Blog Eyzamiel

20.6.18

Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2

Wednesday, June 20, 2018 1
Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2
Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2|Assalammulaikum & Hai korang. Rasanya belum terlambat untuk Eyza ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ni korang raya mana? Eyza tahun ni beraya jauh sikit. Team raya Sarawak tahun ni. Eyza balik sehari sebelum raya. Pergi naik AirAsia dan balik naik MAS. Nak senang, Eyza n hubby parking dekat Putrajaya Sentral dan naik je KLIA Transit untuk ke KLIA2.

First time kami nak parking kat sini.Selalunya parking kat TBS je. Tak tahu pulak yang sejak Feb 2018, parking ni kena guna Touch n Go. Baki dalam T&G ada RM 4 je. Tak boleh touch. Dah satu hal menggagau nak cari kedai nak reload. Naik atas Putrajaya Sentral tu ada mart, so reload kat situ.Mesin reload pun ada, bila dah reload kat mart baru nampak mesin tu. 


Dah reload baru la boleh touch. Mencabar jugak parking kat sini sebab parking penuh. Maybe sebab orang masih kerja atau ramai yang park kat sini untuk ke Airport.


Banyak kali jugak la kami berpusing-pusing. Stress dibuatnya. Last-last hubby parking kat ruang kosong xde petak tepi parking OKU. Tawakal je la. Memang xde parking. Patutnya klu penuh kena la letak signboard penuh. Ni bila dah masuk buang masa je mencari. Takkan nak keluar cari parking tempat lain pulak. Dah la banyak masa terbuang kat sini.

Park kat sini murah je. 
RM 2 (Siang 6 pagi - 12 pagi)
RM 4 (Malam 12 pagi - 6 pagi)

Cuma tu la. Sebab ni kira tempat tumpuan jugak untuk park ke Airport, pihak pengurusan kena tambah lagi parking bertingkat ni. Sekarang ni cuma ada 4 tingkat, memang x cukup la.

So, kalau korang cari parking murah n dekat nak ke airport boleh la park kat sini.

Tapi.. Eyza sedih sebab kereta kena clamping. Huhuhu. Sbb kami park kat tempat bukan parking dan tayar termasuk sikit je pun kat petak kuning OKU. Tak memasal kena bayar RM 100. Sadis betul. Kalau korang park kat sini hati2 sebab banyak kereta kena clamp kalau parking x betul. Sedih jugak la sbb ingat nak jimat, tapi makin banyak pulak keluar. Lagipun ni parking berbayar, mahal sgt harga clamping tu. Buat rayuan RM 50 x dapek. Redha je la bayar. Lepas ni maybe akan park kat TBS balik la camni. Serik.

7.6.18

Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

Thursday, June 07, 2018 1
 Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green/ Bila nak raya ni, ramai la yang akan shopping tambah-tambah shopping online. Salah satu platform yang paling Eyza suka kalau nak shopping online dah tentu la dekat Shopee. Bukan saja beli barang mekap, tapi Handphone pun ada jual kat sini. Dah la ada tawaran best.Salah satu handphone yang ada ialah Handphone honor yang murah dan mampu milik. Boleh la beli handphone raya.Hihihi

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.



“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.


honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.


Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://shopee.com.my/honormy.officialstore atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

2.6.18

Shawl dan Bawal Raya Cantik dari Ladyqomash

Saturday, June 02, 2018 2
Shawl dan Bawal Raya Cantik dari Ladyqomash
Shawl dan Bawal Raya Cantik Dari Ladyqomash|Assalammualaikum dan Salam Ramadan korang. Hari ni pergi shopping raya ke? Eyza malas nak bersesak-sesak shopping bila nak raya ni. Eyza lebih suka beli online je. Kita jimat masa, tenaga dan duit untuk minyak dan parking.

Baju Raya Eyza dah beli, sekarang ni dok ushar shawl raya pulak. Hari tu Eyza ada nampak ramai yang recommed pakai tudung dari Ladyqomash. Eyza pun jalan-jalan cuci mata kat ig diaorang dan 'terbeli' 3 helai shawl. 

Bila shawl sampai je, Eyza memang suka sangat-sangat sebab kain lembut dan senang nak bentuk. Eyza ni dah la jenis yang tak sabar, beli 3 helai dan 1 dah selamat Eyza pakai pergi kerja. Hahaha. Tinggal 2 je nak pakai raya ni. Tu pu  dok menahan je dari pakai sebelum raya.

Shawl Hydrangea Rainbow
Kawan-kawan pun dok tanya beli shawl kat mana sebab cantik diorang kata.Eyza pun rasa cantik je bila pakai shawl Ladyqomash ni.*jangan muntah baca statement perasan ni

Ingat nak tambah lagi koleksi, tup tup nampak ada contest selfie dekat ig Ladyqomash. Eyza pun try la join dan tak sangka Eyza menang 2 helai shawl. Yeay bestnya. Yang tu pun Eyza nak simpan pakai raya. Hari-hari dok tgk sbb cantik 

Dalam dok mencari Shawl bercorak, Eyza cari jugak Shawl plain tapi nak jenis Satin lembut. Tak sangka pulak Ladyqomash keluarkan koleksi Raya kali ni shawl dan Bawal Plain. Dah la kaler yang ada semua ekslusif dan agak susah nak cari.

Kalau ikutkan hati semua warna shawl yang ada dekat ig diaorang tu Eyza nak beli. Tapi kenangkan ada lagi 4 shawl Eyza belum pakai, Eyza ambik 2 dulu sebab nak tengok material kain best tak sama macam yang bercorak.

Eyza suka beli online dengan diaorang sebab servis pantas. Hari ni order, Esok dah sampai. Eyza suka berurusan dengan orang yang macam ni. Tak la kita asyik nak check tracking je.

Untuk koleksi Raya ni, semua shawl dan bawal didatangkan dalam kotak kaler pink. Koleksi sebelum ni Eyza dapat dalam kotak warna hitam. Nice sangat bila letak dalam kotak ni. Nampak ekslusif gitu.


Eyza ambik Shawl satu dan bawal satu. Dah lama tak berbawal apa salahnya kan sesekali kita pakai. Kan bila kita pakai bawal kita nampak muda. Hihihi.


Shawl Panjang (RM 59.90)


Untuk Shawl panjang, Eyza ambik warna Rose. Eyza suka warna ni sebab unik.Nama je Rose tapi bukan warna pink yang biasa tu.


Shawl ni menggunakan kain Premium Satin dengan ukuran 180cmx70cm. Panjang tau shawl ni. Kita boleh adjust ikut kesesuaian kita. Nak singkat boleh, nak labuh pun boleh.


Bawal (RM 69.90)


Tudung Bawal ni pulak Eyza ambik kaler Ocean. Yang ni pun Eyza suka sebab warna dia susah nak cari. Nasib baik ada dekat Ladyqomash ni. Kaler ni nak kata grey bukan biru pun bukan. Kombinasi dua2 warna tu yang buatkan bawal ni nampak ekslusif gitu.


Eyza ni dah lama tak pakai bawal and rasa macam dah lupa cara nak pakai. Tapi hati ni teringin bila tengok bawal Ladyqomash ni. So, kita try la grab satu dulu.

So far, bila dah pakai Eyza terus jatuh cinta dengan bawal ni sebab material bawal ni dibuat dari Premium Heavy Satin dan lembut. Walaupun lembut, tapi bawal ni senang sangat nak bentuk. Tak macam bawal yng Eyza pernah beli dari jenama lain tu. Dah la susah nak bentuk, kena kipas terus penyet. Hahaha. Bawal ni besar tau iaitu 110cmx110cm. Kalau yang pakai labuh pun Eyza sangat syorkan Bawal ni.


Kalau korang masih mencari Shawl dan bawal raya, pergi la jenguk ig Ladyqomash .Takpun beli je kat web https://www.ladyqomash.com/ . Korang pun akan jadi rambang mata macam Eyza bila dah tengok Koleksi Raya 2018 Ladyqomash ni. Sekarang ni pulak diaorang ada buat promo Beli 2 helai percuma postage. Bestkan? Ye la.. Dah jimat duit postage RM 8.00. 

So, tunggu apa lagi. Beli online je dengan diaorang, dan tunggu tudung raya korang sampai kat rumah nanti. Selamat bercantik-cantik di pagi raya. Jangan jadi macam Eyza, tak sempat raya dah pakai. Ni dok ushar lagi ig diaorang, nak grab kaler lain pulak lepas ni.Hihihi.

1.6.18

Tips cantik dan mekap simple di Hari Raya dengan Seqybeauty

Friday, June 01, 2018 1
Tips cantik dan mekap simple di Hari Raya dengan Seqybeauty
Tips Cantik di Pagi Raya| Assalammualaikum dan hai uolls.. Dah beli baju raya ke? Eyza awal-awal lagi dah beli. Dari 2 helai baju raya, dah pun jadi 5 helai. Ni semua sebab baju raya tahun ni cantik-cantik. Semua rasa nak beli.

Kalau dah ada baju raya cantik, mesti la kita nak muka pun cantik pagi raya kan. Ha.. ni la yang Eyza nak share dengan korang. Set Kecantikan jenama Seqybeauty. Produk ni Halal dan ada KKM. So, gunakan tanpa was-was gitu.

Set Skincare Seqybeauty
Eyza pernah ada masalah kulit yang teruk. Masa tu founder Seqybeauty iaitu Blogger Sepet baru je perkenalkan Set Skincare ni. Eyza salah seorang yang jadikan muka ni sebagai bahan uji kaji. Mula-mula takut jugak, tapi tekad je nak try sebab muka dh teruk. Alhmdulillah lepas 2 minggu pakai, kulit muka Eyza makin ok. Sampai la sekarang ni jerawat susah sangat nak tumbuh. Sejak dari hari tu, Eyza memang setia je dengan Skincare Seqybeauty ni.


Skincare ni berharga RM 130 dan  tahan dalam 2-3 bulan. Jimat sangat. Berbaloi la beli.

BB Cream Seqybeauty
Eyza ni tak suka muka Eyza bertepek dengan foundation tebal. Kalau nak pergi kerja, Eyza lebih suka mekap light-light je. Eyza pilih BB Cream dari Seqybeauty kod Beige. Eyza suka sebab tekstur lembut dan kulit jadi sekata je. Rasa x pakai apa-apa kat muka. Selalunya Eyza kalau dh pakai BB Cream Seqybeauty ni memang dh x pakai bedak. Sebotol cuma RM 55 dan tahan lebih dari 2 bulan.


Kabuki Brush Set Seqybeauty
Eyza terpaling suka sapu BB Cream dengan Kabuki Brush ni sebab muka nampak sekata je berbanding kita guna tangan. Rugi tak beli berus ni sebab bulu berus ni lembut sngat. Satu cuma RM 19.90 dan kalau beli sekali dengan BB Cream atau Mist Finishing Spray, berus ni cuma berharga RM 15.90 dan kalau pembelian barang seqybeauty lebih RM 300, Korang akan dapat Kabuki Brush ni FREE je!!!



Lipstik Seqybeauty
Lipstik ni bestt sebab ianya x buatkan bibir kering. Eyza paling suka lipstik kod Sarimah sebab kaler dia pink-pink gitu. Sebatang cuma RM 39.00.


Blusher Seqybeauty
Ha.. ni pulak baby baru dari Seqybeauty. Blusher!!! Ada 2 kod iaitu Peach Smoothie dan Strawberry Shake. Eyza suka kaler yang ala-ala Natural gitu. So, Eyza pilih Peach. Kalau suka cam pink-pink boleh pilih Strawberry. Sebatang cuma RM 59.00 sahaja. Berbaloi beli sebab blusher ni dah siap dengan berus tau. Sebelah ada blusher dan sebelah lagi ada berus. Senang nak bawak ke mana-mana.


Sekarang ni ada promo 2 batang RM 100 je.. Murah sangat-sangat ni. Berbaloi beli.


Peach

Strawberry

Ada berita best untuk penggemar barangan Seqybeauty.. Ada sale sempena Ramadhan la uolls.



Berbaloi sangat kan? Mana nak dapat harga murah kebabom macam ni.


Eyza selalu mekap simple sangat. Tak sampai 5 minit.Cuma guna:
1. Pakai Serum (x kisah jenama apapun)
2. Pakai BB Cream Seqybeauty kod Beige
3. Pakai Maskara
4. Pakai Blusher Seqybeauty kod Peach
5. Pakai Lipstik Seqybeauty kod Sarimah

Dah siap!!! Senang je kan nak cantik bila kita pegi beraya. Tak ada alasan lagi tak cukup masa.


Boleh wasap 0103226721-Fiza untuk pembelian. Cod Area KL, Cheras, Taman Melati, Kajang, Ampang, Pandan Indah dan kawasan sekitar. Pos setiap hari. Untuk promosi Ramadan ni korang akan dapat Sampul Duit Raya as free gift dari Seqybeauty. So, kalau nak cantik wasap je nombor tu. Selamat bercantik-cantik di pagi raya ye.