Blog Eyzamiel

17.8.11

::Gara-gara Membeli di Pasar Ramadan::

Wednesday, August 17, 2011 0
::Gara-gara Membeli di Pasar Ramadan::
Tadi, masa aku kat opis... hubby call... dia cakap dia muntah-muntah dan cirit-birit... aku dah risau.. ala, naper pulak ngan hubby ni... last2, aku ot 2 jam ajer... pastu gegas gi kedai beli barang2 untuk masak berbuka petang ni dan terus balik umah...
Sampai je kat umah, tgk hubby dah x bermaya... dalam beg sebelah hubby dah penuh ngan muntah.... hubby cakap dah banyak kali dia cirit-birit sampai dah x larat...
Aku jadi kesian kat hubby.. aku suh dia bukak puasa tapi dia x nak... pastu, hubby muntah lagi... aku gi dapur buat bubur untuk hubby makan.... dia tetap degil tak nak makan.. masalahnya, time tu baru kul 12 lebih... last2 aku suap gak sebab aku nak suh hubby makan ubat.... terpaksa la hubby bukak puasa hari ni... aku bukan sengaja nak suh hubby tak puasa, tapi aku dah kesian sangat sebab dia asyik muntah2 dan berulang ke tandas....

Sebenarnya, punca hubby cirit-birit sebab semalam aku kunun2 nak cuti dari memasak.. ajak hubby gi beli ayam golek kat Pasar Ramadan...dah alang2 gi sana, kami pun beli la lauk, pastu balik just masak nasi jer... kitaorg ade la beli 2,3 jenis lauk... pas diselidik-selidik rupanya hubby makan sambal sotong dan aku x makan.. sebab tu la aku x sakit, hubby jer yang kena keracunan makanan.. rasanya, mungkin sambal sotong tu dah basi tapi hubby x perasan....
Pas dah makan pil Chi Kit Teck Aun... baru la perut hubby ok sikit.... tu pun, masih ulang alik ke toilet, tapi x sekerap sebelum ni.... Pas ni, aku dah janji ngan hubby, walau lambat camne pun balik dari opis, aku tetap akan masak.. aku tak nak kejadian ni berulang.... Sian hubby...

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

::Akhirnya Doa Termakbul::

Wednesday, August 17, 2011 5
::Akhirnya Doa Termakbul::



Sebenarnya dah lama nak buat entry ni... tapi tenet kat umah aku ni asyik buat hal ajer.... hari ni baru la dapat buat....

Aku rasa hepi sangat bila tau Lady Mira dan Wiyah yang sama2 TTC cam aku dah pregnant...Alhamdulillah, termakbul jugak doa kalian.... Tahniah sangat tau Mira dan Wiyah....Jaga kandungan baik2 dan jangan lupa doakan geng2 TTC yang lain.... dan tak lupa jugak untuk wife abang Ben yang pun dah pregnant jugak..... Wah! di bulan yang mulia ni, makin ramai yang pregnant.. harap2 lepas ni giliran aku pulak..... Amin...

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

::Nuzul Al-Quran::

Wednesday, August 17, 2011 0
::Nuzul Al-Quran::


Alhamdulillah.. sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Nuzul Al- Quran... dan... Alhamdulillah jugak sebab hari ni Selangor cuti...bermakna aku pun cuti.. tapi, bila mengenangkan kerja yang bertimbun kat opis tu, rasanya jap lagi aku gi opis kut... nak siapkan apa yang patut... lagipun kalau ot hari ni kan dapat triple (ikhlas ke idak buat kerja ni?)hi..hi..hi... ni la orang kata, sambil menyelam minum air.....

Pada semua muslimin dan muslimat, selamat Menyambut Nuzul Al-Quran, selamat beribadah dan menambah pahala di bulan mulia ini serta selamat bercuti untuk negeri2 yang bercuti hari ni....


Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

12.8.11

::Sekolah Dalam Hospital::

Friday, August 12, 2011 2
::Sekolah Dalam Hospital::
Hari Khamis tempohari isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman datang opis aku sempena Pelancaran Program Sekolah Dalam Hospital...
Aku pulak salah sorang urusetia yang ditugaskan untuk menyambut ketibaan Puan Sri...
Agak gementar jugak sebab ni 1st time aku nak jumpa dengan Puan Sri....


Urusetia bergambar sementara menunggu ketibaan Puan Sri...


Gambar kami lagi.. kami semua memang pantang tengok kamera, mula la nak posing...


Tengah bersiap sedia menyambut Puan Sri...


Adik2 yang comel dan bersemangat patriotik... cantik baju bendera tu...


Akhirnya, Puan Sri tiba juga... bila tgk live Puan Sri lebih cantik berbanding tengok di TV....


Puan Sri sedang bersalaman dengan kami... gambar aku tgh bersalam fotografer x amik pulak.. nasib baik ade gambar ni...


Ketua2 jabatan sedang bersalam ngan Puan Sri sambil diiringi oleh Datin Pengarah....


Tengah melawat bilik darjah yang digunakan untuk belajar oleh pesakit kanak2 di sini...


Selesai sudah lawatan Puan Sri...

Tapi, aku tabik la ngan Puan Sri ni...
dengan adanya program ni, tak ada la pesakit-pesakit kanak-kanak yang ketinggalan dalam pelajaran sebab di hospital pun mereka boleh belajar.. siap ade cikgu lagi.. semoga Program ni dikembangkan ke hospital-hospital lain pulak nanti....


Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...