Resepi Spagethi Aglio Olio Simple giler bersama Salmon Grill - Blog Eyzamiel

1.9.18

Resepi Spagethi Aglio Olio Simple giler bersama Salmon Grill

Spagethi Aglio Olio bersama Salmon Grill|Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 uolls! Hari ni dah masuk Bulan baru iaitu Bulan September. Sekejap je dah nak sampai hujung tahun. 

Eyza sekarang ni nak cuba amalkan pemakanan sihat walaupun kekadang ke laut jugak. Beras kat rumah Eyza dah lama tukar Beras Basmathi campur Beras Perang. Kalau makan beras perang je macam tak boleh masuk kat tekak. Tapi kalau campur sedap tau.

Ok, kali ni Eyza tak masak nasi tapi Eyza masak Spagethi Aglio Olio makan dengan Salmon Grill. Simple je resepi dia. Sekejap je dah siap.

Mula-mula Eyza nak share resepi Salmon Grill dan lepas tu baru Spagethi Aglio Olio versi apa je yg ada kat rumah. Hahaha. Ni Eyza buat untuk sorg makan je. Kalau nak lebih boleh doublekan portion.

Salmon Grill


Bahan-bahannya:
Sepotong Ikan Salmon (ambil sebelah je)
Sedikit Lada Hitam
Sedikit Garam 
Sedikit Minyak Zaitun

Cara Masak:
1. Taburkan Black Pepper dan Garam atas ikan dan lumurkan bagi sekata. Perap Ikan dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak Zaitun dalam kuali.
3. Masak dengan api yang perlahan.
4. Balik-balikkan ikan dalam kuali. 
5. Bila dah masak ketepikan.

Dah siap masak ikan. Kita boleh masak Spagethi pulak. Minyak Zaitun yg kita goreng ikan td jangan buang, kita boleh guna utk masak spagethi nanti.

Spagethi Aglio Olio

Bahan-bahan:
Suku bungkus Spagethi/Angel Hair
Cili Api 1 tangkai (kalau nak pedas boleh tambah)
Lada Hitam
2 ulas bawang Putih (blender atau cincang)
Cili Flakes
Oregano
Sedikit Minyak Zaitun
*optional kalau nak tambah hotdog/udang/ayam atau apa2 seafood. Eyza buat tak letak semua tu sebab masa tu xde bahan kat rumah.

Cara Masak:
1.  Rebus Spagethi/Angel Hair sampai lembut (Eyza guna angel hair sebab cepat nak rebus) . Buang air rebusan dan ketepikan.
2. Panaskan balik minyak lebihan goreng ikan salmon.
3. Tumiskan Bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili api.
4. Kalau nak masukkan Hotdog/Udang atau Seafood boleh masukkan masa ni.
5. masukkan 2 sudu air supaya tak kering sangat.
6. Kacau sekejap. Masukkan Spagethi/Angel Hair. 
7. Masukkan black Pepper, Chili Flakes dan Oregano.
8. Gaul dan dah siap. Kalau Chili Flakes uolls x masin, boleh tambah garam.Eyza dh tak tambah garam sebab Cili Flakes jenama bon chili memang dah masin.

Dah siap! Senang kan resepi ni?  Eyza kalau malas memang ni la makanan yang akan Eyza masak. Tapi kalau nak masak ni kena tggu hubby outstation sebab hubby x makan. Kalau Eyza masak ni time hubby ada nanti tetap kena masak nasi. So, lebih baik Eyza masak nasik je. Hihihi.

So, uolls boleh la cuba. Senang sangat je resepi ni. Guna je apa-apa yang ada kat rumah. Janji kenyang.

No comments:

Post a Comment