October 2011 - Blog Eyzamiel

30.10.11

::Cerita Hari Ini::

Sunday, October 30, 2011 2
::Cerita Hari Ini::
Hari ni sepatutnya adalah hari untuk kami laki bini bersantai jer kat umah.... tapi,belum tengahari dah rasa boring pulak.. Ye la, aku pandang hubby, hubby pandang aku... kalau ade anak lain citer... nak tengok tv pun citer tak best jer..... Aku pun tanya hubby "Abang, jom kita gi tengok Baby Kak tini nak tak?".. Hubby pun balas "ok, siap la kalau nak gi"..... Aku pun siap2 la.. memang x bgtau lagi kat Kak Tini kata nak pegi umah dia.. lagipun, hari tu dah tanya, dia kata pantang kat Rawang..... Ingat lepas makan tengahari baru nak gerak gi sana....
Masa turun dari rumah nak ke kereta.. nampak la sorang brother ni tengah jual aiskrim... Macam best jer... aku pun beli la aiskrim roti... Lama tak makan aiskrim ni...

3 Perisa yang sedap..
Hubby pun suka makan aiskrim  ni....
Aiskrim aku....
Dah settle makan aiskrim dalam keta, barulah kitaorg gerak gi Lunch...kami gi makan makanan Arab kat Restoran Saba.... Restoran ni dekat je ngan LRT Setiawangsa... 1st time aku nak try makan kat situ...

Restoran ni terletak kat Dataran Jelatek......
Tengok Menu Dulu...
Hubby Punya... Kabsah Chicken (Quater)....
Aku Punya... Mandi Chicken (Quater)
Makanan arab kan saiz hidangan dia besar... hubby yang kuat makan pun makan tak abis.... Nasi dia memang sedap.. kalau xde lauk pun still rasa sedap sangat.... Harga pun berpatutan...Tapi, ada satu hal yang aku ngan hubby agak tak puas hati... Kitaorang dah lama abis makan, air masih tak sampai-sampai... aku rasa macam dah nak tercekik.... aku bagitau kat sorang pelayan ni.. dia angguk... aku ingatkan dia pg amik air, rupanya still x sampai gak.... ikutkan hati nak je aku kanselkan air, pastu beli je kat Speedmart (tingkat bawah)... tapi hubby suh aku sabar dulu.... elok aku pun dah rasa 'panas' jer.. baru la air nak sampai....

Ni la air yang kami pesan....bukan kena bancuh pun... hubby amik perisa Rasberi, aku pulak amik perisa Madu.....   
Nasib baik air ni sedap... dapat la mengubat hati aku yang tengah panas....
Dah habis makan, kitaorang gerak ke JJ Wangsa Maju.... Nak beli hadiah untuk baby.... Hubby sempat lagi shopping baju ngan kasut sukan..... Aku? cuma tukar Baucer JJ jer.. Tak nak guna lagi..ingat nak guna kat JJ Perda nanti... ;)

Hubby tengah kusyuk pilih baju...
Masa tengah shopping tu, hubby dapat call... kawan dia nak datang rumah.. Alamak, camne nak pg Rawang ni.... Fikir punya fikir... Kansel gi Rawang.. Maybe pas raya nanti baru gi....
Sebelum balik tu, kami singgah Kassis (dekat Giant Taman Permata) sebab aku nak beli....

Tabung! sebab nak lawan ngan hubby.. tabung dia dah penuh.. jeles aku.....
Dah alang-alang kat situ... masuklah ke Giant sebab aku nak makan cendol yang sedap tu kat food court dia... Tapi, rasanya dah x sebest dulu.. tak tau la kalau dah tukar owner...Masuk dalam pasaraya, beli barang-barang nak buat koay teow goreng... Ingatkan nak jamu kawan hubby makan Koay teow goreng jer... elok sampai je umah, kawan hubby call bgtau x jd datang sebab hujan lebat... Geramnya.. agenda aku kansel sebab dia.. last2 tak datang pulak... tapi memang pun hujan lebat  kat rumah aku... Disebabkan barang-barang pun dah beli.. aku masak la jugak Koay Teow goreng... takde rezeki kawan hubby, tapi jadi rezeki untuk makan malam kami....

29.10.11

Sah! Fara Fauzana dan Neelofa....

Saturday, October 29, 2011 0
Sah! Fara Fauzana dan Neelofa....

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2011: Sekali lagi, hos bagi program popular TV3, Nona bertukar wajah apabila pengacara dan penyampai HotFM, Fara Fauzana serta pendatang baru, Neelofa dimumkan sebagai pengacara untuk musim baru program tersebut.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dua pengacara tersebut bakal meggalas tugasan sebagai pengacara program Nona pada Januari depan bagi menggantikan Vanidah Imran.
"Setiap tahun, Nona sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk penonton setianya. Saya yakin gandingan mereka berdua bakal memberi tarikan yang baru terhadap Nona.
"Selain memberi kelainan, saya yakin dua orang hos ini bakal memantapkan lagi program kegemaran ramai ini. Lagipun Farah Fauzana layak dipilih menjadi hos program ini kerana dia seorang selebiriti yang punya ramai pengikut.
"Tidak kurang hebatnya, Neelofa. Biarpun masih baru dalam industry tapi dia dilihat sebagai bintang baru yang sedang meningkat naik," katanya dalam sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012, petang semalam.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja apabila dipilih sebagai pengacara baru Nona yang dilihat sejajar dengan usia dan pengalamannya dalam bidang pengacaraan.
"Tahun hadapan usia saya pun dah masuk 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat ini.
"Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program berbentuk hiburan atau santai seperti Melodi," katanya.
Biarpun pendekatannya akan berbeza dengan pengacaraan yang pernah digalas sebelum ini, namun Fara memberitahu dia tetap akan menggunakan gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona.
"Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton," tambahnya lagi.
Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.

 Kredit: Murai.com

Kred

Belajar Bahasa Arab

Saturday, October 29, 2011 0
Belajar Bahasa Arab
Dah 2 minggu kat opis aku ada buat kelas Bahasa Arab... Minggu ni, Aku pun dengan semangat kobar-kobar pergi join kelas tu.... Padahal B.I pun tunggang langgang, tapi ada hati nak belajar bahasa Arab... :)
Geng-geng aku sampai lambat kat kelas... apalagi, memang tempat depan je la yang kosong... Pastu, aku pulak yang kena duduk betul-betul depan Ustazah..
Mula-mula ok jer.. sekali Ustazah tu cakap Arab dengan aku...terkebil-kebil dibuatnya.... maunya tak, Ustazah tu tak tau cakap Melayu... Cakap B.I pun x berapa pandai... dia bantai cakap arab ngan kitaorg.... satu hapa pun aku tak faham.... Nasib baik membe aku sorang tu pernah belajar kat Sekolah agama.. dia tau jugaklah sikit2 bahasa arab... aku asyik mintak dia je yang translatekan untuk aku....
macam best jer dengar Ustazah tu cakap... kitaorg siap dapat homework..Ustaza ada bagi nota..kena hafal..minggu depan kena baca depan kelas....Tak tau la ingat ke tak...
Balik dari kelas,ada jualan buku untuk amal kat lobi.... kitaorg pun pergi la cuci mata.. ternampakla buku arab tahun 1 sampai tahun 6.. memandangkan kami semua budak baru belajar... kami nak la beli buku tahun 1.... tapi, tinggal satu jer... last-last kami decide... sorang beli, yang lain fotostat ajer... :)



28.10.11

27.10.11

::Petua mengelakkan rambut gugur::

Thursday, October 27, 2011 0
::Petua mengelakkan rambut gugur::

Kebelakangan ni rambut aku banyak sangat yang gugur...
Sampaikan rasanya, dah makin menipis...
Tadi, search kat internet...
Cari Petua kurangkan rambut gugur...
Ni antara petua-petuanya....

Petua pertama
Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.
Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua Ketiga :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

Rasanya, aku akan buat petua yang pertama... sebab, bahan2nya pun mudah nak dapat...  Mudah2an pasni, kurang la rambut aku yang gugur....

Sumber: sini

25.10.11

::Seminar dan Berita Sedih::

Tuesday, October 25, 2011 1
::Seminar dan Berita Sedih::

Pagi tadi aku ada seminar kat Hospital Selayang....
Kul 7.15 baru keluar dr rumah padahal kereta jabatan gerak kul 7.30...
kelam kabut la aku ngan hubby pg tadi..
Nasib baik aku sampai lobi ngam-ngam kul 7.30...
Aku ingatkan aku la yang paling lambat, rupanya ramai lagi....
Tunggu yang lain2, lebih kurang kul 7.40 baru gerak dari Ampang...
Mula-mula risau jugak takut jammed sebab seminar tu start kul 8.00..
Rupa-rupanya, jalan lengang betul hari ni...
Maybe ramai yang dah mula bercuti sebab esok kan cuti Umum....

Masa OTW nak ke Hospital Selayang..
Aku dapat mesej berita sedih dari adik aku..
Bagitau yang Pak Ngah aku meninggal Dunia semalam....
Ya Allah.. terkejut jugak aku...
Last aku jumpa Pak Ngah masa raya Aidilfitri hari tu...
Dia nampak sihat dan beria-ia dia cakap ngan aku dia nak datang umah aku kat KL ni...
Tapi, hajatnya tak kesampaian..... Allah lebih sayang padanya...
Adik aku cakap Pak Ngah meninggal sebab kanser hati....
Arwah tak pernah tahu yang dia ada kanser, dah tahap 4 pun..
Bila bawak pg hospital, semuanya dah terlambat...
Akhirnya, Pak Ngah pergi jua....
Al-fatihah untuk Arwah Pak Ngah dan semoga rohnya dicucuri Rahmat.... Amin...

24.10.11

::KFC ~ Tomyam Crunch::

Monday, October 24, 2011 0
::KFC ~ Tomyam Crunch::

Balik keja tadi hubby cakap nak belanja makan kat luar....
Bila hubby cakap macam tu, tetiba pulak rasa nak makan KFC (sekali lagi aku langgar pantang)....
Macam biasa la.. aku order KFC Spicy... tapi, budak KFC tu kata "Maaf kak, sekarang ni Spicy x de, cuma ade TomYam ngan Original jer".... Ala.. ni yang tak best ni..... Nak tak nak, terpaksa gak la amik Tom Yam sebab aku tak suka Original...
Tapi... aku rasa perisa Tom Yam ni tak sedap la... Tak Pedas... Kurang Umpp.... Perisa dia pun rasa macam perisa maggi tomyam... tak menepati selera aku kut...
Pas makan hubby nak beli handset... mula2 nak pg Sg. Wang.. tapi, cam malas pulak.. balik keja ni mesti jammed.... nak senang dan jimat masa.. kami cuma pg beli kat Care4 ampang.... Survey punya survey.. akhirnya, hubby beli jugak pujaan hati dia....

Dah dapat pujaan hati hubby baru la bole balik..... Selamat aku hari ni sebab dapat cuti dari masak... hi..hi..hi...

nota: Tahniah untuk sorang lagi membe TTC yang dah berjaya hamil..... Yatt, jaga kandungan baik2.. doakan kami yang lain pulak menyusul pasni... Amin...

Kredit gambar : google

23.10.11

::Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah::

Sunday, October 23, 2011 3
::Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah::

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. Katanya, P kedua ialah 'peluk'  yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Kredit: sini

::Luahan rasa di pagi Ahad::

Sunday, October 23, 2011 3
::Luahan rasa di pagi Ahad::
Rasanya, dah lama jugak aku tak citer pasal anak ni kan?
Aku bukannya takmo pikir... tapi, kekadang rasanya.. kalau kita fikir2 sangat pun buat stress jer... bila stress, lagi la susah nak dapat anak...ada yang suggest suh aku amik anak angkat.. tapi, rasanya aku lom sedia lagi nak amik.. biarlah aku usaha sendiri dulu...
Kekadang, bila aku balik keja.. aku tunggu hubby kat lobi.. biasala kalau kul 5 ke atas.. mesti ramai kat lobi sebab waktu melawat.... budak2 pulak tak bole naik atas.... ramai la budak2 kat bawah tu... aku suka tengok gelagat budak2 tu.. tambah2 baby yang comel.. geram.. rasa nak picit2 pipi dia...
kekadang aku leka perhatikan budak2 tu, sampaikan hubby dah sampai pun aku tak sedar....

Ya Allah.. Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh ujianMu ini... Kau berikanlah aku kesabaran dalam mengharungi semua dugaan ini... Hanya padaMU tempat untukku berserah dan mengadu... Hanya Kau yang mengabulkan segala Doa..Amin..Amin Ya Rabbal'alamin...

22.10.11

::Jakel, Nagoya.. Last2 kat KAMDAR juga yang jumpa::

Saturday, October 22, 2011 2
::Jakel, Nagoya.. Last2 kat KAMDAR juga yang jumpa::

Hari ni aku ade janji ngan adik aku, alang nak jumpa kat Jalan TAR... Nak temankan dia beli baju nikah.... sambil-sambil tu nak jugak cari baju untuk family pakai masa kenduri dia nnt....
aku dari Ampang naik LRT Star, alang pulak dari Universiti naik LRT Putra... So, kitaorg janji nak jumpa kat stesen LRT Putra...Janji ngan alang kul 10 kat sana... tapi, aku terlewat sikit.. dalam kul 10.15 baru sampai..Tengok-tengok, takde pun alang kat situ... aku call tak jawab... aku dah risau.. takut2 ade apa-apa jadi kat dia.. pastu, aku nekad, kalau kul 11 dia lom sampai, aku nak balik jer...
Dalam kul 10.40 dia call.. baru nak gerak dr umah.. rupa2nya, dia tertinggal fon kat rumah.. terpaksa patah balik untuk amik fon.. patut la lambat....

Bila alang sampai... kami gi makan dulu sebab dah pukul 11 belum sarapan lagi... makan roti canai jer kat gerai sebelah mydin... Dah kenyang, baru la bole teruskan misi utama...


Mula-mula.. aku pegi Jakel... memang dah ingat nak beli kat sini... tapi, rasa cam tak tenteram pulak nak pilih... Rimas sebab ramai sangat promoter yang nak layan.. sampaikan aku naik pening dan takde mood nak pilih.... pastu, kitaorang keluar jer dari situ....

Kedai kedua...NAGOYA..... jalan-jalan sampai atas.. pun takde yang berkenan.... pastu, gi MUAZ yang baru tu pulak.. ingat nak cari tudung.... pun x de yang berkenan... mula la kitaorg keluar masuk aked-aked yang ada... Ingatkan nak pg kedai yang aku biasa amik kain...tapi, disebabkan ada pasar malam,aku ngan alang terpaksa mundar mandir cari kedai tu.. bole tak jumpa pulak sebab kebanyakan kedai dah ditutup dengan gerai-gerai pasar malam....

Lama jugak la kami cari.. bila dah jumpa, tengok2 kedai tu dah tak ada... dah jadi kedai tudung (ker aku silap kedai? hi..hi.. tak tahula)...... Last choice yang tinggal....


Kami ke KAMDAR.... selepas meninjau-ninjau kat dalam tu.... Akhirnya, kami dapat cari baju Nikah lelaki ngan pompuan serta baju untuk family... kalau tau macam tu, awal2 lagi kami dah masuk situ.. takde la kami buang masa...
Tapi, kami ada pengalaman yang tak best kat sini...
Masa kami beli kain untuk baju family... promoter yang layan tu ok...peramah jugak.... masa nak beli kain nikah alang la mula pengalaman yang tak best tu.... alang panggil sorang promoter ni (melayu dan bertudung) minta potongkan kain... dia bole pulak cakap "suruh la dia tu (sambil tunjuk kat sorang lelaki bangla), dia tak ada kerja"... pastu, dia bole blah layan 2 orang lelaki yang baru datang....Bengang betul.... O.. kalau lelaki cepat jer kau layan... Alang pun gi la panggil bangla tu... dah la tak berapa faham.. kami cakap lain, dia faham lain.. nasib baik tak silap potong kain... Ok la, aku dah sentap kat situ... kali kedua, aku sentap ngan cashier (perempuan india) pulak... aku tanya, ade tak kain untuk lining baju... dia bole jawab dengan kasar dan muka masam (tahu la nak raya, tapi ko bukan puasa pun) "tak ada"... tak per, aku sabar lagi... pastu dia bole sound dengan kasar.. "kain ni semua berapa meter, macam mana potong ni".. mak ai.. menyirap la darah aku...apsal tanya aku pulak, bukan aku yang potong kain2 tu.... terus aku pun terangkan kat dia satu persatu kain2 tu dengan geram (tinggi jugak la nada suara aku time tu) padahal kat resit yang promoter tulis tu kan ade.. pastu, aku siap sound dia... Tak reti senyum ker?.... Dia macam tak puas hati ngan aku... hempas2 barang.. aku tunggu jugak, dia balas balik..kalau dia balas balik, memang jadi perang la kat situ... nasib baik dia diam....
Aku memang bengang sangat la tadi.... Nasib baik tak panjang cerita..... Dah habis kat Kamdar.. kami pun balik umah masing2....
Masa otw nak balik umah, singgah kedai beli nasik untuk hubby...Aku tau dia mesti makan megi jer kalau aku xde... Pastu, singgah kedai beli lauk untuk masak....
Sampai jer umah, tengok hubby dah cuci ngan sidai baju..siap dah kemas rumah.. bagus2.. lain kali bole tinggal lagi... ;)....

Badan pun dah penat, malamnya aku cuma masak sup ayam, tauge ikan masin ngan ayam goreng... Settle!

Pic: kredit to google

20.10.11

;;Awak nampak Biru::

Thursday, October 20, 2011 0
;;Awak nampak Biru::

Aku dah tukarkan baju untuk blog ni...
aku ni bukannya jenis statik ngan satu background...
cepat bosan..
asyik pink aje..
kali ni aku tukar kaler peberet hubby pulak..
Biru.....
Nanti2 kalau aku dah bosan yang ni...
baru tukar yang lain pulak.. :)

19.10.11

::Kirim Doa::

Wednesday, October 19, 2011 3
::Kirim Doa::

Semalam mak aku call..
Bgtau yang jiran aku pg haji....
dan....
Mak aku sempat kirimkan doa untuk aku...
Mintak tolong doakan di Tanah Suci nanti...
Supaya cepat dapat Baby....
Mudah-mudahan...
Doa itu diperkenankan oleh Allah...
Amin...

18.10.11

::Aku mengaku.. aku dah kalah::

Tuesday, October 18, 2011 4
::Aku mengaku.. aku dah kalah::
Aku Mengaku...
Aku Kalah..
Kalah dengan godaan...
Godaan Hawa Nafsu...
Godaan Nafsu Makan...
Ni semua gara2 aku tgk blog MJ ngan Kak Nina..
Baru jer aku cakap yang aku nak pantang...
Bila tgk baucer ni...


Terus...
aku dah lupa pantang aku...

Tengahari tadi aku dah guna Baucer ni...
Memang best burger Quater Pounder with cheese ni..
Bagi aku..memang sedap sangat...
Pasni, dah malas la nak pantang2 ni..
Sebab..
Aku memang jenis yang tak makan saman.... :)

Promosi ni masih ade sampai 25 Oktober 2011.. Print black n white pun bole... amik jer kat  laman web Mc'D ni...


16.10.11

::Kursus Oh Kursus::

Sunday, October 16, 2011 2
::Kursus Oh Kursus::
Minggu ni adalah minggu yang memenatkan untuk aku... sepatutnya, hari ni aku ada walkathon kat UKM... tapi, memandangkan letih sangat pagi ni.... nan ado la aku nak pegi...... Rugi pulak rasanya tak pegi...kalau tak, bole gak buang lemak2 kat badan.....Maklumla, kalau kursus kan asyik makan jer... 6 kali sehari... hi..hi..hi...

Dekat seminggu jugak kan aku tak hapdet blog.... Busy ngan kursus... kan hari tu aku cakap yang aku kena kursus kat Sabak Bernam selama 2 hari...





Cenderahati dari IPN..
Dah alang2 kat area Sabak Bernam, kami pun singgah la kat Pekan Sg. Besar.... Nak shopping tudung....
Hasil rembatan... kain dan tudung....
Rupanya, balik dari kursus tu, aku dapat lagi satu kursus kat Hotel Mandarin Court pulak... kali ni 3 hari 2 malam.... kiranya, balik kursus Sabak Bernam hari Selasa, masuk keja hari Rabu dan hari Khamis terus pg Kursus kat Mandarin Court pulak... walaupun hotel ni cuma kat KL, tapi aku still kena duduk kat hotel sebab malam pun ade kelas....








Kursus kat sini anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor... Tiap2 PTJ bawah JKNS ada hantar wakil masing2... Best jugak dok kat hotel ni... kebetulan aku dapat bilik tingkat 15... bole la tgk pemandangan KL dari bilik...

Lepas check out semalam, aku ngan membe aku plan nak gi Jakel....Asalnya, membe aku je nak beli kain, last2 aku pun terjebak sekali... cantik2 pulak kain kat Jakel kali ni... Aku 'tersuka' dengan sepasang kain sutera... nak tak nak beli je la... kalau tak nanti, teringat-ingat pulak....


Sampai rumah, dalam pukul 4 lebih.... Malamnya, hubby request nak makan kari ayam... hubby cakap dia rindu nak makan masakan aku.. sian hubby... dah la minggu ni asyik ditinggalkan... so, menu malam semalam... kari ayam....