Blog Eyzamiel

26.3.13

::Xde Gaji::

Tuesday, March 26, 2013 3
::Xde Gaji::
Pejam celik pejam celik dah 6 bulan aku kerja kat tempat baru ni.. sebelum ni gaji aku dibayar oleh Hospital Ampang... bulan ni sepatutnya gaji aku dibayar oleh tempat baru.. memandangkan aku dah settlekan hal2 gaji kat tempat lama... aku pun rasa xde masalah la ngan gaji aku...

tapi, semalam time semua org dok hepi sebab dapat gaji..aku pulak xde gaji..rupanya gaji aku terputus.... Adoi..macam mana la bole jd macam ni... aku buat gaji sebelum ni,mmg aku tahu yang tarikh hantar Sijil gaji Akhir dah lama.. ntah macam mana pulak bole terputus ni.. aku pun terus call Unit Gaji sini, diaorang kata dah buat..k, fine.. maybe gaji aku masuk hujung bulan ni.. sabar je la.. Hujung bulan ni xpe la, jangan hujung bulan depan sudah... memandangkan aku xde gaji, terpaksa la aku kenyit-kenyit mata kat hubby..sebab nak mintak duit dia..hihihi..


25.3.13

::Berehat sekejap::

Monday, March 25, 2013 2
::Berehat sekejap::
Dah lama aku x menulis... macam-macam yang terjadi... sekarang ni aku berehat dulu dari sebarang ubat dan rawatan kesuburan... dan alhamdulillah... dah 4 bulan period aku ok.. dari bulan 12 sampai la bulan 3 ni..tiap-tiap 22hb mesti period... walaupun usaha utk mengandung masih blom berjaya, tapi sekurang-kurangnya period aku yg ting tong dah ok sikit...lepas ni baru bole fokus balik... tahun ni aku ngan hubby berehat dulu dari sebarang treatment.. biarkan aje..kalau dah ditakdirkan rezeki aku ngan hubby, InsyaAllah..satu hari nnt kami akan jadi ibu dan ayah.. Amin...

23.2.13

::Anak Angkat::

Saturday, February 23, 2013 15
::Anak Angkat::
Kebelakangan ni banyak sangat isu anak angkat yang ditimbulkan.... hari Isnin hari tu dlm citer Bertamu di Abu Dhabi pun cerita tentang perkahwinan yang dah mencecah 5 tahun tapi blom ada anak... pastu, ambik anak angkat baru la isteri (lydiawati) mengandung... memang aku akui banyak yang macam tu.. bila dah ambik anak angkat, InsyaAllah, rezeki untuk dapat anak sendiri tu akan ada...

Semalam, dalam Primadona pun ceritanya tentang anak angkat.. comel betul anak angkat Ziela Jalil.. tetamu jemputan semalam ialah Adi Putra ngan wife dia yang dah pun ambik anak angkat selepas lama kahwin, tapi lom ada rezeki utk dapat anak sendiri.. dr cerita Adi Putra, aku nampak kegembiraan dia bila bercerita tentang anak.. ye la, sekian lama menunggu, baru sekarang berkesempatan bergelar ayah.. walaupun hanya anak angkat, tapi naluri kebapaan tu amat menebal... Selain dari Adi Putra, Erma Fatima juga dijemput.. Erma ada 5 orang anak angkat.. dah 22 tahun Usia rumahtangga Erma, tapi still belom ade rezeki..betapa tabahnya insan bernama Erma Fatima..  memang aku kagum giler ngan dia... tapi, ada 1 kata2 Erma yang buat aku menjadi sebak.... "Alangkah ruginya saya sebagai wanita yang tidak dapat melahirkan zuriat dari rahim sendiri" (lebih kurang mcm tu la ayatnya yang buat aku nangis...). Ye.. rugi jika kita x dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan.. tapi, kalau itulah ketentuan dari Allah, siapalah kita untuk mempersoalkannya....

Aku ngan hubby pun pernah bincang tentang ambik anak angkat..kami dah bersedia... tapi, agak susah dan banyak prosedur yang perlu diikuti... tapi, aku yakin, jika Allah mengizinkan satu hari nnt aku pasti akan mendapat anak yang aku idam-idamkan.... tak kisahla anak angkat atau anak sendiri, kedua-duanya tetap amanah dari Allah.... Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami... Amin...


18.2.13

::Kenduri 1 Malaysia::

Monday, February 18, 2013 1
::Kenduri 1 Malaysia::
Ok, kita skip dulu citer tentang A Famosa.. ha.. ni ade citer fresh... citer semalam (fresh la sangat kan..hihihi...) rasanya korang dah tau kan yang sekarang ni aku kerja bahagian Farmasi pulak... kerja baru aku ni memang menyimpang jauh ngan kerja sebelum ni.. kerja sekarang banyak berkaitan akta n ubat2 terlarang...

Memandangkan kitaorang ni Unit Penguatkuasa Farmasi, kitaorang dapat jemputan untuk buat Pameran sempena Kenduri 1 Wilayah... Nasib baik tempat yang kitaorang dapat kat Padang Flat Sri Johor, Cheras.. Dekat sangat la ngan umah aku..Program ni dilancarkan serentak di 13 lokasi berbeza... Ni kira 1st time la aku join geng2 Farmasi gi buat pameran..best sangat.. Memandangkan dari rumah aku ke situ cuma makan masa 15 minit, kul 7.45 pg baru aku gerak dr umah..sampai sana kul 8.. sedang elok la.. cari geng2 aku... bermula la episod menyusun barang2... ramai jugak yang datang awal sbb ade aktiviti senamseni... mula2 ingat nak join, tapi mengenangkan aku sedang bertugas, so x jadi la.. selain dari kitaorang, ade jugak dari Agensi Anti dadah, Kementerian Kesihatan, Perpustakaan negara, Jobs Malaysia, JKR dan beberapa agensi kerajaan yang lain.banyak aktiviti yang diaorang buat.. yang bestnya, semua gift yang kitaorang bawak licin dalam masa x sampai sejam.. sebab? kitaorang x buat kuiz pun, letak jer atas meja... kalau sorang amik 2, 3 barang.. x ke cepat abis.. hihihi..ok gak, clear sikit meja kami...








Banyak aktiviti menarik..ada kuiz, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan yang paling utama..penyampaian Br1m untuk Parlimen Bandar Tun Razak...

Khusyuk budak2 ni mewarna...

Semua tengah menunggu penyampaian BR1M dengan penuh sabar.




sampai duduk atas lantai la gara2 nak cari jawapan soalan kuiz...




sepatutnya kami kongsi meja ngan KKM, tapi memandangkan KKM pun banyak barang..kitaorang dapat la meja ni..ok gak, luas sikit...

Last but not least, makan time..katapun kenduri kan... makan gulai kawah..sedap...

Kul 12.00 tghr je, kitaorang dah kemas2 nak balik... lepak jap ngan diaorang, pastu terus balik...


p/s: Hari Sabtu tu dapat perkhabaran bahawa membe kat H. Ampang xciden dan sekarang berada di Wad ICU.harap sangat kawan2 semua dapat mendoakan beliau agar cepat sembuh. Amin.