Blog Eyzamiel

18.1.18

Diet sihat dengan KayLiz Granola yang super duper sedap!

Thursday, January 18, 2018 0
Diet sihat dengan KayLiz Granola yang super duper sedap!
Eyza ni jenis yang pagi nasi, tengahari nasi dan malam pun nasi. Berapa banyak nasi la dalam badan kan? Sebab tu la badan pun mengembang dengan jayanya.

Masa pergi Jogja hari tu tengok gambar semua rasa nak nangis sebab bulatnya.. Selama ni dok ingat ok la sebab baju semua muat lagi. Bila tengok gambar sendiri rasa nak pitam.

Sebab tu la Eyza cakap kat hubby nak diet la.. Tak sanggup nak tengok diri sendiri kat cermin. Bukan apa, kalau gemuk ni sihat ok. Takut jugak datang penyakit lain. Tambah-tambah bila umur pun makin meningkat ni.

Untuk permulaan diet ni Eyza dah tak sarapan nasi tapi Eyza gantikan dengan KayLiz Granola. 


Eyza suka KayLiz Granola ni sebab rasanya sedap dan boleh makan macam tu je buat snek. Kalau ada yang nak makan dengan susu atau madu pun boleh. Eyza kalau makan ni sambil tengok tv memang tak sedar boleh habis sepeket. Tapi untuk diet ni, sarapan pagi Eyza just ambik semangkuk je. Tu pun dah mengenyangkan sampai waktu lunch nanti.


Packaging granola ni pun betul-betul jaga kualiti dan ada zip lock sekali. Lepas kita dah masukkan dalam mangkuk, kita tekan je belah atas tu ikut garisan untuk zip lock granola ni supaya tak masuk angin. Simpan untuk makan esoknya pulak.


KayLiz Granola ni warna purple/ungu sebab ianya menggunakan ubi manis yang warna purple tu.

Ni antara bahan utama yang digunakan untuk buat granola yang super duper sedap ni.

OAT
- Oat memang bijiran sihat yang memang kita semua dah tahu.Dalam oat ada vitamins, minerals, serat dan antioxidants.

SWEET POTATO
- ni memang kegemaran Eyza. Eyza suka sebab ianya manis dan banyak khasiat. Sweet Potato ni ada vitamin A, Vitamin C, Manganese, Copper, Pantothenic acid dan vitamin B6.

CHIA SEED
- Chia Seed ni memang Eyza dah amalkan. Sebelum ni letak dalam air je. Dah ada dalam granola ni lagi senang. Ngap terus je. Chia Seed mengandungi Omega 3 fatty acids, karbohidrat, protein, fiber, antioxcidants dan kalsium.

MADU
- Madu memang baik untuk antioxidant dalam badan. Ianya dapat boosts imun system dalam badan.


Kalau nak kurus, makan KayLiz Granola 30 minit ke 1 jam sebelum senaman untuk dapat lebih berkesan.


Granola ni senang dan sesuai untuk bekalkan tenaga untuk kita lakukan aktiviti seharian. Ianya sesuai untuk orang-orang yang sibuk macam Eyza ni sebab ianya provide kalori, lemak baik,protein yang berkualiti, high fiber, minerals dan vitamin.

Bukan susah pun nak sihat. Pokok pangkal diri kita sendiri. Doakan Eyza berjaya kurus untuk tahun 2018 ni ye.Hihihi.

Maklumat lanjut boleh layari:
Fb : KayLizHQ

Whatsapp : 011-10906902 @ 0196255010


8.1.18

Jom Kurus dengan C-Trimax

Monday, January 08, 2018 2
Jom Kurus dengan C-Trimax
Semua orang nak kurus kan? Bohong la kalau Eyza tak teringin kurus. Tapi Eyza tak nak la kurus secara tak sihat. Nanti badan memang la kurus tapi penyakit lain pulak datang.

Eyza lebih prefer produk kurus yang guna ekstrak buah-buahan macam produk C-TriMax ni.


Didatangkan dalam sachet kecik-kecik yang memang sesuai untuk kita bawak ke mana-mana. Dalam sekotak ni ada 15 sachet. Kiranya cukup untuk 15 hari sebab ianya cuma perlu ambil sehari 1 sachet je.


Apa itu C-TriMax?
- Berfungsi sebagai Fat Burner.. Kalau disertakan dengan senaman lagi cepat kesannya.


Produk ni boleh membuang toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak yang tertumpu kepada semua anggota badan.

Jangan risau tau sebab C-Trimax ni ada kelulusan KKM . Serbuk ni berperisa buah Markisa dan ianya perlu dibancuh dengan air suhu bilik. Ianya perlu diminum 30 minit sebelum makan.


Dengan C-Trimax ni, kita akan kerap haus dan perlu minum banyak air dalam kuantiti yang banyak.


C-Trimax ni dapat:
1. Menghalang pembentukan lemak
2. Mengawal berat badan
3. Mengurangkan dan mengawal selera makan
4. Mengurangkan Kolestrol
5. Menambah Tenaga
6. Melancar dan membaik pulih peredaran darah
7. Membuang toksin dalam badan

Nak bancuh pun senang sangat. Memang mudahkan kerja. Tak sampai 1 minit pun.





Harap-harap tahun 2018 ni dapat la Eyza kurus. Nak jugak pakai baju fesyen orang kurus ni. Semua cantik-cantik. Dah la murah. Jeles i tau.

*simpan di tempat sejuk & kering
*jauhkan dari kanak-kanak
*tidak digalakkan untuk ibu mengandung
*kesan pada setiap orang berbeza

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Skyworld Techno
B-00-03, Jalan Mutiara 2,
Mutiara Heights,
43000 Kajang,
Selangor.

No tel (whatsapp) : 012-3434206

FB : ctrimaxhq

Instagram : ctrimaxhq

Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis

Monday, January 08, 2018 0
Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis
Sape suka Tempoyak? Eyza dulu tak pandai makan tempoyak tau. Family Eyza memang tak pernah masak Tempoyak, budu dan cencaluk. Tiga-tiga ni Eyza tak pandai makan sampailah bia Eyza menyewa bujang, roommate Eyza orang Pahang dan dia selalu bawak Ikan Patin Masak Tempoyak kalau dia balik kampung. Dari situ Eyza try makan dan sampai sekarang Eyza suka tambah-tambah bila Encik Suami penggemar tegar tempoyak.

Kalau tempoyak yang masih manis Eyza suka la campurkan mentah camtu ngan cili api je. Tapi kalau tempoyak tu dah masam, Eyza tak berapa gemar sangat makan camtu. Tempoyak masam ni sedap kalau masak Ikan Patin tempoyak. Tapi selain dari tu Eyza suka masak Sambal Tempoyak dengan Ikan Bilis. Resepi ni pun hubby yang ajar sebab mak mertua Eyza suka masak macam ni. Sedap tau! Dah la bahan-bahan simple je.

Sambal Tempoyak Goreng dengan Ikan Bilis


Bahan-bahannya:

5 atau 6 sudu tempoyak
6 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

- tumbuk cili api
- panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili api serta ikan bilis.
- Masak jangan sampai ikan bilis garing tau. Biar separuh masak macam tu.
- Masukkan tempoyak, garam dan gula. 
- Dah agak-agak garing, tutup api.
-Makan dengan nasi panas-panas memang best.

P/s: selain ikan bilis boleh juga tukar kepada udang. Lagi sedap sebab udang manis.

Selamat Mencuba uolls!

7.1.18

Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza

Sunday, January 07, 2018 2
Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza
Semalam Hubby cakap teringin nak makan sup tulang. So, apalagi terus ajak dia pergi beli tulang kat Kilang daging kat Ampang. Memang kami suka beli dekat situ sbb tulang kat situ bukan tulang semata. Banyak isi jugak la. Ni pun dah lama kami tak pegi situ. Dulu sekilo baru RM 11. Ni semalam pergi dah RM 14 sekilo. Standard la kan harga camtu. Hubby beli 2 kilo. Kami berdua je pun. 2 kilo boleh makan 2 hari. Alhamdulillah. Jimat dah kat situ. Hihihi.


Menu lunch kami hari ni dah tentu la sup tulang. Sambil-sambil tu tambah sambal kicap dengan sambal tempoyak ikan bilis. Sedap tau. Hahaha. Sesekali puji diri sendiri takpe kan.

Nak tau resepi sup tulang versi Eyza? Jom kita tengok. Memang simple sangat dan yang penting sedap. Next entry Eyza bagi resepi sambal tempoyak.

Resepi Sup Tulang Versi Eyza


Bahan-bahannya:
2 kilo Tulang lembu
Bawang kecik 6 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia setengah inci 
Sebiji bawang besar - Mayang
1 Sup Bunjut Tulang(eyza pakai adabi)
Sebatang daun saderi
2 biji Ubi Kentang
2 biji tomato
Setengah Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
-Rebus tulang dengan bunjut sup tulang sampai empuk.
- Blender bawang kecik, bawang putih dan halia.Ketepikan.
- Masukkan minyak dan tumis Bawang besar yang telah dimayang dan 3 sekawan yang ada diluar bunjut(dalam pek sup tulang ada). Masak sampai naik bau.
- Masukkan kiub pati ayam dan bahan yang telah diblend/kisar sampai naik bau dan agak garing.
- Masukkan tulang dan semua air rebusan termasuk bunjut sup.
- Masukkan juga ubi kentang.
- Bila mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan garam secukup rasa.
- Masak agak-agak semua dah empuk, tutup api.
- Hidangkan dan tabur daun sup dan bawang goreng (Eyza smlm tak tabur 2 ni sbb hubby x suka).

Ha.. Dah siap! Senang je kan? Dah seminggu hubby selsema dan batuk. Makan sup Alhamdulillah selsema dengan batuk dah kurang. 

Kalau ada sup, Eyza memang suka pairkan dengan sambal kicap. Resepi ni lagi la senang.

Resipi Sambal Kicap 

Bahan-bahan:
5-6 tangkai cili api
Kicap Manis
Limau Kasturi

Cara-caranya:
Potong cili api kecil-kecil
Masukkan dalam bekas, perah limau dan masukkan kicap. Kalau suka boleh campur bawang besar yang telah dimayang. 

Senang kan? Sekejap je dah siap.

Cuba tau. Gerenti korang makan berulang. Hihihi.

P/S : Nak copy resepi ni just highlight, tekan control c dan tekan control v utk pastekan dekat word. 

Selamat Mencuba uolls!