Ayuwan, jenama tudung dan skarf tempatan dikenali dengan
dedikasinya yang menjunjung kualiti tanpa mengetepikan rekaan dalam menuruti trend
semasa. Demikian, Ayuwan berbesar hati mengumumkan usaha samanya dalam melantik
penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri sebagai duta jenama rasminya. Lantas, melayangkan
era baharu buat jenama dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam
memperkasakan fesyen Muslimah tempatan.
Pengumuman dibuat sewaktu pelancaran album baharu Ernie Zakri yang berjudul “AURA”.
Pada majlis itu, penyanyi bersuara emas ini menandatangani sebuah plak khas yang dihiasi
dengan gambar dirinya yang tampil menggayakan skarf menawan kreasi kreatif Ayuwan.
Pengendorsan bersama Ernie ini meneruskan kesinambungan kualiti juga nilai estetika
himpunan tudung Ayuwan yang mempesonakan.
Kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi Ayuwan, lalu membuka peluang buat pangkalan pelanggan yang lebih meluas lagi pelbagai. Kehadiran Ernie mewarnai lapangan seni hiburan tempatan, merangkumi intipati komitmen Ayuwan yanga mana menjulang keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi. Berkarisma lagi bersopan-santun menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah Ayuwan.
Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri
selari dengan barisan produk Ayuwan. Dengan kehadiran Ernie Zakri, Ayuwan teruja untuk
meneroka lalu melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur
terkemuka itu. Kolaborasi ini bakal menawarkan pelanggan Ayuwan akses kepada pengalaman fesyen yang benar-benar unik dengan rekaan yang mengikuti trend semasa.
“Saya sangat gembira dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya
dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya dalam
menggayakan tudung. Saya juga bakal mengongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu akan tutorial saya,” kata Ernie Zakri.
Mengambil lokasi di Sunway Putra Mall, peminat Ernie Zakri berhimpun bagi menyaksikan
pengumuman usaha sama serta pelancaran album baharunya. Para tetamu yang hadir
Dipersembahkan dengan pementasan peragaan himpunan skarf yang membiaskan aura
glamor Ayuwan. Pementasannya memperlihatkan barisan produk utamanya; termasuk koleksi
Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala. Selain itu, Ernie turut membuat persembahan
dengan menyampaikan lagu baharunya secara langsung buat pertama kali. Ia sememangnya
detik yang dihargai bagi kedua-dua, pelanggan yang dihargai Ayuwan juga buat peminat setia
Ernie Zakri.
Terokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya di www.ayuwan.com.my
No comments:
Post a Comment