Blog Eyzamiel

10.6.15

Koleksi SEMBONIA bertemakan Liberal Art of Geometry Summer / Spring Collections 2015

Wednesday, June 10, 2015 2
Koleksi SEMBONIA bertemakan Liberal Art of Geometry Summer / Spring Collections 2015


Sape peminat Sembonia kat sini? Adik aku adalah peminat tegar barangan Sembonia ni tau.. boleh dikatakan kebanyakan koleksi handbag dia dr Sembonia.. 
aku pulak bukan lah pengumpul tegar sebab cuma ada 3 handbag Sembonia sebelum ni... ;) 


Baru-baru ni aku sempat la join Media Tour Sembonia di Alamanda Putrajaya... lepas join event ni.. aku macam tertarik je nak tambah lagi koleksi Sembonia aku.. macam dah suka jer ngan Sembonia ni.. ;)

SEMBONIA LIBERAL ART OF GEOMETRY SUMMER / SPRING COLLECTIONS 2015

Sembonia telah melancarkan koleksi terbaru iaitu  SEMBONIA LIBERAL ART OF GEOMETRY SUMMER/ SPRING COLLECTIONS 2015 .. 



Koleksi terbaru ini mengetengahkan Corak Geometri yang tak pernah ditelan dek arus zaman... Ianya memaparkan gaya yang lebih dramatik, berani dan menampilkan warna yang memang menarik dan sesuai untuk yang sukakan gaya trendy..

Buat masa sekarang, koleksi ini baru mengeluarkan 2 warna yang memang lembut dan sesuai untuk semua peringkat umur...

Koleksi Kuning + grey

Koleksi Pink + Grey

Kalau tanya aku koleksi warna mana yang cantik.. dah tentu la aku akan pilih warna Punk+Grey.. tapi warna kuning tu pun cantik tau kalau tgk live.. rambang mata dibuatnya...


Sekarang ni Sembonia tengah buat Tour di beberapa lokasi...bole dapat 50% diskaun  n ada contest jugak untuk sesapa yang suka selfie n upload dalam instagram.. senang jer... 

Pegi tempat yang diaorang buat Tour (aku gi kat Alamanda, Putrajaya)
  Cari kereta macam kat bawah ni... 
Kira burung diatas kereta...
Selfie dengan handbag Sembonia dan kereta dengan gaya paling kreatif..
hashtag #sembonia-style , #ootd dan tag @sembonia
Tunjukkan pada staff Sembonia dan korang boleh dapat baucer 50%..



Bukan itu saja, 6 orang pemenang dengan selfie paling kreatif akan dipilih untuk memenangi satu set koleksi 
Liberal Art of Geometry Summer / Spring Collections 2015' bernilai lebih RM1,000.


Ni adalah gaya yang aku pertaruhkan untuk contest ni... bole la kan dari tak ada.. hihihi...


Dah puas dok bergambar kat situ.. kami semua dibawa ke Butik Sembonia plak... Wah.. cantik-cantik koleksi yang ada kat sini... Rambang mata dibuatnya..







Koleksi Trible Collections ni sangat cantik tau.. ada rezeki nak beli satu la...


Selain dari Handbag, Sembonia juga ada koleksi kasut yang best dan trendy...


yang aku pegang ni koleksi Mother's day.. lembut je warna kan.. sesuai dengan naluri seorang ibu...


Orang memang tak putus-putus dalam Butik Sembonia ni.. maklumla banyak koleksi yang cantik-cantik...






Seronok dapat kenal n join blogger-blogger lain... n bila dah dapat baucer 50% tu harus la guna tau.. rugi kalau tak beli apa-apa.. aku sempat jugak sambar kasut memandangkan kasut untuk gi jalan-jalan dah takde... Alhamdulillah.. rezeki..lepas tolak 50%, masih under bajet.... Sembonia ni tak mahal uolls.. harga mampu milik gitu...


 Ok, pada yang terlepas RoadShow ni.. korang bole tengok kat FB Sembonia sebab kat sana nnt akan ada update tentang tempat Roadshow ni...


Dah lama aku nak beli Wrislet Sembonia ni. akhirnya dapat.. kaler pink lagi.. my peberet tau..

Tq Sembonia n semua blogger-blogger yang best...

Kredit norfa n Lynn..

Facebook : Sembonia
Website : Sembonia


2.6.15

Wak Doyok: Personaliti Fesyen Ikon yang berbeza di Jombali Citta Mall

Tuesday, June 02, 2015 4
Wak Doyok: Personaliti Fesyen Ikon yang berbeza di Jombali Citta Mall

Syzgium Aromaticum, nama saintifik untuk bunga cengkih yakni lambang logo kepada sebuah restoran yang baru dibuka di Citta Mall, Ara Damansara. Jombali, sebuah restoran yang menjadi kegemaran untuk Malaysia ditambah dengan persekitaran restoran yang mesra keluarga, yang menjanjikan pengalaman kulinari yang unik dari pelbagai menu terdiri daripada sarapan, menu tengahari dan menu makan malam. 


Menu yang terkenal di Jombali ialah Nasi Goreng 3 Rasa, Nasi Goreng Chicken Chop, Silang Beef Kueh Teow, Mee Hoon Siam, dan Cheesy Fish n’ Chips. Selain itu juga, masa untuk menyediakan hidangan tersebut dibuat kurang daripada 10 minit, dialun dengan bahan- bahan yang dipilih secara terperinci menjadikan para pelanggan dapat menikmati rasa, aroma, dan tekstur Jombali.


Wak Doyok, salah seorang fesyen ikon Malaysia yang sukakan makanan, merasmikan pembukaan cawangan baharu Jombali di Citta Mall. Sebagai seorang individu yang sukakan makanan dan fesyen, beliau suka dengan konsep restoran Jombali, tidak kira dari persekitaran restoran sehingga ke menu yang akan diubah setiap 3 hingga ke 6 bulan sekali. Beliau mengklasifikasikan ia sebagai ‘eating with style’.
‘Saya sudah melancong ke Korea dan menjamah banyak makanan pelbagai rasa tetapi tiada makanan yang boleh mengalahkan makanan tempatan; nasi goreng.


Wak Doyok gemarkan menu Jombali yang terdiri daripada Nasi Goreng Telur Masin, Cheesy Baked Rice, Dry Wantan Noodles, Michellin inspired fried rice dan Sotong Kangkung. Walaupun dengan status sebagai seorang selebriti, orang awam akan berprasangka bahawa Wak Doyok hanya meluangkan masa di tempat yang elit tetapi sebenarnya beliau suka meluangkan masa di cawangan Jombali di Mutiara Damansara. Sifat Wak Doyok yang rendah diri sekali gus mendefinisikan makna sebenar jenama Jombali.


 

Pada masa yang sama, Wak Doyok turut turun padang untuk memberikan baucar percuma kepada pelanggan bertuah.



Jombali adalah sebuah restoran yang berpegang teguh kepada konsep memberikan pengalaman kulinari yang tidak boleh dilupakan dan berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan. Restoran Jombali sesuai untuk diadakan majlis seperti berkonsep kekeluargaan ataupun majlis koperat. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Jombali:

Redha dalam terpaksa

Tuesday, June 02, 2015 5
Redha dalam terpaksa
Korang pernah tak dah beli sesuatu pastu menyesal n dah tak bole ubah? Macam tu la aku rasa sekarang.. dah la 'benda' yang aku beli tu bole tahan harganya.. agak mahal bagi aku..  pastu.. boleh plak salah beli.. dah tak bole nak buat apa.. Pasrah je la walaupun dalam hati ada sedikit rasa frust..

Tapi.. nak buat macam mana.. salah sendiri.. tak check n tanya betul-betul...  kena Redha je la walaupun terpaksa... erm... 

1.6.15

Makan-makan di Boat Noodle

Monday, June 01, 2015 6
Makan-makan di Boat Noodle
Sori la ye kalau sejak dua menjak ni asyik entry makan jer.. :) 

Kali ni aku nak citer tentang tempat makan yang bole dikira agak famous jugak sekarang ni.. Boat Noodle...



Dulu dah pernah kecoh kata Boat noodle ni tak halal.. sebab tu la aku tak berani try... Tapi bila tengok ramai yang review kata ada Sijil Halal aku n the gang pun menjalankan misi menternak lemak di Boat Noodle Publika.


Kami pergi time Lunch...  dekat je ngan opis.. so, satu jam waktu lunch tu memang cukup sangat-sangat walaupun kitaorang tersasar waktu sikit masuk opis hari tu.. ni semua gara-gara mencari parking.. ramai gak orang time lunch kat Publika ni.. 


Sampai sana, tengok dekorasi dia memang simple.. ala-ala gerai kat Thailand gak... konsep lebih kurang gerai... dan kebanyakan hiasan memang di bawa dr Thailand aku rasa...


Tengok menu.. tak tau yang mana sedap.. So, aku n gang pun decide nak rasa keempat-empat perisa.. 2 ayam, 2 daging..






Pastu air sebab ramai sangat blogger suggest ambik Ice Blended Thai Green Tea... Aku pun try.. aku ni dah la suka cuba... Tapi Betul la... memang sedap teh ni.. kena ngan selera aku.. Untuk noodle plak.. aku lebih prefer yang daging sebab aku rasa lagi kick...



Aku pelik nape orang bole makan sampai bertingkat-tingkat.. aku baru makan 4 mangkuk pun dah rasa ok.. cukup la tu.. :)


Selain dr Noodle. aku order jugak Grill Beef Meat Ball... sedap.. rasa macam bebola biasa.. tapi kena ngan sos tu buat rasa sedap...


Kuih ni pun ramai blogger yang suggest.. aku try la.. sedap lagi kut kuih talam mak aku buat... hihihi... tapi ok la.. tak berapa manis...  cuma aku rasa keras sikit...



Kami berempat hanya mampu makan banyak ni jer.. tak tau la.. kut-kut sebab dah penat cari parking yang buat kitaorg x lalu nak makan banyak-banyak.. ;)

Tapi, InsyaAllah aku maybe nak repeat lagi.. kali ni nak gi weekend plak.. bawak hubby.. :)


Masa nak bayar tu aku sempat la ambik gambar sijil HALAL Boat Noodle supaya kita tak was-was lagi.. Tapi yang ni untuk cawangan Publika tau.. tempat lain aku tak sure...

Boat Noodle
Publika 
Block C5, 
Level G3, 
Lot 30a