Blog Eyzamiel

14.7.15

Resepi Laksa Sarawak

Tuesday, July 14, 2015 4
Resepi Laksa Sarawak
 

Kelmarin aku buat Laksa Sarawak untuk berbuka Puasa... Dah siap masak... masukkan dalam pinggan sebab nak gi hantar kat jiran-jiran... sebelum tu sempat snap pic n masuk dalam instagram n facebook... ada plak orang pm tanya macam mana buat Laksa sarawak ni....

Bahan-Bahan:
Bihun Sebungkus
Santan 2 kotak
Perencah Laksa 2 bekas
Telor 2 biji
Cili Api
Belacan
Udang
Ayam
Tauge

Cara:
Celur Bihun-ketepikan
Celur Tauge-ketepikan
Celur udang-ketepikan (air udang buang)
Rebus Ayam - Air ayam jangan buang, ayam kena carik-carikkan macam buat soto
Telor-goreng dadar nipis2 dan potong macam hiasan atas bihun goreng
Limau kasturi atau limau nipis

Cara Buat Sambal Belacan:
Belacan
Cili Api
tumbuk sampai lumut-ketepikan

Cara buat Kuah Laksa:
Sebenarnya kan.. aku ngelat sikit.. sebab aku guna perencah jer.. x kuasa nak kisar semua bagai... aku guna Perencah Laksa Liza's... ni pun membe aku yang dok Sibu tu bawak... baru la aku tau ada Pes yang memudahkan aku camni... kalau tak, pes sebelum ni.. dh siap rebus kena tapis la pulak.. malas ah...

Ni bekas Perencah Laksa liza's.. 

Dalam bekas tu ada sepeket Perencah macam ni...

Rebus ayam.. tak perlu potong.. besar-besar pun takpe... dah masak.. angkat ayam... asingkan.. 

air rebusan ayam jangan buang.... masukkan Perencah Laksa Liza's ... Kacau..... Masukkan Santan... pastu masukkan sedikit garam.. Dah siap...

Dah siap semua... Bole la hidang...

Letak bihun, ayam dan tauge... Masukkan kuah... letak udang dan telor... Nak pedas bole letak sambal belacan n kalau nak masam bole letak limau.


Siap!

13.7.15

Makanan Sedap di Magnum Kuala Lumpur

Monday, July 13, 2015 2
Makanan Sedap di Magnum Kuala Lumpur
Maaf la kalau entry aku ni mengganggu gugat Puasa korang.. 
Takpe.. tak lama je lagi nak raya.. Sabar ye.. ;)

Baru-baru ni aku sempat berbuka puasa Di Magnum Kuala Lumpur. First time aku datang sini.. Sebelum ni nak pergi, tapi selalu je penuh n meriah.. So, ingat nanti-nanti la pergi.. Sampai la aku dapat jemputan ni... Baru la merasa jejak kaki ke sana....


Magnum Kuala Lumpur, kedai Magnum yang pertama di dunia dengan dua bar infiniti yang telah dibuka secara rasmi di Malaysia pada Disember 2014 dengan memperkenalkan kepakaran pelbagai makanan menarik dan pencuci mulut yang hebat.


Terletak di Mid Valley, kedai yang berkeluasan 4,200 sgft mempunyai 2 tingkat dan dihias indah dengan gaya kontemporari. Magnum Kuala Lumpur boleh memuatkan sehingga 100 orang pada satu-satu masa.


Selain di Mid Valley,  Magnum juga telah membuka satu lagi cawangan di IOI City Mall Putrajaya dan mempunyai keluasan 5126 sgft dengan hiasan kontemporari. Terdapat dua tempat duduk. Dibahagian dalam boleh menampung sebanyak 70 orang dan kawasan luar boleh memuatkan sehingga 100 orang.






Disebabkan opis aku amatlah dekat ngan Mid Valley.. aku antara orang terawal yang sampai... dah sampai awal tu apa lagi.. bergambar la dulu...


Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang best dan menepati selera aku...

Magnum Syrup Affogato

Chicken Toasties
Deep fry minced chicken spread on toast, served with spicy chunky tomato dip
 (RM 20.00 for sharing portion)
Rating: 5/5

Sedap! Rekemen sangat... tak puas rasanya makan.....

Sosnya rasa masam-masam macam tomato... tapi kena la dengan roti tu...

Oxtail Soup with Sushi Rice
Spicy and hearty beef broth with vegetable, shallots rice, fish crackers
(RM 35.00 for individual portion)
Rating:  3/5

Sup ekor di sedappp sangat.. rasa cukup semua rempah.. pastu ekor dia sangat lembut... best...
Rating:  5/5

Chicken Rendang Pasta
Malaysian inspired spicy chicken rendang with pasta
(RM 36.00 for sharing portion)
Rating:  4/5

Aglio Olio with Shrimps
Tossed with garlic, chili padi and olive oil
(RM 40.00 for sharing portion)
Rating: 5/5

Carbonara Pasta
 Button mushroom, beef bacon, creamy cheese sauce
(RM 46.00 for sharing portion)
Rating:  3/5

Death By Chocolate
Baked to order warm chocolate molten lava cake, magnum chocolate brownies ice cream, chocolate crunch pearls
(RM 32.00 for sharing portion)
Rating: 4/5

Semua harga termasuk GST dan Service Tax

Alhamdulillah kenyang.... Tapi, sebelum balik... kami semua bole pilih topping yang disukai untuk Aiskrim Magnum... Bestnya.. walau dah kenyang.. aku tak nak ketinggalan rasa... Bukan selalu kan...




Aku pilih Almond, Pistachio dan Asam Jawa.. macam-macam topping ada kat sini.. Chilli Flakes pun ada tau... tapi aku tak berani try.. tak tau la apa rasanya... ;)


dah pilih 3 topping.. nnt petugas kat situ akan tanya nak Aiskrim coklat atau Vanilla... aku ambik vanilla... dan pastu celup dalam dark Chocolate...


Letak topping...


Hiaskan dengan coklat putih...


Tara.. dah siap Aiskrim kita....



Untuk keterangan lanjut:

Cawangan Mid valley
Address:
T-023, 052 & 053, Level 3, Mid Valley Megamall

Operation hours:
10am – 10pm Daily

For Reservation & Inquiries:
03 – 4065 0830 or 03 – 4065 0839
Restaurant Managers: Mae / Syamil / Firdaus

___________________________________________

Cawangan Putrajaya
Address:
GE-3, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Operation hours:
10am - 10pm

For reservation and inquiries:
 03-8328 0662
Restaurant Managers: Fendy / Fadil / Marcus


7.7.15

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Duta-Duta Safi

Tuesday, July 07, 2015 0
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Duta-Duta Safi
SAFI, jenama halal no.1 Malaysia mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara baru-baru ini.




Didalam sesi takzirah SAFI yang mengangkat tajuk “Halal Toyyiban”, Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal. Selain dari itu beliau juga turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan kepada para hadirin pentingnya berkongsi rezeki,ilmu yang diperolehi sesama insan dalam mengecapi hidup yang barakah.


SAFI  serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan semestinya ruang untuk kita merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa”, Cik Nor Aziani Azizan , Pengurus Kanan Produk SAFI berkongsi lebih lanjut tentang keunikan majlis tersebut.


Seterusnya sesi bicara Srikandi SAFI telah membawakan dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, Nora Danish – Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha- duta SAFI BALQIS berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan.

Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan penampilan penuh keyakinan. 


“Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan Ramadan dan menjadikan ia sebagai masa yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak saya serta mendidik beliau rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan separuh hari, saya tambah masa bermain Ipad beliau serta dapat  duit poket”, Nora berkongsi perihal melatih anaknya berpuasa. 

Duta SAFI RANIA GOLD – Nora Danish pula berpendapat bahawa tiada jalan mudah untuk kecantikan. “Pada pendapat saya seorang wanita yang cantik adalah wanita yang cantik dari segi luaran dan juga dalaman. Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”.

Bebicara soal rejim kecantikan, beliau bersetuju bahawa wanita seusia beliau perlu menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan keperluan kulit diusia tersebut. “Ada wanita yang beranggapan rejim kecantikan anti penuaan hanya diperlukan apabila usia menjangkau 40an, namun tidak ramai yang mengetahui Apabila usia anda mencecah pertengahan 20an, kolagen yang dihasilkan secara semulajadi di bahagian dermis kulit mula berkurangan. Akibatnya, kulit akan kelihatan kusam, kurang anjal dan tidak bermaya”.

“Pada hari ini saya ingin kongsikan dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri saya dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu ia mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar dan sebelum memakai krim pelembap”, ujar Nora lagi.

“Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam. Ia umpama meminum Sehingga 8 gelas air”, Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap dan bermaya.



“Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalau dulu soal berpuasa dan berbuka semua ibu yang aturkan kini giliran saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri dan ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya”, kongsi Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.


“Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.

“Hanis percaya di dalam bulan Ramadan ini, selain daripada pengamalan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tubuh badan kelembapan kulit wajah juga harus dititik beratkan bagi memastikan kita kelihatan segar dan berasa bermaya dalam menguruskan agenda sibuk seharian.

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, Hanis sarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY.  Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.


Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, Hanis sarankan mereka menggunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan lembapan dan kesegaran pada kulit” Hanis Zalikha berkongsi rahsia kulit cerah sempurna, lembap dan bermaya dibulan Ramadan.


Nurani setiap insan terus diperkaya dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun dan silaturahim setiap insan dieratkan dengan sesi berbuka puasa bersama-sama Duta SAFI BALQIS– Hanis Zalikha dan Duta SAFI RANIA GOLD Nora Danish dengan menikmati seleksi hidangan citarasa tempatan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI seperti Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi  dan Talam  Emas SAFI RANIA GOLD  serta  Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.









Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.