::Percutian Bajet ~ Sabah (Part 1):: - Blog Eyzamiel

10.10.13

::Percutian Bajet ~ Sabah (Part 1)::

Hujung bulan lepas aku n gang buat trip gi Sabah...4 hari 3 malam... Plan dah lama... masa MAS buat promotion hari tu... dapat tiket murah.. so, apa lagi.. grab je la... ni adalah kali kedua aku ke KK.. bawak geng yang belum pernah sampai sana... masa mula2 pg dulu aku amik travel agent.. macam rugi sikit la.. bayar mahal tapi hanya tempat2 tertentu je dia bawak... tak puas.. tu yang repeat balik kali ni.. Desa Dairy Farm la yang paling aku nak pi sbb dulu x pi... nak jugak feeling2 ada kat New Zealand..hihihi....

Plan ni masa aku dok Ampang lagi...kami sewa van untuk ke KLIA sebab nak gerak dari rumah pukul 5 pagi.. dah alang2 tu, kami amik la van ni utk hantar dan ambik sekali.. senang sikit... memandangkan skrg aku dok Cheras, terpaksa la driver van tu ambik diaorang kat ampang dulu, baru datang ambik aku... Pukul 5 pagi van dah sampai.. Flight pukul 7.30 pagi.. sampai je airport.. terus check in dulu... Pastu pg sembahyang subuh... Adik aku yang kat Melaka tu pun join.. dia ngan husband dia direct naik bas dr Melaka.. kitaorang jumpa kat situ je la....

Beratur nak masukkan bag dalam kargo...

Bila pg ramai-ramai ni..biasala... mesti je lambat.. kitaorang bole bantai makan mc'D dulu sblm masuk tempat pelepasan... sampaikan pihak MAS dah buat panggilan terakhir utk naik flight baru kitaorang gerak ke sana... Nasib baik x kena tinggal..hihihi...


Semuanya muka mengantuk lagi..ye la, pukul 4 pagi dah bangun....

Asal diaorang amik gambar, aku mesti nak menyibuk..

Yang bestnya naik MAS ni sbb makanan dah x payah beli... termasuk sekali dalam harga tiket.... x payah la keluarkan duit lagi dalam Flight.... masa ni dia bg pilihan nak Nasi Lemak atau Mee Siam... aku pilih Mee Siam sbb x nak heavy sangat.. tapi, pilihan aku salah.. Mee Siam x sedap....
 Alhamdulillah, setelah dah puas tido dalam Flight.. kami pun sampai kat Airport Kota Kinabalu... Kat KK ni ada 2 Terminal... untuk yang naik MAS, kena turun kat Terminal 1... dan kalau naik Air Asia turun kat Terminal 2.. tapi dua2 ni x la jauh sangat...



Yeay..kami dah sampai...

Geng Rombongan.... 10 dewasa, 4 kanak2.. hihihi...
 Lepas ambik bag masing-masing, terus aku gi cari En. Roy... En. Roy ni tauke van yang kami sewa.... Awal dia sampai... senang nak berurusan ngan dia.. lepas bayar duit kat dia, terus kami gerak ke Kundasang.... sebelum sampai Kundasang, kami singgah dulu ke Giant 1 Borneo.. beli barang2 nak buat BBQ malam nnt.... kami tido semalam kat Kundasang...dah settle semua, terus kita ke Kundasang.... kitaorang x pakai GPS pun.. aku main ingat2 lupa je jalan ke sana...  Alhamdulillah berjaya sampai tanpa sesat.. Diulangi TANPA SESAT tau... hahaha..



Yang bawak van tu, husband kawan aku.. aku just ikut gerak hati jer.. suruh dia ikut Tuaran... sampai jumpa signboard ke Tamparuli... ikut je Tamparuli dan terus ke Kundasang.... Jalan ke sana memang mencabar.. tapi, bila dah sampai... Bestnya... Sejuk sangat.... kami menginap kat J Residence Kundasang sebab ramai gak blogger yg cadangkan menginap kat sini.... kata pun percutian bajet... kena la pilih tempat yg bayar bajet gak.. tapi, not bad la.. bilik dia best... ada water heater n yg penting privacy....

Senang sangat nak cari tempat ni... kita akan nampak signboard J Residence yang besar kat tepi jalan..sebelah kanan.. terus je turun kebawah.... jalan dia memang agak curam.. dah la tayar van kami macam nak botak jer.... Last2, kami semua turun je jalan kaki..biar ringan sikit van.. van tu cuma bawak bag je turun bawah...best gak..sambil tengok keindahan alam.. aku terus gi check in.. semua dah x sabar nak masuk bilik..dah letih... yang bestnya, tempat ni x jauh dari puintu masuk ke Gunung Kinabalu.. dekat sangat...


jalan dia agak curam.... 

tempat check in...

Bilik aku...


kreatif pulak diaorag lipat towel..



Bilik orang bujang...

Bilik aku... n sebelah tu bilik adik aku...

Tempat BBQ...

Bilik kawan aku...
 Rehat jap kat bilik... Lepas mandi n sembahyang.. kitaorang terus gi jalan2  kat  situ2 jer.. gi pasar..

Posing dulu sementara tunggu yang lain siap...


Ni la pekannya... Banyak jual sayur-sayur segar..
 Kitaorang just beli ayam kampung, udang ngan bahan2 lain untuk BBQ malam nnt..Sebelum balik, kami singgah kat Hidayah Restoran.. beli nasi putih ngan tomyam... beli nasi sampai 10 bungkus...ingatkan nasi dia sikit macam kat KL.. Rupanya, sebungkus nasi bole share 2 orang.. banyak.... Last2 ada 4 bungkus lagi x habis.. sayang je...


balik tu, kitaorang biar van kosong je turun..kami semua jalan kaki... senaman katanya..hahaha..

Sejuk terlampau time ni.. sampai gambar pun berkabus...

See.. kabus kat belakang tu.... padahal masa ni baru pukul 5 petang..

Masa ni dah dekat pukul 6... dah nak gelap.... kat sana cepat siang n cepat malam...

kat sini tempat parking memang ada untuk kita.. jangan risau... tempat pun private je... xde orang kacau....

K.. ada keje sikit... nanti2 aku sambung part 2 pulak yer....

Bajet:
Flight ~ RM 156 sorang (sekali dengan beli seat) x 2 = RM 312
Van ke KLIA (pergi balik)  ~ satu couple = RM 112.50
Sarapan Mc' Donalds ~ RM 10.00
J Residence (semalam) = RM 88.00
Sewa Van di KK + Minyak + Barang2 BBQ (Utk 4 hari) ~ satu couple = RM 200.00

Total = RM 722.50




9 comments:

  1. salam..ade contact no utk driver van untuk ke kundasang tu tak?

    ReplyDelete
  2. Assalam...en.roy ni ade sewakan kereta tak??baca trip sis ke kundasang ni macam best laa plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. kereta saya tak pasti pulak sbb dia cuma iklankan urvan hari tu.. cuba contct dia utk tanya.. mana tau kalau ada..

      Kundasang mmg best.. tahun depan eyza repeat lagi ke sini.. :)

      Delete
  3. assalamualaikum sis...en.roy ni kirenye drebar dr KK ke kundasang ke cm ner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      eyza ambik van jer..pastu drive sendiri.. kalau nak skali driver pun ada rasanya.. bole jer contact dia..

      Delete
    2. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
      Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
      Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
      Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan


      Delete
  4. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    Syarikat SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN.BHD adalah syarikat ‘Taxi Limousine’ yang beropersi sejak 5 Tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang mendalam tentang tempat-tempat yang menarik di sabah.
    Kami menjemput anda ke sabah untuk bercuti dengan kadar Harga yang rendah dan berpatutan,
    sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    email: taxisabahlimo.com
    http//:www.taxisabah.com

    ReplyDelete
  5. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete