai hajat aku nak main salji di Busan.. Doakan aku yer kawan-kawan.

kredit : sini, sini, sini, sini dan sini..