Eyza ni memang peminat Running Man dan Amazing Race. Dah lama bercita-cita nak join rancangan macam tu.Dulu pernah la join Treasure Hunt dekat Putrajaya. Konsepnya lebih kurang je.Tapi yang ni lain sikit sebab task kami adalah di sekitar Bandar Kuala Lumpur.
So, Bila Sally ajak pergi Amazing Race NESCAFÉ® Tarik di sekitar KL, Eyza pun terus je setuju. Dah lama kut tak join aktiviti macam ni.
Kami semua diminta berkumpul di depan Pasar Seni sekitar jam 9 pagi. Sampai je terus daftar. Kami diberi T-shirt dan topi sorang satu. Mula-mula Eyza dapat topi warna kuning. Tapi, Eyza minta tukar warna merah sebab baru matching dengan baju. Rupa-rupanya warna topi tu adalah warna kumpulan. La... mana la Eyza tahu. Ingatkan kaler lain-lain tu sesaja je.
Disebabkan Eyza tukar topi, secara Automatik Eyza dalam kumpulan merah.
Setiap kumpulan ada 4 orang. Kumpulan Eyza terdiri dari Eyza, Sally, Pojie dan Reef.
Setelah selesai diberi taklimat, misi pun bermula. Oh ye, lupa plak nak beritahu. Setiap kumpulan diberi seorang marshall utk guide dan jaga keselamatan kami.
Task Pertama :
Mannequin Challenge (Masjid Jamek)
Untuk task yang pertama ni kami kena berjalan kaki dari Pasar Seni ke LRT Masjid Jamek. Sampai je kat sana, kami diminta untuk buat Mannequin Challenge. Ini adalah kali kedua Eyza buat cabaran ni. Sebelum ni dah pernah buat masa event Domino's. So, takde la rasa kekok sangat. Memandangkan ni adalah cabaran video, memang takde langsung gambar kat sini. Lupa nak ambik.
Selesai tugasan Mannequin Challenge, kami diarahkn berjalan kaki ke UTC Pudu Sentral. Dekat sini, kami diberi task untuk mencari orang awam yang sudi rasa NESCAFÉ® Tarik dan bergambar serta muat naik ke akaun instagram.
Task Kedua :
Share Your Love (UTC Pudu Sentral)
Cabaran ni memang agak mencabar sebab susah nak cari orang yang ada akaun instagram. Rata-rata yang kami tegur tak nak layan. Maybe sebab ingat kami jual barang kut. Hihihi.
Setelah berpusing-pusing kat situ, akhirnya dapat juga 3 orang anak muda ni. Yeay. Diaorang sudi jadi model untuk kumpulan kami.
Task Ketiga :
Lion Dance (Petaling Street)
Untuk task ni kami diberi tugasan yang rare dan tak pernah Eyza buat seumur hidup. Kami diminta menari tarian singa. Wah. Menarik kan. Ramai pelancong yang ambik gambar dan video. Padahal kami pun main hentam keromo je menari. Kalau tengok gambar, tak nampak Eyza kan? Ha.. sebenarnya Eyza ada dalam badan singa tu memang la tak nampak.
Task Keempat :
Tarik Like A King (Kasturi Lane)
Eyza ni tak pandai sangat nak buat Nescafe Tarik ni. Tapi disebabkan task kat sini kena posing macam model NESCAFÉ® Tarik tu. So, sis cuba la ye. Korang jangan gelak tau. Syukur sangat NESCAFÉ® keluarkan Nescafe Tarik dalam tin ni. So, kita boleh dapat Nescafe Tarik kat mana-mana je tanpa kita tarik tinggi-tinggi.
Task kelima :
Theme Photo (Menara Jam)
Task dekat sini agak mencabar sikit. Kami diminta bergambar mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Tapi, bukan bergambar macam kita biasa buat tu tapi kami perlu bergambar dengan prop yang diberi bersama dengan Nescafe Tarik. Huru hara jugak la memikirkan gaya posing yang sesuai.
Akhirnya selesai kelima-lima task. Tapi, tu blom penamat lagi. Kami diminta untuk ke Merchant Lane yang terletak di kawasan Petaling Street untuk menamatkan misi hari ini.
Jenuh jugak la berjalan untuk ke sana. Alhamdulillah kami berjaya siapkan tugasan dalam masa 57 minit. Kumpulan kami dapat tempat keempat.
Walaupun kalah Eyza tetap happy sebab kami dapat jugak kabiskan semua task walaupun mengah jugak la nak sampai ke garisan penamat.
Tahniah kepada pemenang iaitu :
Tempat Pertama : Kumpulan Kuning
Tempat Kedua : Kumpulan Biru
Tempat Ketiga : Kumpulan Hitam
Best sangat aktiviti macam ni sebab Eyza dapat Explore Kuala Lumpur dan dapat buat perkara-perkara yang Eyza tak pernah buat.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
#NescafeTarik #TarikManaMana
No comments:
Post a Comment