Bercuti di Kuala Lumpur pun Best! - Blog Eyzamiel

23.12.21

Bercuti di Kuala Lumpur pun Best!

Assalammualaikum... 


Lama betul tak menulis. Sekejap je rasa dah nak habis Tahun 2021 ni. Tahun ni berlalu macam tu je sebab Covid-19. Kalau sesiapa yang follow FB Eyza mesti tau yang Eyza ni salah seorang Petugas Untuk Covid-19. 


Allahu.. Covid-19 ni betul-betul menguji mental dan fizikal kita semua. Dah lama rasanya Eyza tak bercuti yang betul-betul bercuti ni. Alhamdulillah sekarang ni Border dah buka dan kes pun dah makin menurun. Dapat la Eyza berehat sikit dari kesibukan kerja.


Walau sempadan dah buka, tapi Eyza dengan Hubby rancang nak bercuti dekat-dekat dulu sebab kitaorang just nak spend more masa berdua dengan anak kami. Kesian dia. Since Mama dengan Abah busy, just dapat bermanja sekejap-sekejap je.


Sejak kebelakangan ni, permintaan untuk menginap di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur pun dah meningkat naik. Dalam Kuala Lumpur ni banyak je hotel-hotel dari Satu Bintang sampai lah Lima Bintang. Eyza ada survey 2 hotel in Kuala Lumpur yang memang Eyza teringin lama dah nak stay kalau kat KL ni.  


The Ruma Hotels Dan Residences


Kalau ada bajet lebih Eyza nak stay dekat The Ruma Hotels Dan Residences  sebab ramai yang suggest Hotel ni kalau Untuk Hotel 5 Bintang yang lengkap dengan semua ciri Eyza nak. Eyza suka sebab hotel ni ada sentuhan Chic dan Moden. Hotel ni terletak hampir dengan KLCC, Pavillion dan Jalan Bukit Bintang. Kalau Eyza stay kat sini, dah tentu la Eyza nak bilik yang nampak KLCC. Bestnya dapat berehat kat sini. Lupa sekejap la penat lelah serta hiruk pikuk dunia luar tu.



Dekat sini ada Gimnasium yang beroperasi 24 Jam. Kolam Renang Infinity, Tempat makan Premium, Spa dan macam-macam lagi la selain dari dapat menikmati Sarapan pagi dengan variasi yang berbeza. Menawarkan 219 Buah Bilik dan dan 34 Suites.



Bilik Hotel kat sini pula diilhamkan dengan Seni Warisan Malayisa beraspekkan kolonial sebab dapat tengok dengan jelas di setiap sentuhan bilik yang terdapat di sini. Secara tak langsung ni dapat buatkan pelancong memahami seni dan budaya Malaysia.





Eyza selalu akan booking hotel dekat Traveloka sebab ada banyak pihan hotel dengan harga yang sangat berpatutan berbanding website lain. Macam The Ruma Hotels Dan Residences ni Eyza dapat cuma RM 5++ berbanding website lain yang cecah dalam 600 lebih macam tu untuk satu malam. Jimat banyak. 


Selain dari The Ruma Hotels, Eyza teringin jugak nak stay dekat Tamu Hotel yang terletak di Kg. Baru. Hotel ni dekat sangat dengan pejabat lama Eyza tapi belum pernah sekali pun Eyza stay kat sini.

 

Tamu Hotel & Suites


Bagi Eyza Hotel Tamu ialah Hotel yang menawarkan Bilik dan Kolam view KLCC dan Menara Kuala Lumpur tapi dengan harga yang murah. Kalau nak dapat murah, Eyza memang akan book dengan Traveloka sebab selalu ada hotel promo.


Bilik dekat sini ada Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite dan Executive Suite untuk kita pilih. Kalau ramai kita boleh pilih suites sebab facilities apartment dengan satu, dua atau tiga bilik.






Salah satu sebab Eyza pilih hotel ni ialah infinity pool yang ada kat sini. Boleh santai-santai berenang sambil tengok pemandangan KLCC. Heaven sangat untuk kita tenangkan fikiran.



Tambah-tambah Hotel ni betul2 terletak di tempat tumpuan makanan utama di Kuala Lumpur ni iaitu di Kg. Baru. Bagi penggemar makanan macam aku, Kg. Baru ni memang syurga makanan bagi kami. Senang sangat sebab boleh akses dengan berjalan kaki je. Lapar je turun bawah pergi tapau. Nak ke Masjid Kg. Baru pun dekat.

Kalau menginap dekat area Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik yang kita boleh pergi. Walau orang kata, Kuala Lumpur ni Hutan Batu tapi banyak tempat yang Eyza boleh bawak Anggun jalan-jalan. Lagipun dua hotel pilihan Eyza ni memang di tengah Bandar dan senang nak akses ke mana-mana pun.

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Aquaria KLCC


Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini dekat sahaja dengan Menara Berkembar Petronas. Jadi alang-alang dah tengok kehebatan menara ciptaan manusia ini, singgah pula untuk melihat kehebatan alam ciptaan tuhan.

Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak. Di sini, anda boleh berdiri sahaja seperti eskalator mall. Anggun mesti happy kalau dapat datang ke sini. 

Sunway Lagoon


Taman tema Sunway Lagoon ini bukan sahaja luas ya amat, tapi juga sudah menang banyak anugerah antarabangsa. Kalau dalam Malaysia, ini antara taman tema power. Sebabnya 1 tiket bagi anda masuk ke 6 taman tarikan sama-sama.

Menara Kuala Lumpur


Benda paling asas anda boleh buat di Menara Kuala Lumpur ialah ke kawasan Observation Deck dan tengok panorama KL dari teropong. Lepas tu, kalau dah penat boleh makan tengahari, Hi-tea atau malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur.

Taman Burung Kuala Lumpur


Lokasinya di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kawasannya dalam sangkar burung yang dibuat dalam hutan hujan tiruan. Saiznya, 20.9 ekar.

Dan penghuninya — burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

Selain tu banyak lagi tempat menarik lain sekitar Kuala Lumpur untuk kita beriadah bersama keluarga macam Taman Botani, Air Tejun Kemensah, Taman Tema di Times Square.

Tak sabar rasanya nak menginap dekat hotel pilihan Eyza ni. Tapi sekarang ni dah confius. Nak pilih The Ruma atau Hotel Tamu? Ke uolls ada cadangan hotel lain yang best sekitar Kuala Lumpur? Jom la share dengan Eyza.



No comments:

Post a Comment