Blog Eyzamiel

9.2.18

THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray penyelesaian untuk masalah Resdung

Friday, February 09, 2018 2
 THYMOS Anti Sinus/Nasal Allergies Spray penyelesaian untuk masalah Resdung
Eyza ni dari dulu sampailah sekarang ada resdung. Memang tak selesa sangat. Dulu Eyza pernah la beli corong asap resdung.. setiap kali buat sampai terbatuk-batuk sebab dok hidu asap.. Bukan setakat tu, Eyza pernah buat rawatan resdung dekat Downtown Cheras. Masukkan ubat apa ntah kat hidung lepas tu keluar lendir. 3 hari jugak la hidung pedih dan tekak rasa pahit. Susah betul nak hilangkan resdung ni.


Tapi, sekarang ni dah senang sebab ada THYMOS Anti Sinus/Nasal Spray sebab spray je masalah Resdung Eyza dah makin ok. Nak tidur pun senang. Kalau tak hidung rasa macam gatal dan tak selesa. Tambah-tambah kalau lepas makan makanan yang ada belacan. Siksa betul rasanya.


Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni berkesan untuk mengurangkan alergik dan resdung yang selalu buat kita bersin. Spray ni cepat bertindak, hanya 1 semburan dapat memberi perlindungan selama 12 jam. Lama tu.

Ada 3 cara kita boleh gunakan spray Anti Sinus/Nasal Alergies iaitu dengan cara:

1. Pakai macam perfume untuk boost antibodi. Sembur je kat baju.

2. Sembur dekat bantal dan katil untuk reduce Sinus Ellergies.

3. Sembur je kat udara untuk bagi kelegaan yang cepat.


Ianya boleh disembur hari-hari bagi kita rasa selesa bangun pagi hari-hari. Eyza cadangkan supaya guna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS , sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada dan 6 semburan pada bantal atau katil dah cukup.

THYMOS's Anti Sinus/Nasal Allergies Spray bukan ubat tau tapi ianya lebih kepada sanitiser sebab ianya dapat membuatkan udara lebih bersih. Bukan setakat sembur dekat baju, bantal atau udara tapi boleh juga digunakan sebagai sanitiser bagi menghalang kuman jahat.


Produk ni tak ada alkohol, pewangi atau bahan kimia toksik. Ianya hanya menggunakan mineral aktif iaitu 100,000x lebih kecil dari rambut manusia.

Spray ni botol kecil je, senang kita nak masukkan dalam handbag. Bila-bila perlu kita ambik spray je.

Selebriti Amber Chia pun suka dengan spray ni sebab ianya dapat melindungi anaknya untuk jangka masa lama dari diserang Pathogen (kuman-kuman yang menyebabkan penyakit).



Spray ni adalah Revolutionary Airshield Technology dari UK. Bukan calang-calang produk sebab  ianya terbukti secara klinikal dapat merawat Resdung .


Produk ni bukan saja orang dewasa boleh guna tapi kanak-kanak pun boleh. Kiranya satu botol boleh digunakan seisi keluarga.


Eyza dah guna. Eyza memang puas hati sebab ianya dapat bantu Eyza keluar dari masalah Resdung ni. Kalau tak pagi-pagi hidung akan gatal dan rasa nak selsema tapi bila dah guna spray ni hidung rasa selesa dan tak bersin  dah pagi-pagi.

Harga sebotol ni cuma RM 75 tapi sekarang tengah ada promosi iaitu RM 69.90 je sebotol. Ianya exclusive dijual dekat Guardian. Senang je kan nak cari. 1 Malaysia ada Guardian.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:








7.2.18

Tips, Itinerary, Pakej dan Bajet untuk 4 hari 3 malam ke Jogja / Yogyakarta

Wednesday, February 07, 2018 0
Tips, Itinerary, Pakej dan Bajet untuk 4 hari 3 malam ke Jogja / Yogyakarta
Alhamdulillah.. Eyza berjaya jugak habiskan entry trip ke Jogja. Sebelum ni entry bercuti tak pernah habis. Hahaha.


Ok.. Last entry ni Eyza nak share tips kalau ke Jogja.

Tips
- Kalau ke Goa Pindul wajib bawak baju spare dan selipar sebab baju kita akan basah semua ye. 
- Kena pandai mengelak dari peniaga di Candi Borobudur. Diaorang akan ikut kita start kita turun kereta dan nanti bila kita dah turun dari Candi pun still ramai yang ikut. Kalau x sampai hati beli la tapi harga agak mahal kalau kita tak tawar menawar. 
- Pakai kasut yang selesa. Eyza lebih prefer sport shoes sebab banyak tempat yang kita kena jalan jauh dan mendaki macam Candi Borobudur.
- Tak payah bawak banyak sangat duit rupiah sebab barang kat sana murah.



Tentatif 4 hari 3 malam

14jan
Pick up airport
Jurang tembelan
Rumah hobbit
Hutan pinus
Cek in hotel

15jan
Merapi mount
Borobudur
Bukit rhema
Back hotel

16jan
Timang beach gondola
Cave waterafting goa pindul
Pintoe langit
Back hotel

17jan
Cek out hotel
Kalibiru
Tamansari
Beli oleh2 shoping market
Drop airport

Pakej 

Pakej supir +hotel +tiket masuk:

6pax
Seorang rm675

Termasuk:
-hotel 4h 3m(bintang 2/3)
-transport supir minyak parking
-semua tiket masuk tempat
-naik jeep merapi
-naik pokok kalibiru
-alat+pemandu cave waterafting goa pindul
-naik jeep menuju timang beach

Tak termasuk:
-naik gondola timang beach



Bajet
Tiket Flight (Pergi Balik) - RM 367.90

Pakej Supir - RM 675.00

Luggage - Balik 20kg RM67 + RM33.50 20kg (share dengan partner)
Total : RM 100.50

Meal atas flight - RM20
Pergi Nasi Ayam
Balik Chicken Lasagna

Insurans - RM28

Duit Makan - RM150

Duit belanja kat Jogja:
Hari Pertama - RM 24.00
Hari Kedua - RM 122.10
Hari Ketiga - 125.50
Hari keempat - 23.70
Total : RM 295.30

Tukar RM300
(Dapat 1 juta rupiah)

Total belanja trip Jogja untuk 4 hari 3 malam ialah RM 1636.70



Ha.. tu la bajet Eyza ke Jogja.. Kalau beli tiket time promo mesti lagi murah sebab maksu dengan yan dapat tiket dalam 220 je. Kitaorang beli lambat, tu harga lain. Untuk pakej supir tu Eyza puas hati sebab semua dah bayar. Just bawak duit belanja dan duit naik gondola je.  Kalau tak shopping tukar RM 100 je dah cukup. Eyza bawak RM 300 siap ada balance lagi RM 4.70.. Hihihi.. ok la tu kan balance duit rupiah boleh buat kenang-kenangan..

Settle dah trip Jogja.. Tahun depan ke mana pulak ye? Hihihi.

Entry lain pasal Jogja:






6.2.18

KULIN SEA SEVEN DAYS LATER & PURESH , Produk Kecantikan Halal dari Korea

Tuesday, February 06, 2018 3
KULIN SEA SEVEN DAYS LATER & PURESH , Produk Kecantikan Halal dari Korea
Perempuan mana tak suka kulit cantik kan? Kulit cantik ni buat kita lebih confident walaupun tanpa mekap. Eyza ni jenis kulit kombinasi dan sensitif. Tak boleh pakai sebarang produk je. Kalau silap produk, habis la muka. Memang akan naik jerawat merah-merah tu. Eyza sendiri pun ngeri nak tengok.

Tapi, bila Eyza pakai produk dari KULIN SEA ni, muka Eyza ok je. Makin cerah dan lembut pulak kulit ni.


KULIN SEA adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan mengedarkan Set Skincare Seven Days Later dan UV Protector PURESH yang diformulasi di KOREA. Seven Days Later adalah Skincare pertama bagi syarikat ni dan ianya menggunakan bahan semulajadi.


Bulan lepas Eyza berpeluang ke Skincare Workshop  yang dianjurkan oleh KULIN SEA. Macam-macam yang eyza dapat belajar masa tu. Berbaloi sangat.



Founder produk Kulin Sea ni terdiri dari 3 individu hebat dengan 3 latar belakang dan kemahiran yang berbeza. Di majlis itu juga, mereka menceritakan bagaimana mereka setuju untuk bergabung hasilkan skincare ni serta buat demo menggunakan produk ni langkah demi langkah.


Kami juga diberi taklimat dan tips kecantikan dari Mr Imam yang diterbangkan khas dari Korea. Bukan setakat wanita je tau boleh pakai produk ni, lelaki pun pakai. Tambah-tambah orang yang memang selalu travel macam Mr Imam ni memang disyorkan guna bagi mengelakkan kulit kering dan kusam sebab ianya mampu merawat kulit dan melindungi kulit dari sinaran matahari.

Selalunya Eyza akan dapat pertanyaan sama ada sesuatu produk tu Halal atau tidak. Ok.. Untuk pengetahuan korang, produk ni disahkan HALAL dan boleh dipakai tanpa was was.

Produk ni menggunakan bahan-bahan semulajadi, Mesra Muslim dan yang penting ianya mendapat pengiktirafan HALAL dari GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. GIMDES ni turut diiktiraf oleh JAKIM dan boleh buat semakan di http://www.halal.gov.my/150216.pdf.


Didatangkan dalam botol cantik warna hijau turqoise buat Eyza rasa macam fresh je nak guna. Tu baru tengok botol, kalau dah guna bertambah fresh rasanya.

Set Seven Days Later ni ada 3 produk iaitu:
1. Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
2. Seven Days Later Premium Multy Essence 
3. Seven Days Later Fish Collagen Powder 

Set Seven Days ni memang best sebab ianya simple je nak pakai dan buat muka rasa best. Lepas pakai Eyza feeling-feeling macam kulit orang Korea pulak. Hahaha.

Nak pakai pun senang sangat. Ikut je langkah-demi langkah macam ni.

Langkah 1: Kulin Seven Days Later Premium Multy Essence


Premium Multi Essence ni berbentuk spray dan senang je. Bukak je penutup terus sembur kat muka macam kita pakai Face Mist tu. Ni lebih kurang la tapi ianya lagi best sebab buat kulit rasa segar je.Kiranya ni macam kita pakai toner je, tapi yang best kita tak payah nak sapu dengan kapas bagai. Just sembur je terus kat muka dan dap dap je pakai tangan. Lepas pakai tu kulit kita akan jadi segar sebab Essence ni ada Aloe Vera dan ia buat kulit kita lembap je walau seharian duduk dalam Aircond.

Langkah 2: Kulin Seven Days Later Waterfull Magic Whitening Essence


Whitening Essence wangi , tidak melekit , tidak berminyak dan mudah diratakan pada kulit.Ianya mengandungi pelbagai khasiat daripada buah delima, buah tomato dan bahan sumber semulajadi serta Snail Slime atau lendir daripada siput yang mempunyai banyak manfaat kepada kulit bermasalah seperti jerawat dan parut jerawat.


Langkah 3: Kulin Seven Days Later Fish Collagen Powder


Fish Collagen Powder ni pulak mesti digunakan dengan Whitening Essence. Campur je dan terus dap dap dekat muka sampai sekata. Fish Collagen Powder ni dapat memperbaiki struktur kulit wajah yang rosak dari parut jerawat dan berfungsi untuk menganjalkan kulit.Kalau kita rajin pakai, liang pori kulit kita akan mengecil dan awet muda.

Selain dari dipakai di muka, Fish Collagn ni jugak boleh dicampurkan dengan Serum rambut. Eyza dah try dan memang best. Rambut Eyza dah makin kurang gugur sejak pakai produk ni. Suka sangat.

Langkah 4: Puresh UV Protector SPF35 PA


Eyza memang tak pakai UV Protector, pakai je BB Cream dah siap ada SPF. Tapi kadang-kadang kita memang perlu jugak pakai UV Protector kalau kita ke Pantai atau tempat yang terlampau panas sebab muka akan lebih dilindungi dari sinaran UVA dan UVB. Eyza suka betul dengan UV Protector dari PURESH ni sebab ianya tidak berminyak dan melekit.

Kalau nak tengok tutorial pun boleh. Eyza ada buat video untuk sesiapa yang lebih suka penerangan secara video.




So, kalau korang nak produk Skincare yang semulajadi dan halal dari KOREA, Eyza memang recommed sangat korang pakai produk dari KULIN SEA ni sebab Eyza dah pakai dan memang puas hati.


Kalau nak jadi partner business atau nak buat dropship dengan Kulin Sea boleh email jessica@kulin.asia

Maklumat lanjut boleh layari:

Website : www.kulin.asia

Facebook : https://www.facebook.com/KulinSEA

Instagram : https://www.instagram.com/kulinsea/

2.2.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat)

Friday, February 02, 2018 8
Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Keempat)
Wah.. hari ni dah hari keempat dan bermakna hari terakhir kami kat bumi Jogja ni. Walaupun hari terakhir tapi kami tetap ada tempat yang kami nak terjah. Selesai sarapan dan check out, kami semua bertolak ke Kalibiru.


Dekat sini suasana tenang je. Tapi kan... dari parking ke dalam Kalibiru ni korang kena mendaki sikit. Takde la jauh sangat tapi mengah jugak la sebab ianya menaik je. 


Kalibiru

Dari satu spot ke satu spot pun boleh tahan la nak naik turun tangga. Last-last kami pilih spot 2 je. 

Satu pentas tu cuma boleh naik minima 2 orang je. Sebelum naik kami dipakaikan tali keselamatan. Ye la, boleh tahan tinggi jugak tu. Kalau jatuh naya.


Nak mendaki pun satu hal jugak. Takut tapi nak naik. Orang gayat Eyza tak syorkan korang naik sebab tinggi jugak ni.

Tapi serius, kalau dh naik korang tak nak turun sebab pemandangannya cantik. Dekat sini diorang dah sediakan jurugambar. Korang just bayar je. Nnti diaorang bagi soft copy terus masuk dalam handphone.

Eyza tak tahu berapa bayaran naik sekali gambar sebab Pak Rudy dh bayarkan. Tapi gambar cuma 4 je yang dah bayar. Kalau nak tambah kena bayar sendiri. Eyza tak beli pun. Amik 4 keping yg free tu je. 




Mula-mula Eyza naik dulu, posing dan lepas tu Leeya pulak naik. Ambik gambar berdua, settle Eyza turun baru Leeya amik gambar sorang. 



Settle kat Kalibiru, kami ke Pusat Oleh-oleh pulak sebab nak cari Bakpia iaitu sejenis kuih tradisional Jogja. 

Pusat Oleh-Oleh Bakpia Pathok 25




Eyza beli perisa kacang hijau dan keju. Tapi serius yang kacang hijau sedap sangat. Makan kat sana masa panas-panas lagi best. Yang keju tu Eyza tak berapa gemar sebab ianya berderai dan tak rasa keju sangat.


Ayam Goreng NY.SUHARTI


Untuk lunch Mas Rudy bawak kami ke sini. Dia kata ayam goreng kat sini sedap sebab ada kriuk kriuk.



Serius sedap! Wajib try bila sampai Jogja. Ayam ni dijual sebelah ekor dan seekor je. Nasib baik kami 6 orang, so amik la seekor setengah. 


Eyza suka sebab Ayam Lembut dan kriuk kriuk tu sedap.

Pusat pembuatan Silver


Sepatutnya lepas makan kami ke Tamansari tapi semua dah penat dan kekenyangan, dah tak mau dah pegi sana. So, Mas Rudy bawak kami tengok cara buatan silver dan kat sini pun ada pusat pameran n kita boleh beli silver jugak kat sini.




Memandangkan duit rupiah kami nyawa-nyawa ikan je, semua x beli just tengok je. Tapi, serius lawa silver kat sini. Halus je buatannya. Kalau nak bayar pakai RM pun boleh tapi kami sayang duit pulak nak beli.Hahaha.


Akhirnya kami ke Airport untuk balik KL. Flight pukul 5.25 petang tapi pukul 2.30 kami dah mintak Mas Rudy hantar ke Airport sebab semua dah letih and dah malas nak jln.Lepak je la kat Airport.

Memandangkan duit collection makan ada balance lagi, kami pun wrap la semua bag termasuk la bag sandang merah tu dengan harapan bag semua selamat sampai ke KL tanpa cacat cela macam bag Leeya yang pecah tu.

Tapi... malang tak berbau.. Bag Eyza pecah jugak.. Sedih tau.. Baru pakai 2 kali dh pecah. Nasib baik la AirAsia dah ganti baru. Nanti Eyza cerita dalam entry lain ye.


Saki baki rupiah ada sikit lagi. Beli susu pisang kat Airport. Harga susu ni 10 ribu, Leeya belanja 6 ribu dan Eyza keluarkan 4 ribu.


Setelah puas melepek kat Airport, kami pun naik flight nak balik KL. 


Yeay.. tamatlah percutian ohsem kami selama 4 hari 3 malam ke Jogja.

Tq Ina ajak join trip ni. Best dapat kenal Maksu, Zura, Leeya n Yan.. Dah la semua sekepala. Lepas ni kami plan nak ke negara lain pulak. Agak-agak ke mana ye? Hihihi. Kami sendiri pun tak pasti lagi. Kena tengok harga tiket mana yang murah. Tamat sudah cerita percutian di Jogja. Next entry eyza bagitau bajet untuk semua ye.

Kira-kira untuk hari keempat:

Bakpia Keju - 40 ribu (RM 12.00)
Bakpia Kacang Hijau - 35 ribu (RM 10.50)
Susu Pisang - 4 ribu (RM 1.20)

Total Hari terakhir : RM 23.70

Entry lain berkaitan Jogja: