Hai. Lamanya Eyza tak update Blog kan? Busy sangat sekarang ni. Tambahan pulak Eyza asyik tak sihat je sekarang ni, tu yang buat Blog agak terbengkalai. Ampun ya.
Kalau sape yang kenal Eyza mesti tau yang Eyza ni penggemar Desert dan AISKRIM. Ha.. Bila Sally ajak Eyza pergi makan Aiskrim, walaupun masa tu tak berapa sihat tetap jugak gagahkan diri. Aiskrim kut, mana boleh tolak. Aiskrim dan seorang Eyza memang tak dapat dipisahkan.
Kali ni Eyza makan Aiskrim jauh sikit dari rumah. ARTICO ICE CREAM ni terletak di SS15 Courtyard, Subang Jaya. Ramai yang cakap ni adalah The Best Ice Cream in Subang, so rugi la kalau Eyza tak cuba kan?
Eyza pergi sana drive kereta.Ya Allah jammed giler. Sebab hari Sabtu kan. Harus lah. Kalau nak senang, uolls naik je LRT ke Stesen SS15. Turun pastu jalan sikit je dah jumpa. Tak payah nak habiskan duit untuk minyak. Ye la.. minyak dah mahal sekarang ni. Hahaha.
Artico ni terletak di Ground Floor dan berdekatan dengan pintu masuk. Senang sangat nak cari.
Dekat sini, bila kita order Aiskrim baru diaorang akan buat. Kiranya semua Aiskrim fresh dibuat kat situ jugak.Mesti ada yang tertanya-tanya, sempat ke nak beku? Jangan risau sebab kat sini diaorang gunakan Nitrogen untuk buatkan Aiskrim tu cepat beku. Tak perlu tunggu lama pun.
Ada pelbagai perisa dan topping yang boleh kita pilih. Semua nampak sedap.
Perisa apa yang Eyza makan? Banyak tau, sampai dah tak larat nak order lagi.
Nampak sedap kan 2 Aiskrim ni. Rugi tau tak cuba.
Ni namanya Manggo Yogurt Ice Cream. Eyza suka Aiskrim Manggo Yogurt ni. Sedap sebab dibuat dari buah mangga asli.
Granola Parfait ni nampak mewah kan? Ada granola, krim coklat dan Aiskrim. Makan sorang-sorang pun layan ni.
Aiskrim Sandwich ni agak manis bagi Eyza. Aiskrim dia sedap, cuma cookies tu perlu dibuat kurang manis sikit. Lepas tu kombinasi tu akan jadi perfect sangat.
Ni Caramel Lover. Eyza suka sebab bila kita gigit ada rasa Caramel dan kombinasi dengan Aiskrim Vanilla tu memang akan buat rasa meletop dalam mulut.
Aiskrim Strawberry ni produk yang tak ada susu. Ada rasa masam-masam manis dari strawberry.
Aiskrim coklat diletakkan dalam kon bersalut coklat rice warna warni dan Marshmallow
Ni pun Aiskrim coklat diletakkan dalam Kon bersalut Coklat Rice berwarna-warni
Kalau tak nak letak dalam kon, boleh jugak pilih letak dalam cup dan pilih topping yang kita suka.
Disebabkan Eyza tak puas makan Aiskrim Manggo Yogurt, Eyza order lagi satu. Kali ni versi dalam Kon yang disalut dengan Chocolate Rice. Sedap habaq hang.
Terliur tak? Semua nampak sedap kan? Rugi tau kalau dah ada area sana tapi tak cuba Aiskrim best ni.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
FB : Artico
Instagram : Artico
Gambar-gambar cantik: Kredit Sally
sedap tengoknya
ReplyDeletesedapnyaaa MasyaAllah! hahahahha...suka dia makan eskem masa demam yerrr!
ReplyDeleteahhhhh sedapnya asikrimmmmm, lagi dia salut dekat corn tu. Nak try rasa aiskrim ni pulak lah. Harga pun boleh tahan mcm BR. haha :D
ReplyDelete