Blog Eyzamiel

19.4.19

First time join KL Pagi Bebas Kenderaan dekat Dataran DBKL - Big Walk

Friday, April 19, 2019 0
First time join KL Pagi Bebas Kenderaan dekat Dataran DBKL - Big Walk

Eyza tak pernah sekali pun turun join aktivi KL Pagi Bebas Kenderaan dekat Dataran DBKL / Merdeka. Kebetulan awal bulan hari tu, KKM anjurkan "BIG WALK" dekat Dataran. Sebagai warga kerja KKM wajib la sokong kan. 

Gigih tau Eyza paksa Hubby join sekali. Nasib baik la dia nak. Malam sebelum "Big Walk" tu dah la dua-dua layan movie sampai pukul 3 pagi. Bangun pagi mata lebam dua-dua. Hihihi.


Kami pergi naik LRT je. Turun kat Stesyen Bandaraya. Masa sampai tu, orang dah start jalan. Kami terus je la masuk dalam orang ramai-ramai tu.




Kami start dari Dataran DBKL, lalu Jalan Sultan Ismail dan pusing balik melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lepas tu berkumpul balik dekat Dataran DBKL.






Happy betul bila dah sampai. 3 KM je kan. Tak rasa penat pun.





Yang bestnya bila join program macam ni ialah bila kita dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa.Aku sempat la jumpa kawan-kawan masa sama-sama kerja kat Hospital Ampang. Sekarang ni masing-masing dah tukar tempat kerja. Tapi still dekat KL. Cuma jaranggg sangat nak jumpa.





Lepas ni aku ngan hubby ingat nak join lagi la. Best pulak aktiviti macam ni bila hujung minggu. Kalau duduk kat rumah pun tido je kan. Hihihi.

14.4.19

Sedapnya Dessert berasaskan Coklat di Salon Du Chocolate

Sunday, April 14, 2019 3
Sedapnya Dessert berasaskan Coklat di Salon Du Chocolate

Kita ni hantu dessert. So, dalam konon-konon nak diet tu, dah termakan coklat. Bukan sikit-sikit yang Eyza makan. Punah la diet. Sadis betul.

Mentang-mentang la Salon Du Chocolate dekat je dengan ofis. Memang asyik ngidam coklat je la. Hihihi.


Ni kali kedua Eyza makan kat sini. Coklat dia memang sedap. Ada 3 pilihan coklat kalau tak silap Eyza.


Kalau tanya bab harga, memang agak mahal la. Tapi, korang boleh share2 sebab coklat tak boleh makan banyak sangat. Nanti muak. Tambah-tambah kalau yang jenis pekat macam ni.


Kalau dah makan manis-manis ni, helok la kita order air mineral je. Ni pun 3 hinggit sebotol. Nasib botol cantik. Eh. Hahaha.


Nasib baik kawan-kawan opis baru dan lama nak teman kita makan coklat. Rasa bahagia sangat.


Oh. Lupa pulak nak bagitau. Ni Eyza pegi Salon Du Chocolate cawangan Quill Mall tau. Yummy.

10.4.19

SITI JAMUMALL DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!! .

Wednesday, April 10, 2019 4
SITI JAMUMALL DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!! .

Semua orang impikan majlis kahwin yang meriah. Tapi kadang2 kekangan bajet buat kita berfikir banyak kali.

Tapi, rezeki sangat untuk pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ni. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!


Rezeki kan. Mula2 plan nak buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.


Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan siti. 


Kalau aku jadi Siti ni pun mesti sebak dan tak sangka , majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. 


Selama ni siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan viral.. sebab tu ramai hargai jasa siti dan bila siti kahwin mereka sanggup sponser mcm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej.


Ni la orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Syukur sangat penaja-penaja ni semua bermurah hati.






Tahniah sitijamumall. Cantik sangat.

Ni antara sponsor Grand Wedding ni:

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma

Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

Grand Cake dari Mad About Cake

Vip Menu dari Rumpun Selera

Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

Jamu dari Seri Lady Empire Resources

Tudung Bawal  Bridesmaids dari Gallery Bawal

Kain Pasang Diamond dari Irahsukri

Telekung dari Pretty Aini

Make Up Set dari Zacthira Navillionniza

Scarft dari Scarft By Mehrun

Printed Box dari Art Creation Printing

Perfume dari  Luxe Essencia Resources

Honeymoon Pakej dari Arwana Resort

Moga pasangan pengantin ni berkekalan hingga ke Jannah.

#SitiJamuMallWedding #sitijamumallkahwin #SitiJamuMall

2.4.19

Koleksi Bawal dan Shawl cantik dari Bidadarihouse

Tuesday, April 02, 2019 12
Koleksi Bawal dan Shawl cantik dari Bidadarihouse

Eyza ni dah lama jugak la tak pakai tudung bawal. Asyik pakai shawl je. Tapi kan.. bila Eyza jalan-jalan dekat ig Bidadarihouse ni, Eyza terus cam jatuh hati dengan koleksi bawal kat sini.

Kaler dia dah la jenis yang Eyza suka. Rambang mata jugak tak tau nak pilih. Apa yang bestnya lagi kat sini ialah bila ada jugak shawl. Yeay. So, Eyza lepas ni kalau nak beli Shawl atau bawal, just tengok kat sini je. Dua-dua jenis ada.

Eyza pun apa lagi, grab la 2 tudung bawal dan 1 shawl. Mula-mula ingatkan nak pakai waktu raya, tapikan kaler dia cantik sangat. Kita dah terpakai pun. Hihihi. 

Eyza pilih Bawal AKEL Plain 50 Kod 72 dan Bawal Cotton Turki 50 Kod 27. Untuk shawl pulak, Eyza pilih AYLA Shawl Premium Kod S9.

AKEL Plain 50


Tudung Bawal AKEL Plain 50 ada lebih kurang 32 warna untuk kita pilih. Eyza sendiri pun tak tahu nak pilih warna apa. Rasa nak ambik semua je.


Tapi atas dasar cintakan Pink, Eyza pun pilih kod 72. Ni bukan typical Pink tau. Ni Pink yang agak gelap, ala-ala nak ke Purple tapi masih pink. 

Material : Turkish Chiffon (100% polyester)
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Kod Warna : 72


Eyza suka warna ni sebab susah nak cari. Akhirnya kutemui jugak dekat Bidadarihouse ni. Love sangat.


Bawal ni bidang besar jugak, kalau korang yang suka pakai labuh pun sesuai pakai tudung ni.

Bawal Cotton Turki 50


Kalau korang penggemar Bawal Turki, ha.. ni la tudung yang sesuai. Selalunya Bawal Turki ni akan bercorak. Susah pulak nak match dengan baju. Tapi, kali ni Bidadarihouse keluarkan Bawal Turki yang plain pulak.

Material : Cotton Turki
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Kod Warna : 27


Pilih punya pilih, mata Eyza berkenan dekat Warna biru laut iaitu Kod 27 dalam koleksi Bawal Cotton Turki 50 ni. Lembut je warna dia. Rasa Ayu gitew bila pakai.



AYLA Shawl Premium


Dah ada 2 bawal, Eyza mesti la takkan lupakan shawl jugak. Dua-dua jenis Eyza suka. Untuk Shawl, Eyza pilih warna Navy Blue iaitu Kod S9. Dah ada 2 warna terang, kali ni Eyza pilih warna gelap pulak. 


Material : Turkish Satin
Saiz : 175cm x 200cm
Kod Warna : S9




Tudung dari Bidadarihouse ni dibuat dari kain yang bermutu tinggi. Siap ada cara nak basuh lagi bagi kekalkan kualiti tudung ni.


Sekarang ni ada promosi tau. Korang boleh beli dan masukkan kod macam kat bawah ni untuk dapat diskaun 10% dari 1 April sampai la 30 April 2019. Ha.. Memang berbaloi sangat korang shopping tudung raya sekarang.


Jangan lupa tau masukkan Kod bidadari-eyza10 untuk diskaun 10 %.

Untuk info lanjut dan harga boleh rujuk :
emel: sales@bidadarihouse.com

#BidadariHouse #AYLAShawlPremium #AKELPlain
#BawalCottonTurki #BHctss