Krisis air di Lembah kelang... termasuk jugak la kat rumah aku... Air oh Air.... - Blog Eyzamiel

17.2.14

Krisis air di Lembah kelang... termasuk jugak la kat rumah aku... Air oh Air....

Aduh! susah betul kan xde air ni? Masuk hari ni dah 4 hari rumah aku tak ada air... sampai bila la tak ada air ni.. susah wooo... tergendala semua aktiviti air aku..hahaha... dah lama kut aku tak rasa krisis air mcm ni.. dulu-dulu masa aku dok langat je merasa jap xde air.. tp x la selama ni.. xde air pun dlm 2 hr je... siksa betul weekend xde air....

Balik kerja hari Jumaat tu memang dah x ada air.. aku langsung xde tadah..mana la aku tau yg rumah aku pun akan terlibat sekali... Nak tau x kitaorang mandi kat mana balik kerja Jumaat tu? Kitaorang mandi kat RNR... nak tau RNR kat mana? hahaha..biarla rahsia.. malu kut... bawak semua alatan mandi, terus gi RNR.. lantak la.. nak mandi punya pasal.... dah la hujan lebat pulak time tu... ingat balik tu nak terus pg beli baldi besar..tgk2 kedai dh tutup pulak.. KIV je la dulu....Besok je la jawabnya.. malam tu kitaorang bawak je botol kat rumah, gi beli air yang seliter 10sen tu.. bole la buat basuh apa2 yg patut..hihihi

Esoknya. aku ngan hubby terus pg kedai jual barang2 plastik kat area Bandar Tun Razak.. Misi Utama.. cari tong besar utk isi air....


Hubby tengah fikir..nak beli tong ke baldi?

Harga kat sini masih murah la.. tong besar yg macam tempayan tu baru RM 49.90.

Baldi ni kecik sikit...
Masa nak beli tong ni pun kena fikir gak....lepas ni kalau ada air.. nak buat apa dengan tong2 tu.. last2, kami beli 1 tong sampah hitam yang besar ngan baldi besar 12 liter.. ok la tu kan.. campur2 ngan baldi kecik2 kat rumah..kira ok la utk kami yg tinggal bertiga je ni.. Jiran aku cakap, bila ada krisis air ni, semua kedai naikkan harga tong..nasib baik kedai ni masih ok... tong sampah besar tu dia bagi RM10. Baldi 12 liter RM12. ok la kan...

Sampai je kat rumah, aku terus pg tempat ambil air... ada sekumpulan kanak2 tengah mandi kat situ..pastu, diaorang tolong paipkan air dalam tong aku..rajin betul budak2 ni...

Rajinkan budak2 ni...

baru je nak puji bebudak tu, dah x larat pulak...last2 hubby pulak yg sambung...

dah dekat nak habis isi air, lori syabas pun sampai...

Lori sampai je.. semua orang berpusu-pusu turun... 

yang mana x ada troli, guna stroller anak.... terpaksa la.. kalau x, jenuh pulak nk mengangkat air sampai atas...
Nasib baik jugak masa krisis air ni lif berfungsi..kalau tak, masak la semua orang..hahaha... tak tahu la sampai bila krisis air ni akan berterusan.. dengar ura2 kata, sampai 2 minggu..jenuh la macam ni.. macam aku xpe la jugak.. sape yang anak ramai tu macammana.. kesian woo kat diaorang...

p/s: Harap sangat balik petang ni dah ada air.. harap-harap la...

3 comments:

  1. Mmg payah kak kalau anak ramai n kalau time tu lak lif rosak..pergh.. sadis habis..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. dekat sebelah kedai Ramly Burger... sebelum keluar ke MRR2... kat situ memang banyak jual barang2 plastik..

      Delete