April 2015 - Blog Eyzamiel

30.4.15

Coconut Shake Sedap!

Thursday, April 30, 2015 9
Coconut Shake Sedap!


Selama ni kan.. kalau sebut Coconut Shake terbayangkan Coconut Shake Klebang.. erm.. dapnya.. Tapi hari tu membe aku ada bawak aku pg minum Coconut Shake kat Putrajaya...

Aku pun tak sure nak kata kawasan tu Putrajaya atau Bangi.. Dari bulatan UNITEN tu, korang ambik pkl 3.. sepanjang-panjang jalan tu memang ada banyak sangat gerai..macam-macam makanan ada....


Ni la abg yang buat Coconut Shake tu.. Peramah.. 


Coconut Shake ni sedap.. Pastu ada jelly pandan.. rasa macam beli air kat Chatime plak.. :) Kalau nak try, gi la cari.. sedap....

28.4.15

Seronoknya menembak di Laser Warzone!

Tuesday, April 28, 2015 5
Seronoknya menembak di Laser Warzone!
Korang pernah dengar tentang Lasertag? Aku pernah dengar tapi tak pernah main.. Dah lama sebenarnya nak main, tapi takde gang.. Bila Nadia whatsapp ajak join blogger-blogger lain.. memang happy sangat la.. Yeay.. akhirnya dapat main.. Tq Nadia invite eyza.. Lain kali invite lagi tau.. ;)

Laser tag ni ala-ala Paintball.. cuma bezanya.. Main Laser Tag tak sakit pastu dalam aircond lagi.. memang kulit tak rentung la...hihihi..


Kami semua berkumpul di Laser Warzone Wangsa Walk.. Tak la jauh dari rumah.. lagipun aku dah tau jalan.. senang sikit.. disebabkan hubby tak dapat join.. aku pun ajak la Emi teman... Nasib baik dia free.. Tq Emi..


Yang bestnya.. malam sebelum kejadian.. aku tak bole tido.. dok pikir.. macam mana nak main.. nak pakai apa.. bole ke aku main... macam-macam la.. ngalahkan nak masuk Sukan Sea plak... hahaha...

Bila dah sampai sana, tengok semua blogger dah semangat.. aku pun jadi semangat sekali... tak sabar plak nak main... Masa pendaftaran kami semua kena cabut no.. kiranya kumpulan bergantung pada cabutan.. takde kroni-kroni tau... aku dapat team no. 3... semua lelaki.. aku sorang je pompuan.. nebes gak la..

Sebelum permainan, kami semua bole bergambar dan tengok-tengok dulu dalam tu.. sebab senang.. bole carik tempat untuk menyorok siap-siap.. Aku suka sangat cara diaorang buat medan pertempuran ni.. cantik... unik...



kredit : jmr
Permainan ni hanya menggunakan senjata Laser yang bercahaya dan berkaler... Korang jangan risau sebab laser yang digunakan tidak merbahaya untuk tubuh badan ye... Kami semua dibahagikan kepada 6 kumpulan.. setiap satu kumpulan ada 6 orang.... Ada 4 point untuk kita tembak.. aku paling suka tembak kat depan sebab dapat 100 point .. banyak tu.. kalau kat belakang 80 point dan kalau bahu kiri kanan pun bole.. tapi cuma 60 point je..



Lepas dapat penerangan serba sikit tentang cara main.. aku pun dah tak sabar nak main... bila time group aku bukan main semangat lagi... tapi, aku asyik kena tembak gak la.. menjerit-jerit bila musuh datang tembak depan-depan.. hahaha...



Dalam arena tu cahaya samar-samar.. kita cuma dapat cam ahli pasukan berdasarkan warna lampu pada jacket... bila dah kelam kabut tu kkdg dah tertembak ahli pasukan sendiri.. hihihi...


Nanti kalau dah kena tembak, Laser Gun tu tak berfungsi dalam 10 sec... dan  masa tu aku kejor balik sape yang tembak aku walaupun aku tak bole tembak orang time tu.. hahaha... saja gertak je..

Game Laser Tag ni adalah game paling best aku main time indoor.. aku ni pulak jenis bukan yang suka sangat game2 lasak ni.. tapi Laser tag ni dah buat aku jatuh Chenta... sebab walaupun banyak berlari tapi seronok.. bole main nyorok2 sekali..  Jangan tak tau, walaupun main dalam Aircond tetap berpeluh tau.. sape kata permainan ni tak sihat.. lebih dari sihat dah rasanya... Dah la best.. Gian nak main lagi ni...

Akhirnya, setelah selesai 3 game setiap pasukan... dan keputusannya adalah.... Team 5 dapat Juara, Team 4 dapat no. 2 dan team 3 dapat no. 3.. Aku dah tau dah.. kalau team tu ada Ujang mesti menang.. hahaha... Takpe la.. kali ni team aku kalah.. maybe next time.. erk.. ada next time ke? ;)


Tak dapat bawak balik medal pun takpe.. dapat bawak balik pengalaman dan dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang best...


kredit :jmr







Walaupun tak menang medal.. tapi kami dapat baucer.. yeay.. pasni nak ajak hubby ngan adik bradik plak la.. bole main tembak2 lagi...




Mesti ada yang tertanya-tanya.. tentang harga kan..  ha.. ni aku dah tepekkan kat bawah.. kalau korang jenis macam aku.. tak puas main sekejap-sekejap.. terus je la tempah party Package..ajak kawan-kawan supaya ramai..  main sampai lebam..


Selain dari Wangsa walk, Laser War Zone ni ada juga kat E Curve, Damansara dan Gurney Plaza, Penang.. Yeay.. balik kampung nanti bole angkut ramai-ramai pergi main kat Gurney plak...

Untuk maklumat lanjut.. korang bole tengok kat :
Page : Lasewar Zone
FB :  Lasewar Zone
 atau call
03-41310006

24.4.15

Sakura Candy Untuk Kecantikan Luar Dan Dalam

Friday, April 24, 2015 2
Sakura Candy Untuk Kecantikan Luar Dan Dalam


Pernah dengar tak tentang Sakura Candy? Tak pernah? Ha.. mai sini aku citer ape tu Sakura Candy. 

Sakura candy senang cerita kita bagi gelaran dia "Pakar Servis Masalah Dalaman dan luaran wanita".Nak luar gebu gebas dan dalaman buat suami pun menggila duk jeling tiap masa???

Kita ni perempuan takde benda lain yang lebih sayang melainkan body sendiri untuk suami /keluarga dan bertenaga jaga anak anak.Taknak la selekeh lepas dah ada anak.Senang je suami cari lain.Puncanya mudah,sebab tak reti jaga muka dan body.Aishhh taknak taknak!!!


Macam mana rupa Sakura Candy??
Dia dalam bentuk serbuk rasa macam gula gula sebab guna exstrak sakura japan(cherry blossom).Nak rasa macam mana rasa sakura,try sakura candy.Exstrak sakura yang digunakan berkualiti tinggi,tekstur dia sangat halus.KEMAM dan sangat mudah larut dalam mulut.Sekali makan confirm tak nak gosok gigi(sayang nanti hilang rasa serbuk sakura candy).. hihihi..

Dia ada 30 sachet.Tahan lama dan sengaja buat 30 sachet untuk anda anda kekal cantik dan badan selesa dengan Sakura candy ni.

HALAL DAN LULUS KKM.Jangan was was!!!

Kandungan Beucure Sakura Candy ni:

Bahan-bahan ni memang kualiti terbaik dan terbukti untuk jadikan kulit Cerah Merah Jambu tau! Bahan-bahan ni agak mahal dipasaran tapi sangat menjadi dan kesan terbaik!! :)


Sakura Extract
Snow Lotus
Pamogrenate
Collagen
Vitamin C
Maltodextrin
Sucralose


Adakah anda antara golongan ini??

✔ Wanita Berkahwin
✔ Wanita Berpantang
✔ Wanita yang punyai anak
✔ Wanita yang punyai suami

Haa, Sakura Candy ni memang dicipta khas untuk wanita-wanita diatas. Khusus bukan sahaja cantik luar tau, dalaman pun macam anak dara 17tahun. Cik Abang terkejut nanti bila tengok perubahan. :)


Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 

✔Kulit cerah pinkish 4 hari je
✔Merapatkan miss V mcm anak dara 17tahun
✔Menambahkan keinginan tutttt!! 
✔Kulit lembut macam baby 
✔Tinggi antioksida(Menggunakan extrak Sakura Japan high standard) 
✔Membentuk body 
✔Bertenaga.Jaga waktu tidur kita. 
✔Pemadam parut 
✔Cegah dan hapuskan jerawat,jeragat..


Satu satunya suplement unik dalam bentuk serbuk yang sangat halus.hanya kemam bawah lidah terus masuk ke salur darah.

info:jika telan minuman,suplement berbentuk selain serbuk yg bukan letak bawah lidah,dia akan masuk ke perut utk proses pencernaan di perut,enzim di perut akan cernakan bahan dlm bentuk protein cth kolagen.maka rugi la makan tapi tak serap ke salur darah.

Harga macam mana???

Sakura candy walau harga RM150sem/RM160ss,dia tetap MURAH dik sebab ada 30 sachet.Bahan dia pulak bukan sembarangan,HIGH END QUALITY okeh.Nak macam artis jepun kan.Tambah lagi boleh buat kulit merah jambu serta suami melekat sayang,takkan sayang RM150???hehe.Untuk April ni,dapat FREE POSTAGE.Takde GST.Jangan risau ye.Kita nak bagi semua suami sayang kat bini ni.Hehehe


Betul ke Sakura candy berkesan???

Soalan ini jangan ditanya,berlambak testimoni kita dapat.Ini sebahagian ye sayangs.







Nak tau lebih lanjut tentang Sakura Candy ni?

Sms atau whatsapp je no di bawah ni:

017-9003962 / 011-29410140



21.4.15

Nivea Men Triple Shield Challenge

Tuesday, April 21, 2015 3
Nivea Men Triple Shield Challenge


Sape suka produk Nivea? Angkat tangan cepat.. Jangan tipu tau.. aku sure mesti ramai yang suka kan ngan produk ni.. tambah-tambah pulak NIVEA MEN.. bau dia memang maskulin...Peminat tegar produk Nivea Men ni mesti tau yang Nivea ada menganjurkan Triple Shield Challange yang bermula dari Januari hingga April 2015. 

12 April hari tu, Aku sempat hadir untuk  Finale Triple Shield Challange  di Blue Concourse, Sunway Piramid. Program ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Nivea Men Cool Kick mampu menentang Bakteria, Peluh dan Bau Badan walaupun kita aktif bersukan.


Cabaran ni ada dalam bentuk digital dan medan pertempuran sebenar.. Untuk digital, bole akses melalui facebook.. tapi, pertempuran sebenar lagi mencabar...




Permainan ini memerlukan 2 pasukan dan setiap pasukan ada 3 ahli.. Setiap pasukan juga akan diberi bola tenis untuk dibaling ke arah pasukan lawan... Semua Pemain perlu memakai pelindung untuk melindungi diri dari bola yang akan dibaling oleh pasukan lawan... 


Permainan ni mempunyai maksud simbolik tau.. bola-bola tu mewakili peluh, bakteria dan bau badan. Manakala Triple Shield adalah penghalang untuk ketiga-tiga benda tersebut.Pasukan yang mempunyai ahli paling banyak terselamat akan memenangi pertandingan tersebut...

kredit : Ayue Idris
Para media jugak diberi peluang untuk bertanding dalam perlawanan ini... best pulak tengok diaorang main... rugi plak rasanya tak join...Dah la diaorang dapat peluang jadi juruterbang dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.. Best tau. 


Man Raja Lawak pun ada.. Dia group 3M .. mewakili media... Ligat jugak bila dah ada di medan pertempuran...



Pada hari tu jugak, Watson dan Nivea telah bekerjasama.. Banyak offer best hari tu... memang berbaloi.. sebab ada free gift dengan pembelian RM 25 ke atas..



Nivea juga ada sediakan Photobooth.. kat situ, kita boleh bergambar, masukkan dalam instagram dengan hashtag #niveatripleshield .. Nanti pihak Nivea akan print gambar tersebut.. Bole la kita buat kenang-kenangan...

 
Ni antara hadiah yang menanti para pemenang... Best tau teruja aku tengok hadiah... Grand Prize adalah hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00 , kedua RM 5000.00 dan ketiga RM 3000.00. Semua pemenang juga akan dapat barangan Nivea berharga RM 500.00.

Dan pemenangnya adalah.....

2nd Runner Up

First Runner Up

Grand Prize

Pemenang untuk Media- kumpulan 3M
kredit : NiveaMen
Alhamdulillah.. happy semua yang menang.. aku yang tak join ni pun happy.. Program ni akan dianjurkan tiap-tiap tahun.. InsyaAllah, tahun depan aku nak join la.. rugi tau tak join...




Nivea Men Cool Kick boleh di beli di mana-mana pasaraya dan Kedai runcit seluruh Malaysia. Ada yang jenis sembur (150ml-RM 15.90), jenis roll-on (25ml-RM 4.90 , 50ml-RM 9.80) dan jenis stick (40ml-RM 11.90) ...  Murah kan? Yang mana satu pilihan hati? :)



Maklumat lanjut bole layari :

Homepage : NiveaMen
Facebook : NiveaMen