Baru-baru ni aku sempat ke Glasshouse Seputih untuk Majlis Pelancaran produk baru dari Safi.Teruja aku bila dapat tahu yang SAFI keluarkan produk untuk lelaki.
Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya
tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga
memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian
penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.
SAFI Men diinspirasikan
oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan
menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan
disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan
serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak
mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam
urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri
agar tampil yakin di khalayak ramai.
Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan
pakaian yang kemas serta muka yang
bersih dan segar. Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah
satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta
keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk
menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk piruk metropolitan yang
penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan
menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan
kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan
muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi
dengan rakan sekerja mahupun orang awam.
Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza
(M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan
wajah lelaki yang semakin besar, SAFI
mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui
kelahiran terulung SAFI Men. Kami
percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit
wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa
membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men
adalah jawapannya”
Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan,
“Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk
menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto
jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak
penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi
kehendak syarak”.
3 variasi baharu SAFI
Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi
reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.
“SAFI Men mengandungi
formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah,
malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus
sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk
pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal
penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan
kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang
secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri.
Katanya lagi, “Menurut kajian yang dijalankan pihak
penyelidikan & pembangunan SAFI, kaum lelaki cenderung mengalami masalah
kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran
minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang,
lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori
yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat
dan penghasilan jerawat mudah berlaku. Atas kesedaran inilah kami tampilkan
satu solusi buat kaum adam.”
Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta produk SAFI
Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah
air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.
“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang
aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan
bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil
segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa
memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang
optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan
udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi
Fattah kepada tetamu yang hadir.
3 Variasi SAFI Men
memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada
setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men
Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran
dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri...
Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay
Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka
berminyak.
|
Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak
serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan
Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat
mengeluarkan toksin secara efektif.
Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak! Raut wajahmu
kini sihat tanpa kilat muka yang berlebihan.
Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster
Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah
jerawat
|
Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran
sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan
tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk
dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat.
Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami.
Kini potensi dan keyakinan dirimu tiada batasan!
Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White
Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit
kusam.
|
Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering.
Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan
epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi punca
kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta
menanggalkan sel kulit mati
Ayuh mengorak langkah penuh berani dengan kulit cerah dan
segar bermaya! Cerah semula jadi, barulah “ori”!
Hubby la yang paling happy sebab aku bagi dia pakai
produk SAFI Men ni... Alhamdulillah.. sesuai dengan dia.. dah nampak
perubahan... ye la sebelum ni muka dia berminyak pastu gelap.. maklum la kerja kat
site.. tapi, Alhamdulillah la SAFI Men ni dapat hilangkan masalah hubby tu..
Asyik dok tanya aku.. Hensem ke tak dia sekarang.. hahaha...
Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh
Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran
yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila
layari laman web SAFI, www.safi.com.my