Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail - Blog Eyzamiel

1.4.22

Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail

Sudah dua tahun kita diuji dengan wabak covid-19, sememangnya kita masih lagi diuji dengan wabak Covid-19 ini namun, berbeza pada Ramadhan tahun ini apabila Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa wabak Pandemik ini telah dikategorikan sebagai Endemik bermula 1 April 2022. 


Bila nak puasa ni mesti ramai yang mencari Buffet Ramadhan untuk berbuka dengan family kan? Salah satu tempat yang menarik dan ada pelbagai lauk pauk kampung dah semestinya Restoran Rebung. Eyza tiap-tiap tahun tak pernah la tak Berbuka Puasa di Restoran Rebung Chef Ismail. Pada tahun ini, Restoran Rebung menyambut Ramadhan dengan bertemakan Selera Warisan Bonda by Chef Ismail. Tema ini akan dipersembahkan dengan memperbanyakkan hidangan-hidangan warisan yang hampir ditelan zaman dek arus pemodenan yang kian pesat.



 "Orang yang berbuka puasa mempunyai dua kebahagiaan yang boleh ia rasakan; kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya kerana puasa yang dilakukannya." (HR. Bukhari dan Muslim). 

Hadis ini telah memberi inspirasi kepada kita semua untuk bersama-sama meraikan kebahagiaan di bulan yang penuh keberkatan ini semasa berbuka puasa.


Restoran Rebung merupakan perniagaan bersama di antara Selebriti Chef Malaysia, Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Istimewanya di Restoran Rebung, setiap resepi masakan telah diilhamkan sendiri oleh Chef Ismail iaitu salah seorang pemilik Restoran Rebung ini.


Selain diuji dengan wabak covid, kita juga diuji dengan kenaikan harga barang semasa. Tetapi, di Restoran Rebung tetap menitikberatkan harga untuk pakej yang berbaloi kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan Restoran Rebung. Pakej berbuka puasa di Restoran Rebung berkonsepkan buffet Ramadhan, harga buffet seperti di bawah :

 

KATEGORI

HARGA

Dewasa

RM88.00 nett

Kanak-kanak (5-11tahun)

RM58.00 nett

 

Dengan harga tersebut, Tuan/Puan disajikan dengan lebih daripada 100 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Kebanyakan Hidangan Makanan kami berunsurkan masakan tradisional masyarakat Melayu. Di restoran Rebung, selain hidangan makanan berkonsepkan masyarakat Melayu, teratak Rebung juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli, baik dari segi hiasan dalaman dan luaran, hiasan gambar dan juga tanaman yang segar.




Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antara hidangan sentuhan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya. Kami juga mengekalkan hidangan wajib seperti, Masak lemak Rebung dan perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin, dan sebagainya. 











Sempena Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kami  menyajikan juadah istimewa Ramadhan iaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti, air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi. Hidangan makanan dan minuman istimewa Ramadhan ini disajikan khas pada bulan Ramadhan agar terasa seperti membeli di bazar Ramadhan. Bezanya, di sini Tuan/Puan boleh menjamu selera tanpa perlu ke bazar. Semuanya ada di bawah satu bumbung Restoran Rebung Chef Ismail.





Untuk menceriakan lagi suasana seperti bazar Ramadhan,  terdapat beberapa “Action Stall” disediakan. Gerai-gerai ini akan menjalankan pembuatan dan penyediaan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas ke atas pinggan hidangan Tuan/Puan. Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah, menebar Murtabak, membuat Roti Jala, menguli Onde-onde, memanggang Ikan Bakar, dan beberapa jenis makanan lain lagi.


PERSEMBAHAN MENARIK DI BULAN RAMADHAN



Sepanjang operasi Restoran Rebung di bulan Ramadhan, selain disajikan dengan makanan yang sedap dan harga yang berbaloi, Tuan/Puan juga akan disajikan dengan persembahan Ghazal yang dibawakan khas untuk semua pelanggan yang menjamu selera di Restoran Rebung. Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular terutamanya di Negeri Johor. Persembahan irama Ghazal ini akan dipersembahkan oleh Kumpulan Orkes Melayu Rojer.


BUNGKUS DAN BAWA PULANG


Sepanjang bulan Ramadhan, sekiranya Tuan/Puan ingin membeli juadah berbuka puasa tetapi tidak dapat berbuka puasa di premis, dan ingin menjamu selera bersama keluarga di rumah, jangan risau. Ini kerana, Restoran Rebung Chef Ismail sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk setiap permasalahan tersebut. Jadi, Restoran Rebung telah menyediakan perkhidmatan “PICK & PAY”. Tuan/Puan hanya perlu datang ke Restoran Rebung, memesan juadah pilihan, membayar harga juadah yang dipesan dan terus boleh dibawa pulang ke rumah masing-masing. Masa yang ditetapkan untuk perkhidmatan “PICK & PAY” ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.


PRODUK EKSLUSIF RESTORAN REBUNG



Selain menjamu selera, Tuan/Puan juga boleh mendapatkan beberapa produk ekslusif dari Restoran Rebung Chef Ismail. Di sini, terdapat beberapa produk keluaran Restoran Rebung sendiri seperti, Acar Buah resepi asli daripada Chef Ismail yang berharga RM20.00 sahaja untuk sebotol yang mengandungi berat bersih sebanyak 350gram. Selain itu, Restoran Rebung juga menjual dan menerima tempahan untuk beberapa produk Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Di sini beberapa maklumat sekiranya Tuan/Puan ingin membuat tempahan produk Hari Raya dan tempahan ini perlulah beserta deposit terlebih dahulu sebanyak 50% ;

JENIS PRODUK RAYA

RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL

HARGA

Rendang Daging 500g (Frozen)

RM40.00

Rendang Ayam 500g   (Frozen)

RM40.00

Kuah Kacang 1KG        (Frozen)

RM38.00

Sambal Daging 500g   (Frozen)

RM35.00

Serunding Kelapa 1KG

RM38.00

Sambal Ikan Bilis 500g

RM30.00

Dodol 500g

RM28.00

Wajik 500g

RM28.00

Nasi Impit (Bantal)

RM10.00

Sate Ayam Set (Mentah)

RM1.50/PCS

Lemang

RM20.00

Ketupat Palas

RM1.50/PCS

Acar Buah 350g

RM20.00

Biskut Raya Premium Restoran Rebung (Almond ,Suji,Cornflakes)

3 Bekas Hanya RM100

 

Tarikh Tempahan : Bermula sekarang sehingga 29 April 2022

Tarikh Mengambil Tempahan Siap : 30 April 2022 – 1 Mei 2022 (*Tuan/Puan perlu mengambil  sendiri tempahan yang sudah siap di premis Restoran Rebung Chef Ismail yang bertempat di 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur)

Untuk Membuat Tempahan : 03-2276 3535/2525 (Telefon), 011-2790 6993 (Whatsapp)


TARAWIH RAMADHAN ALMUBARAK


Dalam bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia akan menunaikan solat tarawih dan menghidupkan rumah-rumah Allah dalam usaha mendapatkan gandaan pahala yang diberikan kepada mereka yang beriman. Tidak terkecuali juga di Restoran Rebung, kami menyediakan surau untuk memudahkan Tuan/Puan menunaikan solat tarawih. Solat tarawih ini juga akan diimamkan oleh seorang pekerja Restoran Rebung sendiri di surau lelaki pada setiap malam di sepanjang bulan Ramadhan ini.


RAMADHAN NORMA BAHARU


Walaupun telah diumumkan wabak covid-19 sebagai kategori Endemik, Restoran Rebung Chef Ismail tetap menyediakan sarung tangan jenis pakai buang untuk Tuan/Puan semasa proses mengambil makanan. Ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kita semua di sepanjang masa. Selain itu, pemakaian mask muka tetap diwajibkan dan Tuan/Puan perlu mengimbas aplikasi MySejahtera seperti biasa sebelum memasuki premis. Ini merupakan peraturan yang masih kekal seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


SPECIAL MENU OF THE DAY


Istimewanya, akan kami bawakan khas kepada semua pelanggan nanti, pada setiap hari khamis dan jumaat, terdapat “SPECIAL MENU OF THE DAY”. Berbeza dari hari-hari lain, Tuan/Puan akan menikmati menu istimewa ini pada hari pilihan setiap khamis dan jumaat. Menu hidangan istimewa ini akan kami umumkan di Laman Facebook Rasmi Restoran Rebung Chef Ismail pada setiap malam sebelum hari tersebut.


SAMBUTAN HARI RAYA DI REBUNG


Hari raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat islam yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan menahan lapar dan dahaga. Warga rebung juga akan bercuti selama seminggu untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing. Setelah seminggu berhari raya, tiba masanya kita akan menyambung berhari raya di Restoran Rebung.

Apabila Restoran Rebung mula beroperasi kembali, kebiasaannya Restoran Rebung akan menerima banyak tempahan untuk Majlis Hari Raya dan Majlis Rumah Terbuka. Restoran Rebung juga ada menyediakan perkhidmatan katering sekiranya Tuan/Puan ingin mengadakan Rumah Terbuka di halaman rumah sendiri.  Di musim perayaan, Restoran Rebung akan menyediakan beberapa hidangan berupa juadah hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang, Wajik, Lontong, Aneka kuih raya dan sebagainya di dalam senarai buffet kami.


TEMPAHAN


Bermula hari ini, Restoran Rebung telah membuka tempahan berbuka puasa untuk Pakej Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail, Buffet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 3 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah sehingga 29 Ramadhan 1443 Hijrah.

Tuan/Puan sangat digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke Restoran Rebung. Selain Pakej Buffet Ramadhan, Restoran Rebung juga menyediakan pelbagai tempahan untuk kepelbagaian Majlis keramaian lain seperti, Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Majlis Perpisahan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya.Berikut merupakan sedikit maklumat sekiranya Tuan/Puan ingin membuat tempahan untuk sebarang Majlis di Restoran Rebung. Jika untuk khidmat Katering, Tuan/Puan boleh menghubungi salah seorang wakil kami di nombor yang tertera seperti di bawah :


Alamat                                    : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,                                                                                No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480  

                                                  Kuala Lumpur

Nombor Telefon Restoran    : +603-2276 3535 / +603-2276 2525

Khidmat Katering                 : Muhd Hafis (+017-778 7895),

                                                 Nurul Jannah Jaapar (+6011-33201245)

Email                                      : restoranrebungchefismail@gmail.com

Facebook                                : Restoran Rebung Chef Ismail

 

Asam Pedas si ikan Kembung,

Buah melaka berperisa pandan,

Selamat menjamu selera di Restoran Rebung,

Buatlah tempahan untuk buffet Ramadhan.

 

 

No comments:

Post a Comment