Assalammualaikum n hai. Lama Eyza tak buat Review makanan kan? Mesti ada yang nak tahu kat mana pulak Eyza makan-makan kali ni.
Kali ni Eyza sempat ke D'PULZE SHOPPING CENTRE yang terletak di Cyberjaya. Dalam ni memang banyak pilihan makanan. Salah satu Restoran yang Eyza akan singgah tiap kali ke sini ialah Restoran Sana Sini.
Apa yang buatkan Eyza tertarik nak masuk Restoran ni ialah first sebab deko dia. Org kata pandangan pertama kekadang akan buat kita jatuh cinta kan? Ha, macam tu la dengan Eyza. Pandangan pertama je terus rasa nak masuk.
Dekat dinding ditampal dengan tampi padi yang jerami tu dan di cat warna putih. Ada satu ruang dinding diletakkan tingkap dan pintu kayu rumah lama dulu-dulu. Dekat kaunter diletakkan tin biskut timbang macam zaman kita kecik-kecik. Nostalgia sangat.
Untuk keluarga yang bawa anak-anak jangan risau sebab dekat sini ada ruang permainan untuk anak-anak.Mesti diorang tak bosan. Dah penat main, bolehlah makan aiskrim dan popcorn yang diberi secara percuma. Wow, best kan?
Bila buka je menu, Eyza agak terperanjat sebab ada banyak pilihan makanan yang berkonsepkan fusion kat sini sampaikan Eyza sendiri tak tahu nak makan apa.
Antara Menu yang ada kat sini ialah:
1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Papper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Papper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice
Salted Egg Yolk Squid Rice |
Curry Laksa Noodle |
Pineapple Seafood Fried Rice |
Spagetthi Aglio Olio With Seafood |
King Prawn Kway Teow With Ginger and Egg |
Classic Chicken Carbonara |
Nasi Ayam 7 adik beradik |
Bukan saja pilihan makanan yang pelbagai. Pilihan air pun banyak. Dah la datang dalam gekas besar, puas hati sangat. Kenyang betul makan kat sini sebab portion besar dan harga sangat berpatutan.
Kalau korang memang merancang nak berjalan-jalan sekitar Cyberjaya, jangan lupa untuk singgah makan dekat Restoran Sana Sini ni. Kami-kami semua pun happy sebab makanan sedap dan kenyang sangat. Alhamdulillah.
Restoran Sana Sini
*Alamat* : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Honestly tak menyesal makan dekat sini...sebab kualiti makanan dia setanding dengan harga dan portion makanan...Kalau jenis yang makan sikit, satu bekas tu pun boleh dikongsi 2 orang, masih cukup dan confirm kenyang.
ReplyDelete