Sejak aku tukar tempat kerja, memang aku ni super duper busy. Kadang-kadang dah azan maghrib baru sampai rumah. Maaf la kalau aku dah jarang sangat nak update blog ni.
Tapi, InsyaAllah untuk Tahun 2019 ni aku akan cuba update sekarap mungkin. Tak nak la hilang terus mood tu kan. Harap-harap aku Istiqomah ye. Hihihi.
Ok. Ni aku nak cerita pasal satu kedai makan yang aku rasa ramai yang dah tahu kut. Boleh dikatakan aku selalu lalu kat kedai ni, tapi tak pernahnya nak singgah sebab hubby tak berapa gemar restoran hipster sebab dia kata kkdg xde nasi. Alamak. Nak buat macam mana. Tekak laki ai ni jenis kena ada nasi jugak.
Pujuk punya pujuk, akhirnya hubby nak datang Trust Issue yang terletak dekat Sri Permaisuri ni. Tapi bila belek-belek menu takde yang dia berkenan. Nak tak nak wife dia je la yang makan.
No hal. Lepas makan aku teman dia tapau Nasi Lemak plak. Kesian Lelaki Melayu aku tu. Takde Nasi x boleh hidup tau.
Lokasi
Bagi aku lokasi agak stategik sebab terletak tepi jalan. Lalu je kat situ, dah nampak signboard Trust Issue besar. Konsep hiasan pun ok. Kalau tak nak makan kat dalam kedai (aircond), boleh je makan kat luar yang berkonsepkan open air.
Menu
Maybe sebab dah malam, ada beberapa menu yang aku n hubby pilih tak ada. So, aku tukar la dengan yang lain.
Aku pilih air Green Asam Boi (kalau x silap nama macam tu, sorry dah lupa). Tapi.. aku agak kecewa sebab aku ingatkan epal atau kedondong yang diblend n ditambahkan asam boi. Rupanya x. Aku dah la x minun air gas. Dalam tu kalau x silap aku ada sprite atau ais cream soda n asam boi. Memang aku x minum la jawab nya. Hubby order Ice Lemon Tea. Harga air pun boleh tahan jugak. Kalau x silap, air aku RM 8.90 n air hubby RM 7.90.
Ni Namanya Aglio Olio Smoked Duck. Yang ni aku memang recommend sangat. Harga sepinggan ni RM 20.00. Berbaloi sebab portion boleh tahan n terasa Smoked Duck tu. Memang sedap la. Lain kali boleh order lagi.
Cheese Roll ni harga RM 10.00. Sedap jugak sebab ada cheese dalam tu. Cicah pulak dengan Sos Thai. Memang best la.
Last menu yang aku order ialah Chicken Wings (RM 16.90). Rasanya unik sebab sos tu. Tapi masam sikit. Ok la kalau just nak makan ringan-ringan je.
Tu je la yang aku boleh cerita sbb ni first time aku makan kat situ. Lepas ni, aku nak try kek pulak kat sini.
Maklumat lanjut korang boleh tgk kat laman sosial diaorang.
ramai jugak yg review kata best kedai ni...mostly western menu laa...huhuhu...lepak-lepak best la kan
ReplyDeletenama cafe pun dah cukup unik.. tgk food dia menyelerakan..
ReplyDeleteaduhai nama dia😂😂 nampak sedap ehhh
ReplyDelete