Blog Eyzamiel

24.3.18

Nak Cantik? Kunyah je Tablet Kunyah Blackcurrant dari AUNISE

Saturday, March 24, 2018 0
Nak Cantik? Kunyah je Tablet Kunyah Blackcurrant dari AUNISE
Kalau tanya Eyza nak tak cantik dengan kaedah suntikan, Eyza awal-awal lagi dah pangkah sebab Eyza ni jenis takut jarum. Hahaha.

Tapi, kalau produk yang makan, Eyza memang suka sebab ianya senang. Boleh simpan je dalam handbag dan boleh makan dekat mana-mana je.

Tambah-tambah kalau botolnya comel macam Tablet Kunyah Blackcurrant dengan campuran Tomato, Lemon dan Acai Beri dari AUNISE ni. Sebab ianya dalam tablet, memang senang sangat la. Keluarkan sebiji dan terus masuk mulut. Tengah sibuk dengan kerja pun sempat nak makan produk ni tau. Kunyah-kunyah je dah berseri.

Sehari kita kena makan tablet ni 2 kali iaitu sebiji waktu siang dn sebiji pada waktu malam.


AUNISE Tablet Kunyah ni mengandungi:
- Sukrosa
- Isomalt
- Serbuk Jus Blackcurrant
- Asid Askorbik (Vitamin C)
- Beri Acai, Tocotrienol (Vitamin E)
- L Cystein
- Ekstrak Yis

Tablet Kunyah Blackcurrant ni dapat jaga kulit kita supaya Glowing, dapat hilangkan jerawat, dapat hilangkan jeragat, anti kusam, anti kedut, dapat hilngkan parut dan mencerahkan kulit.


Banyak kan fungsi Tablet ni. Sebab tu Eyza kata dah tak susah dah nak cantik zaman sekarang ni.

Ianya perlu disimpan dingin dan kering dibawah suhu 28° celcius dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan kelembapan.


Rasanya masam-masam manis dan bila kita makan rasa macam makan gula-gula je pun. Padahal gula-gula tak bagus untuk kesihatan tapi ni dapat buat muka cantik lagi. So, dari kunyah gula-gula baik kunyah tablet ni.


Harga sekotak cuma RM 69.00. Sekarang tengah promo tau. Cuma RM  60.00 je sekotak. Berbaloi tau beli waktu promo ni. Postage pulak cuma tambah RM 8.00 (semenanjung) / RM 12.00 (Sabah/Sarawak).

Ianya jugak berdaftar dengan KKM tau. No KKM : 060617/05/168 (under makanan).

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

23.3.18

Dapat Surprise Sempena Anniversary Johnson's & Johnson's yang ke 125 Tahun

Friday, March 23, 2018 7
Dapat Surprise Sempena Anniversary Johnson's & Johnson's yang ke 125 Tahun
Rasanya dah lamaaaa sangat Eyza tak dapat Surprise dari sesiapa lebih-lebih lagi dari Hubby sebab Hubby bukan yng jenis suka buat surprise ni. 

Sebab dah lama tak dapat, Eyza memang tak sangka langsung yang Eyza akan dapat Surprise dari Johnson's & Johnson's.

Isnin minggu lepas Eyza dapat call katanya ada nak hantar barang. Eyza ingatkan Courier dari Shopee yang nak hantar barang sebab Eyza ada shopping kat web tu. Disebabkan courier tu tk familiar sangat jalan kat ofis Eyza tu, Eyza tunggu la kat Parking ofis. Tiba-tiba, ada kereta berhenti dan bawak keluar Belon dan barangan Johnson's yang super cantik. Ingatkan orang yang hantar tu salah orang, tapi bila tengok nama.. Eh..eh.. betul la.. nama kita.. Hihihi.. Surprise sangat ni.Dah la kat lobi ofis ada program, tak pasal-pasal semua kat lobi nyanyi lagu Happy Birthday padahal Hamper Baby. 


Alhmdulillah.. Rezeki baby kut (doakan Eyza cepat dapat baby).. Hihihi..

Barangan Johnson's ni bukan untuk baby je tapi sesuai untuk seisi keluarga tau.


Memang tak sangka sangat. Eyza ni memang pengguna setia produk ni dari sekolah. Dulu masa zaman sekolah, Eyza paling suka dengan cologne Johnson's. Bila dah makin dewasa, Eyza memang guna bedak dan Gel Mandian Johnson's pulak. Eyza paling suka dengan Mandian susu dan Peach. Rasa segar je seharian.


Eyza dapat Satu Set Barangan Johnson's dan Tin Limited Edition yang ada nama Eyza. Bestnya..




Ada yang nak Tin limited Edition yang ada printed nama kita sendiri macam Eyza?

Sempena Ulangtahun Johnson's & Johnson's yang ke 125 tahun (Wow.. lama kan?) korang boleh sertai Giveaway yang dianjurkan oleh Johnson's ni.Hadiahnya dah tentu la Tin limited Edition yang tertera nama sendiri. Ada 1000 tau tin ni. Potensi nk menang besar sangat. Untuk 8x125 weekly winners akan dapat jugak sekali dengan barangan Johnson's *terms and conditions apply


Cara nak sertai Giveaway ni senang je. Ikut langkah demi langkah macam kat bawah ni:

Step 1:
Snap and share a photo of your (or your family member's) fave moment with any Johnson's product on your page or ours!

Step 2:
Include a short caption, tag us (@JohnsonsBabyMY) and hashtag #Johnsons125Years

For more info:

Ha...tunggu apa lagi. Senang je kan syaratnya. Jom la join ramai-ramai.

18.3.18

Bidan Urut lepas bersalin/keguguran di Kedah & Penang

Sunday, March 18, 2018 0
Bidan Urut lepas bersalin/keguguran di Kedah & Penang
Hai korang.. Pejam celik pejam celik dah dekat 4 bulan Eyza keguguran. Allahhuakbar!! Rasa macam baru je lagi. Bukan rezeki Eyza lagi masa tu, lepas ni kita usaha lagi. Hihihi.

Lepas je gugur hari tu, Eyza balik kampung berpantang kat sana. Walaupun Eyza gugur, Eyza tetap pantang 2 minggu. Urut tungku semua Eyza buat. Sama macam kita pantang bersalin jugak. 

Eyza rasa bertuah sangat sebab kakak senior masa sekolah dulu sekarang ni dah jadi Bidan jaga orang lepas pantang. Dia dulu bekas nurse dekat Hospital Swasta kat Penang ni. Lepas tu, dia ambik kursus dan belajar ilmu-ilmu perbidanan ni dan sekarang memang expert la.

Sebelum balik kampung, Eyza dah booking akak ni. Eyza panggil dia Kak Ilah tapi ramai yang kenal dia dengan panggilan Maksu.

Eyza ambik pakej 3 hari berturut-turut. Rawatan yang Eyza ambik ialah :
* Bertangas
* Body Stim
* Mandi Herba
* Berurut
* Bertungku
* Pakai Bengkung

Bertangas
Hari pertama, mula-mula Eyza kena Bertangas dulu. Panas. Asyik bangun duduk bangun duduk je. Hahaha. Tapi bertangas ni bagus tau untuk kesihatan badan dan peranakan. 


Ada 7 kebaikan bertangas ni iaitu:
1. Mengecutkan rahim dan menguatkan otot vagina
2. Mengurangkan bau badan dan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.
3. Membantu mempercepatkan pemulihan selepaa bersalin/keguguran
4. Melancarkan darah Nifas
5. Mengurangkan masalah rahim
6. Mengelakkan masalah kegatalan
7. Membantu melangsingkan tubuh


Body Stim
Dah selesai bertangas, Eyza buat body stim. Yang ni lebih kurang dengan sauna jugak. Badan akan rasa segar je.


Mandi Herba
Mandi Herba ni pun best tau! Settle buat body stim, kita akan mandi air herba untuk buat badan kuat, segar dan wangi sebab bidan Eyza ni buat sendiri tau rempah ratus mandian herba ni. Dia pun ada jual. Tapi Eyza tak ingat pulak sepeket berapa RM.

Berurut
Dah segar badan lepas mandi, barulah berurut. Menjerit-jerit Eyza masa urut tu sebab badan dah masuk angin. Macam mana tak masuk angin, dah seminggu gugur baru balik kampung nak buat treatment ni semua.Tapi lepas urut badan best la.

Bertungku
Seumur hidup Eyza tak pernah bertungku. Ni baru nak buat. Ingatkan just letak tungku and dap dap je. Rupanya kena tekan. Hahaha.. menjerit lagi la jawabnya.

Bengkung
Bengkung ni memang wajib la pakai kalau kita berpantang sebab ia buat badan kita tak menggelebeh dan boleh kembali shape gitu. Bidan Eyza ni dia pakai bengkung panjang yang jenis ikat. Memang rasa jalan pun macam robot, tapi demi untuk penjagaan semula dalaman dan luaran. Apa ada hal. Tapi serius memang best sebab perut tak buncit.

3 hari berturut- turut Eyza buat treatment yang sama, cuma hari last bidan Eyza siap lulurkan badan Eyza dengan lulur yang dia buat sendiri. Best habaq hang. Kulit lembut je. Dah la wangi.

Eyza memang puas hati sangat ambik dengan maksu ni. Dah la harga berpatutan, maksue siap datang rumah cust tau. Tak payah susah-susah kita nak pergi rumah dia. Lagi satu, maksu jugak ada buat pakej untuk jaga ibu berpantang start dari urut, masak dan jaga baby semua dia buat.

Harga? Eyza jamin memang berpatutan dengan servis dia. Kat KL memang tak dapat la harga macam ni. Berbaloi sangat.

So, kalau sesiapa yang plan nak berpantang area Utara (Kedah / Butterworth / Penang) bolehlah contact maksu. Diskaun? Tu Eyza tak pasti. Tapi try la cuba nasib dengan sebut blog Eyza. Hihihi.

Boleh contact maksu kat nombor macam kat bawah ni.

Maksu : ±60195153539

Selamat Berpantang uolls!

Gambar : kredit google


17.3.18

Resepi Cucur Brokoli yang sesuai untuk anak yang tak makan sayur!

Saturday, March 17, 2018 2
Resepi Cucur Brokoli yang sesuai untuk anak yang tak makan sayur!
Hai korang.. Minggu ni dah start cuti sekolah. Dah tentu la ada mak-mak yang pening nak masak apa untuk anak-anak kalau minum petang. Ha.. ni Eyza nak share resepi cucur brokoli campur sosej. Sesuai sangat untuk anak-anak yang tak makan sayur.

Resepi Cucur Brokoli campur sosej
Bahan-bahannya:
4 batang sosej
Setengah pokok brokoli
Tepung gandum 2 cawan
1 biji telur
Bawang besar sebiji
Cili Api (kalau x nak pedas x perlu)
1 3/4 cawan air sejuk peti ais
Garam secubit atau secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara-caranya:
1. Potong bawang, sosej dan brokoli nipis-nipis atau ikut selera masing-masing.
2. Letakkan bahan potong, tepung gandum, garam dan telur dalam bekas. Gaul-gaulkan
3. Dah sebati baru masukkan air, kalau keras boleh tambah air n kalau lembik boleh tambah tepung.
4. Ambik secubit demi secubit dan masukkan dalam minyak yang dah dipanaskan atas dapur.
5. Goreng sehingga kekuningan.
6. Angkat dan boleh makan. Dah sejuk pun cucur ni still lembut tau.


Selamat Mencuba!