Blog Eyzamiel

9.4.17

Meriah betul Seqy Appreciation Night 2016

Sunday, April 09, 2017 4
Meriah betul Seqy Appreciation Night 2016
Semalam dok belek-belek gambar dalam Fon, baru perasan yang Eyza belum cerita tentang Dinner Seqybeauty. Ya Allah.. Dah 2 bulan Dinner baru nak tulis. Hahaha.. Ni la perangai seorang Eyza. Suka nau lupa.

Takpe.. takpe.. biar lambat dari takde langsung kan?

Eyza ni dah lama jadi Agen Seqybeauty. Start dari Seqybeauty cuma ada 1 produk je masa tu iaitu BB Cream. Dari BB Cream sekarang Seqybeauty dah ada macam-macam. Kiranya Seqybeauty dah banyak kemajuan since permulaan dulu. Eyza sebagai agen yang paling lama dah tentu la rasa happy tengok perubahan ni.

Disebabkan kejayaan Seqybeauty ni, Founder SQB iaitu Blogger Sepet dan suami buat Seqy Appreciation Night 2016 khusus untuk meraikan agen-agen. Lagipun kami agen-agen ni pun dapat kenal satu sama lain. Selama ni asyik dok sembang dalam whatsapp je kan.


Seqy Appreciation Night 2016 ni diadakan di Silka Hotel Cheras. Nasib baik dekat je nak pergi. Tema malam tu Gold, Black n White. Jenuh pikir nak pakai baju apa. Last-last pakai apa yang ada je. Takyah la membazir beli baju baru.


Eyza gerak dari rumah dengan Huda. Rumah dekat je, baik kami Car Pool. Huda ambik Eyza kat rumah dan terus gerak ke hotel.


Sampai je, daftar terus dapat Goodies Bag cantik ni. Unik tau. Macam karung guni. Tapi versi comel.


Tengok susun atur pun cantik. Tema pun menarik. 


Eyza #agenceera dapat meja no 2. Mula-mula meja ni cuma Eyza dengan Huda je. Lepas tu baru la Lini dengan Anis datang. Diaorang menginap dekat Hotel ni je.. so senang la.. Tak lama lepas tu baru Yanie sampai. So, lemgkap la anak-anak buah Makkis Ceera. 


Dalam pukul 8.30 malam, Founder Seqybeauty iaitu Sepet n husband pun datang. Cantik sangat. Seri ibu mengandung gitew.


Selepas Ucapan, Majlis dirasmikan oleh Founder dengan memotong belon. Disebabkan bumbung rendah sangat, belon terbang sikit je. Tapi ok la.. senang kami nak ambik nanti.. hihihi..


Di Majlis ini juga, agen dan stokis yang capai target dapat reward uolls. Hadiah semua best2. Ada yang dapat pergi umrah, ada yang dapat pergi Australia. Seronok sangat. Eyza? Tak dapat apa sebab malas nak promote kaw kaw. Mana la nak dapat capai target. Takpe.. no hal la. Yg penting kita usaha lepas ni.


Agen-agen baru pun ramai yang dah meroket jualannya. Good job.


Masa Dinner tu jugak Seqybeauty umumkan yang akan keluarkan 2 lagi warna Lip Matte yang super duper cantik. Rezeki kami semua malam tu dapat seorang sekotak. Wow. Happy sangat sebab jadi antara orang terawal yang dapat try.


Makanan malam tu pun sedap. Puas hati la. Dah la meja kami x ramai, so boleh la makan bertambah-tambah.


Kalau majlis macam ni mesti la ada Lucky Draw dan macam biasa, Eyza tak dapat. Hahaha.


Last but not least, mesti la ada gambar dengan Makkis kita iaitu Blogger Ceeranoh. Cantik makkis kita ni. I is jeles tau. Bila la nak cantik cam dia.


Harap-harap tahun depan Bos Sepet Noh buat lagi Dinner yang best macam ni. Seronok dapat jumpa semua agen-agen. 


We want Dinner Seqy 2017! Hihihi

Iklan:

Eyza agen seqybeauty yang sah. Nak Eyza cod sekitar Bandaraya KL, Bangsar, PJ, Kajang, Taman Melati, Cheras, Ampang, Pandan Indah dan kawasan sekitar?

Roger je Eyza

Wasap +60133151382

Setiap pembelian akan dapat free pos (kecuali lip matte) dan kalau beli atas RM 100 siap dapat free post + free gift.

Suka ke idok? 

Eyza dah jatuh cinta dengan 2 warna baru lip matte Seqybeauty ni iaitu Calm dan Demand. Sekotak cuma RM 50. Dapat 2 kaler best ni. Lip matte ni tak keringkan bibir dan warna tahan lama. Tak rugi beli uolls.

Nak beli? Whatsapp je Eyza. Semua bisa diatur. Bye.

8.4.17

Tak sabar nak cantik dengan Produk Stemcell Beauty Nayra

Saturday, April 08, 2017 0
Tak sabar nak cantik dengan Produk Stemcell Beauty Nayra
Assalammualaikum..

Eyza tengah mencari Supplement sebenarnya. Al maklumlah usia dah makin meningkat  ni macam-macam masalah kulit. Cari punya cari, Eyza ternampak la produk Beauty Nayra ni. 

Risik-risik cari sape yang jual... La.. rupa-rupanya kawan Eyza Founder Beauty Nayra ni. Best..best.. Kawan sendiri, lagi senang kalau nak tanya macam-macam.


Cepat pulak tu dia hantar. Hari ni bagitau, esok dah sampai.  Tak sabar nak try.


Selalu orang asyik buat produk Kolagen je kan? Ha.. yang ni lain sikit sebab ianya menggunakan Stemcell.  Ada 5 jenis stemcell yang digabungkan dalam Beauty Nayra ni untuk kesan yang lebih cepat dan selamat.

5 Stemcell tu ialah:
1. Steamcell Epal
2. Steamcell Grape
3. Steamcell Argan
4. Steamcell Ginseng
5. Steamcell Sakura

Rupanya dah banyak testimoni Beauty Nayra ni. Eh.. Nape Eyza baru tau ek? Tu la, sebelum ni tak pernah fikir nak makan Supplement bagai. Sebab tu tak pernah ambik tahu, bila banyak masalah baru hegeh-hegeh nak search bagai. Typical Eyza. Hahaha.

Antara Testimoni:



Fungsi SP5 Booster berkesan untuk:

*Memulihkan sel-sel yang rosak
*Mencerahkan Kulit
*Menghilangkan kedutan dan garis halus
*Agen Detox
*Mampu melegakan sakit sendi

Semua khasiat tu memang sesuai sangat dengan Eyza sebab kulit Eyza kebelakangan ni kering sangat dan Eyza jugak selalu sakit-sakit sendi. Nak kata tua, takde la tua sangat tapi sakit sendi mengalahkan nenek Eyza pulak.

Ibu mengandung dengan Ibu menyusu pun boleh ambik tau Beauty Nayra ni. Lagi satu, produk ni boleh banyakkan susu ibu. Wow. Mesti ramai ibu-ibu yang ada masalah susu sikit suka bila makan ni.

Eyza baru je try 2 hari. Belum nampak kesan lagi. Nanti selepas seminggu, eyza bagitau ye apa perubahan yang Eyza rasa.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :


7.4.17

Cara Aktifkan Kad CIMB melalui CIMB Clicks untuk Pengeluaran Antarabangsa

Friday, April 07, 2017 18
Cara Aktifkan Kad CIMB melalui CIMB Clicks untuk Pengeluaran Antarabangsa
Assalammualaikum.. Selamat Tengahari Uolls.. 

Uolls kalau ke Luar Negara memang tukar duit banyak siap-siap atau akan aktifkan Kad untuk Pengeluaran Antarabangsa? Macam Eyza akan tukar duit yang Eyza rasa mencukupi tetapi kadang-kadang tak cukup jugak. Hahaha.

Bila jadi macam ni mesti gelabah kan? Ye la.. Nak shopping banyak lagi ni, tapi duit tak cukup. Dah la bukan selalu sampai tempat bercuti tu. Sebab tu la Eyza aktifkan kad bank supaya Eyza boleh ambil duit dekat Negara lain.

Sebelum ni Eyza aktifkan kad melalui Mesin ATM tapi kali ni Eyza buat melalui Online Banking. Untuk Kad CIMB, uolls kena ada CIMB Clicks.

Cara nak aktifkan, Eyza tulis step by step ye.





2. Tengok sebelah kanan ada Setting, klik dekat situ.



3. Klik Card Services


4. Pilih Overseas Spending & Withdrawal


5. Keluar No. akaun kita dan klik dekat situ.

6. Status Kad masih Deactived


7. Tukar status ke Temporary
8. Tukar Duration ikut berapa lama kita nak aktifkan kad tu diluar negara
9. Request TAC dan masukkan macam biasa. Klik OK.
10. Successfull


11. Boleh semak balik dekat Status Kad, akan tukar jadi Temporary.


Dah siap!

Boleh pergi bercuti dan shopping dengan tenang. Hihihi.

6.4.17

Hj Mat Jantan Sdn Bhd (HMHJ) Meraikan penubuhan ke 25 Tahun di dalam Dunia Perniagaan

Thursday, April 06, 2017 0
Hj Mat Jantan Sdn Bhd (HMHJ) Meraikan penubuhan ke 25 Tahun di dalam Dunia Perniagaan


Syarikat utama dalam pengendalian pembersihan sampah sarap dan sedutan najis di negeri bersejarah Melaka; Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HMHJ), meraikan penubuhan ke 25 tahun di dalam dunia perniagaan.



Sempena dengan sambutan ulang tahun jubli perak ini, sebanyak RM 50,000 (Lima puluh ribu ringgit Malaysia) telah diperuntukkan oleh mereka, yang terdiri daripada pelbagai jenis hadiah. Sebuah kereta Perodua Axia menjadi taruhan untuk hadiah utama.


Acara cabutan bertuah ini diadakan khas untuk menghargai para pelanggan setia syarikat ini. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi ; YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohd Diah. Sepanjang 25 tahun, syarikat ini berdedikasi dalam memastikan Bandaraya Melaka Bersejarah senantiasa kelihatan bersih dari sampah sarap dan juga sistem kumbahan Melaka dalam keadaan baik dan teratur.


Ketua Pengarahnya, Haji Mat Haji Jantan menjelaskan sebab utama beliau dalam fokus kepada perniagaan pembersihan ini ialah: “ Saya bermula dengan industri pertanian dengan menjual ubi kayu dan buah durian. Saya suka untuk berbakti kepada tanah mahupun alam sekitar. Jadi bila saya mendapat peluang dari kerajaan negeri dalam servis kutipan sampah-sarap, saya melihat ia bukan sahaja mampu menjana keuntungan tetapi ia juga salah satu bentuk amal jariah yang saya boleh buat. Bermula tahun 1992, syarikat Haji Mat ditubuhkan sehingga kini. Siapa sangka sampah boleh jadi duit? Dan bagi saya, usia bukan penghalang dalam membina empayar perniagaan.”


Permulaan dengan sebuah lori kepada puluhan lori dan seterusnya kepada beberapa buah lori pungutan sampah yang bernilai lebih RM 100, 000 sebuah, membuatkan ia syarikat yang dipercayai untuk mengendalikan kebanyakkan tender pembersihan di negeri Melaka ini. HMHJ berjaya mencapai sasaran pendapatan tahun lepas (2015) pada angka RM 6 juta dan untuk tahun 2017, sekurang-kurangnya pendapatan mampu dijana dua kali ganda dengan pengenalan produk baja kompos dari pihak HMHJ iatu RM 12 juta. 


 Dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, HMHJ dalam proses penyelidikan untuk menjadikan sisa-sia sampah menjadi baja kompos untuk tanamantanaman menggunakan teknik ‘Rapid Thermophilic Digestion System’ dimana ia mampu mengurangkan sehingga 50 tan sampah dalam masa sehari. Satu teknik yang belum diguna pakai oleh mana-mana syarikat pelupusan sampah di Malaysia.

Haji Mat Sdn Bhd, mempunyai harapan yang sangat tinggi terutamanya dalam memastikan alam sekitar bersih dan terjaga kerana ia amat penting dalam menuju ke status negara maju 2020.