Blog Eyzamiel

13.6.17

Shopping Online di Lazada melalui Shopback memang untung!

Tuesday, June 13, 2017 0
Shopping Online di Lazada melalui Shopback memang untung!
Assalammualaikum & Hello uolls. Dah shopping Raya ke? Selalu suka shopping dekat mana? Eyza macam biasa la, online saja. Malas nak bersesak-sesak kat kedai. Bulan puasa ni semua tempat shopping sesak sampaikan nak parking pun susah.

Uolls nak tak shopping tapi dapat Cashback? Mesti nak kan? Eyza pun nak. Best tau, lagi banyak kita shopping, lagi banyak la Cashback kita dapat. Macam mana? Ha.. mai sini Eyza share. Tak mau la tau rahsia ni sorang-sorang je.

Pernah dengar tak Web Shopback? Kat sini la kita boleh shopping macam-macam dan dapat balik pulangan duit.


Dulu masa Eyza tak tahu yang Shopback ni ada, Eyza selalu beli terus dari web yang Eyza suka. Kalau macam tu, memang tak dapat la duit balik. Paling tak pun kita akan dapat diskaun je. Bila sekarang ni dah tau Shopback ada, makin best la Eyza shopping. Hahaha.

Dekat Shopback ada pelbagai web yang boleh kita pilih dan yang paling Eyza suka ialah Lazada. Eyza ni boleh dikatakan pembeli tegar kat sini.

Senang je nak buat duit. Meh Eyza bagitau step by step :

Bukak Web Shopback


Dekat belah kanan atas, ada Sign up.. klik dan daftar kat situ.


Boleh pilih nak daftar dengan Facebook atau email. Macam Eyza, lebih suka daftar guna email.


Lepas tu, uolls akan dapat satu akaun macam dekat gambar atas sebelah kanan. Nanti semua duit hasil shopping akan appear kat situ.

Untuk shopping, pilih je mana-mana web yang uolls suka, klik dan shopping macam biasa.


Macam Eyza suka shopping kat Lazada sebab Lazada ada sampai 11% pulangan duit dari jumlah belian kita. Nak shopping, Eyza klik Lazada dan akan keluar macam ni dan klik Activate Cashback.Terus masuk web Lazada, Login dan shopping macam biasa.



Dekat Lazada ada macam-macam barangan dari barangan keperluan peribadi sampailah keperluan rumah. Semua ada kat sini. Klik je, tunggu barang sampai dekat rumah.Memang jimatkan amsa kan kalau beli online ni.

Selain Lazada, Eyza nak jugak cari baju raya. Masuk je web Shopback dan pilih web yang ada tawarkan baju raya.


Saja la Eyza cuci mata tengok Baju Raya dekat emel by Melinda Looi ni.Cantiknya. Dah la kat sini ada pulangan balik sampai 15%. Banyak tu.




Cantik-cantik baju kat sini, tapi sayang tak ada Plus Size pulak. Takpe, Eyza percaya pembaca blog Eyza mesti ramai kan peminat koleksi baju Melinda Looi ni. Ha.. masa ni la nak shopping kat sini. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dengan kualiti kain.

Kalau tak nak shopping baju, boleh juga shopping Baucer makanan di eatigo untuk berbuka puasa atau makan-makan dengan kawan-kawan dan family.


Macam Eyza tengah cari Restoran untuk Celebrate Birthday Hubby 14 Jun ni. Eyza klik je dekat Halal Cuisine, Banyak pilihan yang keluar.



Macam-macam kita boleh beli dekat Shopback ni.Pilih je web mana kita nak.

Sekarang ni Shopback tengah buat promo raya uolls.Diskaun sampai 70%. Ni yang buat Eyza lagi semangat nak shopping raya ni. Jom kita shopping melalui Shopback. Memang berbaloi!




Jangan lupa tau.. Shopping melalui Shopback. Boleh dapat diskaun dan pulangan wang..

Eyza dah shopping. Uolls bila lagi?

Klik sini kalau nak shopping - Website


11.6.17

Resepi : Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang

Sunday, June 11, 2017 1
Resepi : Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang
Hai.. Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni dah Ramadhan ke 16. Sekejap je lagi kita dah nak bertemu demgan Bulan Syawal.

Hari ni cuti tapi malas nak keluar ke mana-mana. So, meh la kita masak hari ni.

Awal pulak siap masak. Sambil lepak tunggu waktu berbuka, Eyza up la resepi kat blog. Senang kalau ada sesapa yang teringin nak masak. Simple je masakannya.

Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang

Bahan-bahannya:


Sebiji bawang besar
5 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ulas bawang putih


Udang setengah kilo


Kacang panjang ikut suka nak banyak mana
Sebiji tomato


Santan sekotak
Garam secukup rasa
Kunyit satu sudu kecik

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api.
2. Masukkan santan, kunyit dan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Kacau dan letakkan atas dapur dengan api kecik.
3. Kacau sampai santan panas ( tak perlu mendidih)
4. Masukkan Kacang panjang dan tomato
5. Kacang nampak masak, masukkan udang dan garam sampai masak. Tutup api.


Tada.. Dah siap. 

Makan dengan ikan goreng dan sayur pak choy goreng kicap dengan nasi panas-panas memang buat bertambah-tambah. Hihihi.

Selamat Mencuba!

10.6.17

Blogger Shea Rasol Meninggal Dunia

Saturday, June 10, 2017 0
Blogger Shea Rasol Meninggal Dunia
Allahhuakbar...

Baru semalam Eyza dapat tahu yang Blogger Shea Rasol ni kena kanser tahap 4.. tup.. tup.. hari ni dapat tau yang Arwah dah tak ada... Dah pergi tinggalkan dunia ni..

Ya Allah... Rasa tak percaya...Dulu Eyza selalu baca blog Arwah.. kiranya arwah ni blogger otai seangkatan Cik Epal, Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha.


Perginya Arwah pada usia 29 tahun di hari Jumaat dan di Bulan Ramadhan yang mulia. 

Ya Allah.. tempatkanlah Arwah Shea Rasol bersama Orang-orang yang Kau Cintai.

Salam Takziah untuk keluarga Arwah Shea Rasol. Moga roh Arwah tenang di sana.

Al - Fatihah

"Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali"


8.6.17

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Thursday, June 08, 2017 1
SGshop “Jom Shopping!” Contest
Hai uolls!

Pernah shopping dekat SGshop tak? Eyza pernah shopping sekali dekat sini. Banyak jugak pilihan. Barang-barang ni semua direct dari China dan harganya lebih murah berbanding beli terus dekat Malaysia. Ada antara barangannya yang berkali ganda murah dari harga pasaran Malaysia. Kiranya berbaloi shopping kat sini.

Apa tu SGshop?
SGshop ditubuhkan sejak dari Ogos 2011 di Singapura. Mereka berkembang ke Malaysia pada Mac 2015 dan didaftarkan sebagai syarikat tempatan dibawah nama SGshop Ecommerce Sdn Bhd (1123326-T) yang pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. 

Eyza dah banyak kali dok ushar dekat Web SGshop..Kalau ikutkan hati banyak yang Eyza nak beli, tapi mengenangkan bajet, terus senyap dulu. Hahaha.


Sebab tu la bila Ayue Idris buat  "Jom Shopping!" Contest SGshop terus nak join. Mana la tau kan ada rezeki nak menang RM 500 untuk shopping kat SGshop! Giler tak nak. Dah tentu la nak. Banyak tu.Macam-macam Eyza boleh beli kat sini.


Apakah Servis yang SGshop Tawarkan?

SGshop ni tawarkan servis shopping online untuk kita-kita yang tak ada masa nak beli belah kat kedai. Ada pelbagai barangan dari keperluan peribadi sampailah keperluan rumah.Ada barangan Kosmetik, Perabot, Kamera, Kasut dan macam-macam la. Semua ada kat sini. Terdapat lebih dari 200 barangan yang boleh kita pilih. Dah la murah, banyak pilihan pulak tu.Boleh buat kita rambang mata.

SGshop ni kira macam anak la pada website Taobao.com . Tapi kalau kita beli kat Taobao agak susah sikit sebab semuanya dalam Bahasa Cina, sebab tu la diaorang buat SG Shop khas untuk kita yang tak pandai bahasa cina pun still boleh shopping barangan direct dari China. Bagus betul sebab cari penyelesaian untuk bantu kita shopping.

Dekat sini jugak kita boleh check harga, ukuran dan paling penting kos penghantaran sebab jauh kan.Tak ada la issue kena tipu kos shipping ke apa sebab awal-awal dah tahu. Dan kalau kita tak sure atau nak tanya apa-apa boleh refer pada Help Centre diaorang. InsyaAllah diaorang akan membantu.

3 Item yang Eyza nak beli dekat SG Shop

Selepas Eyza dok ushar Web SGshop ni, Eyza ada la berkenan dengan 3 barang ni. Nak tengok tak apa yang Eyza teringin sangat nak beli kat sini? Ha.. ni la yang Eyza berkenan!


Untuk pembelian Klik Sini

Eyza nak sangat Meja ni sebab senang nak letak laptop untuk update blog. Sebelum ni, terpaksa bawak laptop letak atas meja makan. Tak ada "Work Station" sendiri. Kalau ada meja ni senang sikit, buat kerja dalam bilik je.Boleh la dapat ilham banyak sikit.



Lagipun, meja ni sesuai sebab design dia moden boleh jimatkan ruang. Dekat bawah meja kita still boleh simpan barang-barang lain sebab ianya tak bertutup dan dibuat terbuka. Dengan kaki meja berbentuk Z terbalik.. kalau tengok dari tepi nampak N pun ada. Sesuai la dengan Eyza sebab nama penuh Eyza bermula dengan N. Eh.. tetiba pulak kan. Hihihi.



Meja ni jugak tahan lasak. Kiranya kalau anak buah Eyza main lompat-lompat atas tu pun InsyaAllah tak runtuh. Harga pun murah.


Untuk pembelian  Klik Sini

Sofa kat rumah Eyza tu dah koyak rabak dikerjakan dek anak buah Eyza.So, kali ni dah tak nak beli Sofa Leather, Eyza nak beli Sofa kain je. Tengok dekat SGshop ada pulak Sofa macam Eyza nak. Terus masuk dalam Wishlist.

Eyza suka sofa ni sebab kaler BIRU dan ianya bukan setakat Sofa, kita boleh buat tilam sekali. Eyza dengan hubby dah la suka tertidur depan ruang tamu. Sofa ni memang sesuai dengan kitaorang, sambil tengok TV boleh tidur terus. Best ni.





Untuk pembelian Klik Sini

Sebagai blogger, kamera penting sangat untuk Eyza. Dah lama mengidam nak beli kamera comel-comel macam ni supaya senang nak angkut pergi Event.Lagipun kualiti gambar bagus serta boleh connect terus ke wifi. Balik event je terus dah boleh update blog. Mudah sangat.

Ada 3 kaler untuk kamera ni iaitu Pink, kuning dan Putih. Untuk peminat  Hello Kitty  dah tentulah Eyza pilih Pink. Cantik kan? 


Ok tak pilihan Eyza ni. Ni baru 3 barang, kalau boleh banyak lagi yang Eyza nak senaraikan cuma takut kang korang lagi rambang mata je. Hahaha.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website : www.sgshop.com.my
Instagram : @sgshop_malaysia
Facebook : SGshop Malaysia

Jom la reramai kita meriahkan Contest Ayue Idris ni.. Klik je kat Banner contest tu. Kalau menang tu rezeki la. Doakan Eyza menang ye! :)

#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia