Kem Ramadhan Yeos's 2017 - Blog Eyzamiel

27.7.17

Kem Ramadhan Yeos's 2017

Walaupun Ramadhan dah lama berlalu, tapi Eyza baru nak up cerita pasal program Kem Ramadhan Yeos ni. Terlupa sebenarnya Eyza belum cerita lagi kat sini pasal kem ni. Hihihi.

Eyza sebenarnya dah lama teringin nak join program CSR macam ni tapi asyik ada halangan je.


Tapi, tahun ni Alhamdulillah Eyza dapat join. Happy sangat rasanya. Kami semua berkumpul dulu dekat Kilang Yeo's yang terletak di Shah Alam.


Untuk tahun ni, kami semua berkesempatan ke Teratak Nur Barakah yang terletak di Shah Alam jugak.


Pihak Yeo's sediakan bas untuk kami ke sana. 


Sampai je kat sana, kami dibahagikan tugas. Eyza dengan kak Hani kena buat aktiviti dengan anak-anak ni. Kami mewarna dan hias rumah dengan kaf raya.



Eyza suka betul tengok lukisan adik Abirah ni. Cantik & Kreatif.


Ada yang dapat tugas mencuci dapur, cuci laman, lipat baju dan cuci tandas.


Selesai mengemas, ada jugak sesi bercerita. Suka anak-anak kat sini.


Dah selesai semua tu, kami pun bersiap-siap untuk berbuka puasa.


Kami dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap dan paling penting ada air soya yeo's cincau. Banyak gelas jugak la Eyza minum masa berbuka tu.


Acara kemuncak apabila pihak Yeo's memberi sumbangan wang tunai kepada rumah amal ni an duit raya pada semua anak-anak kat sini.




Happy Eyza bila tengok anak-anak ni semua happy. Harap-harap tahun depan Eyza dapat join lagi aktiviti macam ni.

Tq Yeo's.

1 comment: