Blog Eyzamiel

11.2.16

eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke eyzamiel.com

Thursday, February 11, 2016 10
eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke eyzamiel.com

Alhamdulillah... Akhirnya http://eyzamiel.blogspot.my dah tukar ke www.eyzamiel.com ...  Lepas ni moga-moga mood blogging makin semangat dan tak kelaut lagi.

Bila dah tukar ke dotcom ni banyak la nak kena cantikkan lagi blog.Lagipun friendlist semua hilang. Kena add baru. Yang tu aku akan buat step by step. Sekarang ni nak fokus kat entry yang tertunggak je. hihihi..

Kalau korang nak jugak tukar ke .com bole contact BRO FRAMESTONE. Tq Bro!

5.2.16

Falling Angel dah kawen!

Friday, February 05, 2016 8
Falling Angel dah kawen!
Alhamdulillah.. adik bongsu dalam Einaangel Network dah kawen.. Seronok tengok orang kawen.. tetiba terimbau balik kenangan 8 tahun dulu.. cewah..hihihi..

Aku, Emi, Zira ngan Shiqin diberi mandat jadi Bridesmaid. Jujur aku cakap, ni first time aku jadi Bridesmaid.. aku pun tak tau apa peranan Bridesmaid ni.. hahaha.. hentam je la Labu..

Memandangkan Eina kawen sehari sebelum Thaipusam.. maka banyaklah jalan tutup..aku guna PLUS Highway je.. senang.. tak jammed..

Eina nikah pkl 10.00 pg.. pkl 9.30 kami dah sampai.. Eina dah siap mekap pun.. cantik berseri-seri adik bongsu ni.



Sementara nak tunggu pengantin lelaki sampai, sempat la kami berphoto gediks dalam bilik.. 



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. Eina dah jadi yang halal untuk Ewan.. Best o kawen.. hahahah..





Selesai Eina nikah, dia terus tukar baju untuk bersanding pulak. Cantik baju songket Eina. lembut je kaler.


Kami geng Bridesmaid ni lepak kat luar susun apa yang patut.. Pastu, tulis la ucapan sikit kat pengantin. penat Emi buat Guest Book. Kalau sape berkenan dan nak order, bole contact Emi ye. Handmade. Takde dijual kat kedai tau design yang dia buat.



Selesai bagi ucapan apa yang patut, kita makan la. lauk pauk semua sedap. siap ada bubur jagung lagi.



Bila Eina dah siap, kami sambung photo gediks.



Punya la dok syok ambik gambar, sampai tak sedar pengantin lelaki dah sampai. kelam kabut semua keluar sampaikan pengantin lupa bawak bunga tangan. adoi la.



Ada kompang siap nyanyi lagi. Best.


Ramai geng-geng blogger datang. Antaranya Ina Ainaa , Ayue , Naomie, Julia, Nannie, Eazy, Ju, Ruby dan ramai lagi yang aku tak sempat jumpa. Meriah.











Untuk Eina, Selamat Menempuh alam Rumahtangga. Kena banyak sabar. Kena bertolak ansur. Moga bahagia till Jannah dan cepat-cepat dapat baby. Muah!



2.2.16

JJCM IPOH : ICE CREAM MACARON

Tuesday, February 02, 2016 2
JJCM IPOH : ICE CREAM MACARON
Satu lagi tarikan makanan yang agak unik kat Ipoh ni bagi aku adalah Ice Cream Macaron. Kat KL pun aku tak pernah jumpa. Masa lunch kat Restoran Tasik Raban, kami nampak la ada gerai jual Ice Cream Macaron. So, kami decide nak cuba.

kredit Sally
Aiskrim ni dibuat oleh Chef tau. Chef Yus namanya. Kat sini, korang boleh pilih nak Macaron saja atau Ice Cream Macaron. memandangkan Macaron dah biasa makan, kami pun cuba Ice Cream Macaron plak. 


Yang uniknya, Ice Cream kat sini dibuat sendiri oleh Chef Yus. Macaron dan Ice Cream, dua-dua home made.


Korang boleh jengah fb dan insta Chef Yus ni. Mana la tau kut nak order banyak, contact je no kat bawah ni ye.

Sherry : 016-225 4562
Chef Yus : 016-202 2747
Facebook : Maison Du Macaron


1.2.16

JJCM IPOH ~ PATISSERIE BOUTIQUE CAFE

Monday, February 01, 2016 2
JJCM IPOH ~ PATISSERIE BOUTIQUE CAFE

Ok. Selain dari kami ke Ipoh untuk menginap di The Haven, kami jugak ada misi kat sini. Apa misinya? Mesti la nak cari makanan sedap kat sini. Dan hasil dari cadangan di Mr Google kami buat keputusan untuk makan kat Patisserie Boutique Cafe.


Muka happy nak gi makan
 Cafe ni terletak Di Jalan Yusuff.. Tempat yang agak sesak dan agak happening kat sini. Kebetulan plak kami sampai waktu Lunch. So, apa lagi bertabah la cari parking. Berkat kesabaran dapat jugak kami parking tak jauh dari kedai tu.


Masuk je dalam kedai. Aku agak kagum dengan hiasan dan susunan dalam tu. walaupun kedainya agak kecil tapi deko dan pilihan makanan yang pelbagai yang buatkan pelanggan tak putus-putus datang.


Kat sini, makanan adalah berkonsepkan western dan simple je. Kalau nak makan nasi, sini bukan tempatnya ok. ;)





Ni pulak antara makanan yang kami pesan.








Overall, kami puas hati dan kalau datang lagi ke Ipoh mesti akan singgah sini lagi. Yang paling win bagi aku kat sini adalah desert dia.. Creme Brulee dia sedap. 

Ok, kalau korang datang Ipoh dan teringin nak rasa kelainan makanan western, boleh cuba kat sini.

Pâtisserie BoutiQue Cafe
Address:
103, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Phone:
+605-241 1385

Hours:
11:00 AM – 6:00 PM, Closed on Wednesday