February 2014 - Blog Eyzamiel

28.2.14

SHARP. LOVE.LIFE

Friday, February 28, 2014 0
SHARP. LOVE.LIFE
Adoila.. peti ais rosak pulak... dah la sebelum ni mesin basuh rosak.. dah ganti yang baru... tup-tup peti ais pulak yang buat hal... habis melimpah air peti ais kat rumah aku hari tu. balik kerja jer.. terbau busuk.. ingatkan bau sampah.. tapi, sampah aku dah buang pagi tadi.. pergi je dapur.. tengok-tengok... Ya Allah... Air dari peti ais dah melimpah.. rupanya ais yang kat dalam tu cair... satu hal pulak nak kena cuci rumah yang berbau busuk tu...  Peti Ais tu pun memang patut kena ganti yang baru sebab hubby beli sebelum kitaorang kawen lagi.. dah lebih 7 tahun kut usianya.. tu yg dia buat hal tu...

Aku ngan hubby dok survey gak.. nak beli peti Ais jenama apa... tetiba hubby cakap.. kita beli jenama Sharp la sebab Peti Ais kat rumah Mak kan jenama Sharp...tahan lama jer... Erm.. betul jugak cakap hubby tu.... Aku pun survey la kat http://www.sharplovelife.com/#_top ..... Macam cantik jer.. macam berkenan jer kat peti Ais tu... Nak tanya hubby dulu..kalau approve.. nak pg cari la peti Ais camtu..hihihi...

26.2.14

Free Seat Air Asia

Wednesday, February 26, 2014 5
Free Seat Air Asia

Yeay...  Aku dah berjaya beli tiket Air Asia... Nasib baik Air Asia tengah promo free seat... Dapat la aku bawak 1 family...kira-kira ni Family Trip aku la.... Nak tau ke mana? Ala... dalam Malaysia jer... Klunya...... aku baru je pergi tahun lepas... Ha... dah dapat teka... kui..kui..kui... situ lagi? ye la, memang la aku dah 3 kali pergi.. family aku belum pernah pg lagi.. tu yang aku repeat lagi sekali tu... hihihi...

24.2.14

Part 5 : Hatyai, Thailand (Samila Beach & Floating Market)

Monday, February 24, 2014 2
Part 5 : Hatyai, Thailand (Samila Beach & Floating Market)
Habis berjimba kat Bukit.. kami semua terus gerak ke Samila Beach... Ada apa kat sini? Haaaaa.... ada Ikan Duyung tau kat sini... Tak Percaya??? jap yer.. nanti aku tunjuk gambar sebagai bukti...

Yeay.. dah sampai Samila Beach....



Kat sini ada macam-macam jugak.. masa kitaorang pergi ni memang ramai..  semua berebut-rebut nak bergambar dengan Duyung..... Bila tengok jer satu group ni turun... cepat2 group kami pulak ambik alih dok tepi duyung... Nak tengok Ikan Duyung? Jap yer... Cuba tengok kat bawah ni...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Tara.....


Betul tak aku cakap.. ada duyung kan? tapi, duyung ni ter lucah sikit sebab atas dia terbukak... hihihi...



semua orang tengah tunggu turn nak bergambar dengan duyung...
 Selain dari duyung, kat sini korang boleh jugak naik kuda.. aku tak naik pun..kesian kat kuda tu.. takut dia patah riuk jer..hahahah...

satu tips yang aku nak bagitau... kalau korang pegi Hatyai.. baik korang beli souvenir kat sini sebab kat sini lagi murah dari kat Hatyai... ada yang harga seringgit pun ada.. Fridge Magnet pun murah kat sini.. sebab kat sini masih boleh dapat 4 ketui = THB100.. tempat lain cuma 3 ketui = THB 100.. menyesal aku tak beli kat sini sebab aku ingat Hatyai lagi murah.... sedih tau...

Dah habis kat Samila Beach.. kami terus ke tempat yang paling best aku rasa... Mana? Floating Market la.... Macam-macam makanan ada kat sini... syurga makanan tau... korang jangan risau.. kat sini ramai peniaga Islam.. surau pun ada disediakan kat sini.. sesapa nak solat kat sini pun boleh....

kredit: google
kredit : google
kat sini, kalau kita beli air dia akan letak dalam bekas yang comel2 macam ni..pilih je nak macam mana... yang cawan THB 20.. kalau ada penutup THB30... (kredit : google)

ni sedap.. rasa dia macam puding buah.... kaler pun cantik.... (kredit : google)

tempat air dari buluh pun ada tau..kreatif kan diaorang ni... 
sedap nasi ayam kat makcik ni.... ayam dia rangup.... THB50

Nasib baik la kami dapat tempat duduk.. orang memang ramai sangat time ni.... macam2 kami beli.. ni baru 1st round.. hahaha...

alamak.. senget plak... nasi ayam yang sedap ngan air oren dalam cawan Coca cola...

Bila kita beli..diaorang akan hulur makanan dalam tempat macam bakul panjang tu.. pastu, kita letak la duit dalam tu....Unik kan

kat sini pun ada jugak orang jual baju-baju.. aku x beli pun.. just jalan-jalan jer... dah kenyang.. dalam pukul 6.30 petang, kami semua pun berkumpul kat bas untuk balik ke hotel... penat memang penat.. tapi..best sangat... malam ni ada aktiviti lagi.. nak tau? nanti aku sambung citer lagi yer...

terlepas yang lain-lain... klik sini...

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4




21.2.14

Part 4 : Hatyai, Thailand (Tang Kuan Hill & Chang Puak Camp)

Friday, February 21, 2014 2
Part 4 : Hatyai, Thailand (Tang Kuan Hill & Chang Puak Camp)
Dah abis dok kat tempat sejuk.. kami terus ke tempat panas pulak.. ke mana? hahaha.. kami ke Tang Kuan Hill...  bayaran masuk kat sini murah je THB30 je... kat sini kita kena naik lift untuk ke Puncak Bukit.. diulangi..lift tau..bukan kereta kabel...  Apa yang ada kat atas tu?.. ala.. ada tempat ibadat diaorang  je... yang bestnya.. boleh tengok pemandangan sekitar Hatyai kat atas tu....

Pintu masuk ke tempat lift...

Konon-konon la kuat.. nak angkat konon....

Posing time!

K.A.M.I
Dah puas berjimba ambik gambar kat atas tu, turun bawah.. nampak ramai orang jual Aiskrim kelapa.. aku pun beli la aiskrim kelapa dalam kelapa..korang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni.. faham la kut kan? :) kalau tak faham, tengok gambar tu faham la kut..

sedap aiskrim ni sebab ada isi kelapa sekali...
Memandangkan ramai yang blom turun, kami lepak je la dulu kat tepi tu sambil makan aiskrim... tetiba.... banyak pulak cik monyet yang berkeliaran kat situ.. bagi sikit.. yang lain semua datang lagi..makin lama makin banyak...terus kami semua takut.... cepat-cepat kami semua naik menunggu kat bas...

Dah habis berposing kat Tang Kuan Hill... kami gerak pulak ke Chang Puak Camp.. kat sini best sikit..macam-macam aktiviti boleh buat kat sini... aku xde pulak ambik gambar banyak kat sini.. kalau nak tau aktiviti apa lagi yang best.. korang bole jer terjah blog Eida ... ha.. kat sana dia cerita apa yg best...



Ramai gak geng rombongan yang naik gajah.. aku x naik sebab dah naik masa kat A Famosa hari tu... sementara tunggu yang lain kami posing je la dulu...


kat sini korang boleh beli pisang..pastu bagi anak gajah ni makan..aku tak beli pun..hihihi..




Entry kali ni aku x nak letak gambar banyak sangat..malas..hahaha..bole la pulak macam tu kan..kuang..kuang..kuang...

Kat sini pun ada gak orang jual gambar..bila ko turun dari bas.. diaorang snap gambar..pastu framekan cantik2 dan jual.. tapi aku x beli pun sebab gambar candid aku x cantik.. huhuhu..

Pasni aku citer tentang duyung plak yer...

terlepas yang lain? klik je sini...

PART 1
PART 2
PART 3

19.2.14

BE menari-nari

Wednesday, February 19, 2014 1
BE menari-nari

Alhamdulillah... ada 2 iklan dok menari-nari kat blog ni..harap-harap menari la lama sikit yer.. :) Tq Nuffnang...

18.2.14

Part 3 : Hatyai, Thailand (Ice Dome)

Tuesday, February 18, 2014 2
Part 3 : Hatyai, Thailand (Ice Dome)
Malas la nak cerita tentang air.. sakit hati jer.. baik aku sambung citer percutian aku ke Hatyai... sebelum aku ke sana memang aku dah survey-survey jugak tempat menarik kat sana.. so, bila pemandu pelancong tu sebut je nama tempat2 yang kami nak pergi.. wah..memang la aku yg paling ekcited sekali... hahaha..kalah budak2 tau... Hari kedua tu.. awal2 pagi kami dah kena tunggu kat lobi..ops. lupa plak nak cakap..thailand ni lewat sejam dari Malaysia tau... alamak, apa kena mengena lewat ngan apa aku nak citer ni? erm.. aku pun x tau.. konpius kejap... hahaha...... turun je kat lobi hotel.. tengok2... la.. tak ramai lg yang turun... perut dah berbunyi..maklumla kat Malaysia kan biasa sarapan awal... kami semua pun pg la cafe dulu.. sarapan... sarapan ni bayar sendiri.. x include dalam sewa bilik... beria-ia kami order... lama jugak la tunggu.. x jugak sampai... orang dah makin ramai turun ni.. bila bas dh sampai pun, makanan masih x sampai.. minuman jer... bas pun dh banyak kali hon..last2 kami suruh je la pihak hotel tu bungkus.. senang cerita.. sape suruh lambat sangat..nasib baik diaorang ok jer... naik atas bas dengan muka yang bersalah sangat sebab buatkan semua orang tunggu kitaorang.. :)

Tempat pertama yang kami terjah... dah tentu la ICE DOME... sorang dewasa bayar THB 300 dan kanak-kanak cuma THB 200 je. masa kami sampai tempat tu belum bukak lagi.. awal sangat.. tapi kejap je la kami melepak kat luar.. dalam 10 minit je..pastu, sape yang nak masuk.. bayar je kat akak pemandu pelancong kami..tunggu je kat luar.. nanti dia akan bagi tiket.. rugi la kalau dah datang tak masuk kan.. nak datang lagi tak tahu bila pulak...


Muka xcited... masa ni tengah berjalan nak masuk dalam.. sebelum nak ambik jacket ngan sarung tangan.. korang jangan risau THB300 tu dah termasuk sekali sewa jacket ngan sarung tangan... 

teruja je masing-masing... ni la bodyguard kami kat sana..hihihi...

Dah lepas ambik jacket ngan sarung tangan.. tunggu jap kat situ.. sambil pakai apa yang patut.. aku dah siap-siap bawak sarung kaki dari Malaysia tau sebab ramai blogger yang cakap kat dalam tu TERLAMPAU SEJUK... suhu dia -15 darjah celcius rasanya..

Bila dia bukak je pintu yang ala-ala peti ais tu... dah rasa sejuknya..tu baru kat pintu... masuk je dalam... kita disuruh bergambar kat depan tu.. x kisah la nak sorang atau ramai-ramai... nanti bila dah keluar, korang bole la tengok gambar2 tu.. diaorang x paksa beli pun...

Korang layankan je la gambar2 kami.. tapi, masa ni memang sejuk sangat..sangat.. sangat.... sape yang x tahan sejuk tu... x berapa disyorkan masuk sini.. kalau nak masuk gak, pakai baju sejuk banyak lapis...




kat tepi2 ni bole naik gelongsor ais... tapi aku x naik pun.. sejuk sangat....

KLCC pun ada kat sini....




Sejuk bontot aku dok atas ais...







Semua bangunan dan replika dalam tu dibuat dari ais... kreatif gak diaorang ni... macam ni la bagus.. tiket masuk pun xde la mahal... kira berbaloi la masuk...

Keluar je dari situ, terus jumpa kedai cenderamata..ha..kat sini korang bole tengok gambar yg diaorang tangkap masa mula2 tadi.. nak beli xpe, tak nak beli takpe... satu gambar ngan frame kalau x salah aku lebih kurang THB120...


Aku beli gambar group.. sorang2 x lawo la pulak... ha..habis dah part 3..pasni aku sambung part 4 pulak..kami ke destinasi seterusnya...ke mana?  tunggu....

terlepas citer yang lain? klik jer..

Part 1
Part 2