Blog Eyzamiel

7.12.15

4Fingers Crispy Chicken kini dibuka di Mid Valley

Monday, December 07, 2015 0
4Fingers Crispy Chicken kini dibuka di Mid Valley

Sape tau tentang Restoran 4Fingers Crispy Chicken? Restoran ni sebenarnya baru je dibuka di Malaysia dan ianya bertempat Mid Valley Megamal. Sebenarnya Restoran ni memang dah terkenal di Singapore sejak dari tahun 2009 lagi... Tak hairan la kalau tanya membe di singapore dia orang bole suggest apa yang best dan menarik kat sini..


Ada pelbagai jenis makanan berasaskan ayam.. pilih je mana yang berkenan... Kalau tengok menu memang rambang mata.. tak tau nak order yang mana.. semua nampak sedap...



Serentak dengan pembukaan kedai baru di Mid Valley ni, 4Fingers baru saja menyambut ulangtahun yang keenam..



Ketua Pegawai eksekutif 4Fingers iaitu Mr Steen Puggaard berkata dalam industri F&B pengguna menumpukan pada jenama yang menawarkan makanan yang jujur, lazat dan sihat.


 4Fingers telah berjaya memenuhi selera para pelanggan sejak ianya dibuka di ION Orchard pada November 2009.Fokus utama mereka adalah kualiti iaitu dengan menghidangkan ayam yang segar dan bebas dari bahan pengawet serta MSG.


Pelanggan akan sukar membuat pilihan dengan pelbagai menu yang disediakan...

Chicken Drumstick 6pcs RM 39.50

Crispy Calamari RM 17.90 (ala carte) / RM 22.90 (set)

Mushroom & Tofu Salad RM 14.90 (ala carte) / RM 19.90 (set)

Battered Shrimp RM 17.90 (ala carte) / RM 22.90 (set)

Kimslaw (House made kimchi coleslow) RM 6.90

Nak try kelainan rasa ayam goreng? bole la cuba 4Fingers...

LG-074A, 
Lower Ground Floor Mid Valley Megamall Lingkaran Syed Putra, 
59200 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Daily, 10am to 10pm
Website: www.4fingers.com


5.12.15

Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya

Saturday, December 05, 2015 0
Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya
Semalam aku n gang blogger sempat gi tengok Teater Bawang Putih Bawang Merah kat Istana Budaya... 


Sebelum.ni aku dah pernah pg Istana Budaya.. tapi bukan tengok teater.. Masa tu aku pegi sebab ada pertandingan Tarian... Ni kiranya first time aku tengok teater kat Istana Budaya...


Aku akui... aku pegi tengok Teater ni sebab ada Beto Kusyairi dan Syahrul Rizwan je pun... tapi... bila je teater mula.. aku dah terpegun... tengok setiap inci atas pentas tu... cantik sangat...  lakonan dari pelakon2 yang terlibat jugak betul2 buat aku terpukau..


Fathia Latif sebagai Bawang Merah betul2 buat aku rasa sama emosi dia.. Juliana Evans pula bawang putih yang jahat dan gediks...

Sekian lama aku nak tengok kak ogy berlakon teater.. akhirnya aku dapat tengok dalam teater ni bila kak ogy dgn adik dia Fazlina berlakon sebagai mak labu dan mak kundur yang suka bergaduh.. Real tau nampak kak ogy pukul adik dia...pastu time dia pukul Fathia pun sama.. betul-betul menjiwai watak... selain tu watak Nabila Huda dn Tya Ariffin pun tak mengecewakan.... 

Beto plak pegang watak sebagai si Bongkok yang sukakan Bawang Merah.. tapi Bawang Merah vuma anggap dia sahabat dunia akhirat.. yang paling best aku suka time Beto berlawan ngan Sultan (Syahrul Rizwan).. nampak tangkas dan kemas.

Malas aku nak citer lebih2.. sebab apa? Sebab korang wajib tengok teater Arahan Erma Fatima ni.. Pelakon Best.. Backdrop cantik.. jalan cerita kemas.. lagu sedap... puas hati la. Kalau korang tak caya.. korang terjah la sendiri...

Pementasan ni akan berlangsung dari 3 hingga 8 Disember 2015. Ada masa lagi...
Tiket2 yang berharga RM36 -  RM256 bole dibeli dengan melayari www.airasiaredtix.com atau bole terus ke Istana Budaya.

kredit : Eazy Izzuddin


30.11.15

RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN KESEGARAN YANG NYATA

Monday, November 30, 2015 2
RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA TERBARU SAFI MEN KESEGARAN YANG NYATA
Baru-baru ni aku sempat ke  Glasshouse Seputih  untuk Majlis Pelancaran produk baru dari Safi.Teruja aku bila dapat tahu yang SAFI keluarkan produk untuk lelaki.


Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.



SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.


Sebagai seorang lelaki, penampilan diri bermula dengan pakaian yang kemas  serta muka yang bersih dan segar. Namun begitu, mendapatkan raut wajah yang bersih bukanlah satu perkara yang mudah. Di Malaysia, iklim cuaca yang panas dan lembab serta keadaan jalan raya yang berhabuk merupakan cabaran besar kaum lelaki untuk menjaga kulit muka agar bersih dan tidak kusam. Hiruk piruk metropolitan yang penuh pencemaran boleh menyebabkan pori mudah tersumbat dengan kotoran dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Permasalahan ini ternyata memberikan kesan kepada konsentrasi serta keyakinan diri kaum lelaki di tempat kerja. Keadaan muka yang berminyak turut memberikan gangguan terhadap keselesaan berkomunikasi dengan rakan sekerja mahupun orang awam.



Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”


Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan, “Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”.


3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan.



SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri.

Katanya lagi, “Menurut kajian yang dijalankan pihak penyelidikan & pembangunan SAFI, kaum lelaki cenderung mengalami masalah kulit berminyak kerana hormon testosterone lelaki mempengaruhi pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak di kulit. Lebih tinggi hormon testosterone seseorang, lebih banyak pengeluaran minyak yang berlaku. Selain itu, lelaki mempunyai pori yang agak besar berbanding kulit muka wanita menyebabkan kulit mudah tersumbat dan penghasilan jerawat mudah berlaku. Atas kesedaran inilah kami tampilkan satu solusi buat kaum adam.”


Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta  produk SAFI Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.



“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi Fattah kepada tetamu yang hadir.




3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri...

Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay
Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.
Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif.

Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak! Raut wajahmu kini sihat tanpa kilat muka yang berlebihan.



Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster
Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat
Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat.  

Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami. Kini potensi dan keyakinan dirimu tiada batasan! 

Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White
Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam. 
Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin  yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati

Ayuh mengorak langkah penuh berani dengan kulit cerah dan segar bermaya! Cerah semula jadi, barulah “ori”!

Hubby la yang paling happy sebab aku bagi dia pakai produk SAFI Men ni... Alhamdulillah.. sesuai dengan dia.. dah nampak perubahan... ye la sebelum ni muka dia berminyak pastu gelap.. maklum la kerja kat site.. tapi, Alhamdulillah la SAFI Men ni dapat hilangkan masalah hubby tu.. Asyik dok tanya aku.. Hensem ke tak dia sekarang.. hahaha...




Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

24.11.15

Hari kedua di Gold Coast Morib

Tuesday, November 24, 2015 0
Hari kedua di Gold Coast Morib

Esoknya.. kami lambat sikit turun untuk breakfast.. bagi peluang orang lain makan dulu... 8.30 pagi baru kami turun.. orang ramai time ni.. tapi takde la sesak.. masih senang nak ambik makanan.. rezeki kami jugak sebab dapat meja dekat dengan tempat Buffet.. takde la jauh nak berjalan ambik makanan....

Banyak jugak pilihan makanan kat sini... Ramai yang suggest suruh try pancake.. aku dah la memang suka pancake.. breakfast kali ni aku langsung tak ambik nasi... untuk 1st round aku ambik pancake dengan puding roti.. dua2 favourite... Pancake tu mmg win.. sedap.. tak menang tangan chef tu nak buat.. cepat je habis...




Dah kenyang sarapan... kami jalan-jalan kejap kat pantai.. pastu terus nak gi waterpark...  gelang yang kita dapat untuk masuk waterpark tu jangan bukak.. so, bole la kita mandi 2 hari berturut-turut... tapi, memandangkan hari pertama aku tak mandi kat sini, kami masih simpan elok la gelang tu.... sampai kat pintu masuk, akan ada pekerja kat situ yang akan pakaikan gelang tu kat kita.. dah pakai gelang.. masuk dan bole la mandi-manda dengan riang gembira... 


Tengok dari atas pun aku dah teruja.. bila masuk dalam lagi la best... lagipun kat sini tak perlu pakai swimming suit.. pakai t-shirt pun bole masuk.. aku suka kolam renang konsep macam ni.. kalau yang pakai swimming suit tu rasa cam menyampah sebab aku takde.. hahahah..



Hubby Layankan je la kanak-kanak ribena ni nak mandi la.. bergambar la.. ye la.. besday girl women..





Aku tengok ramai orang naik gelongsor ni.. aku pun teringin la nak try...


Ready nak turun...


Masa ni dah nebes...


Gelongsor turun.. ada gaya tak?


Sampai je bawah.. terus berdebush.... sakit bontot aku.. dah macam dugong terdampar..  Tapi best... rasa nak buat lagi.. cuma kesian orang lain nak main dah tak boleh sebab banyak sangat air terpercik keluar... hahaha... *alasan sangat*





Dah puas berendam... naik bilik sambung berjakuzi plak.... pukul 11.50 baru kami keluar untuk check out.. sebelum tu sempat la bergambar dulu kat kawasan Hotel..


kat sini ada gambar untuk aktiviti yang pernah dibuat kat sini.. ada jugak shooting drama....


Hubby dah tunggu kat kereta time ni.. terpaksa la selfie je dengan si merah...


Alhamdulillah.. Best sangat sambutan Besday kali ni.. walaupun simple.. tapi best... setakat yang aku menginap kat sini.. memang tak mengecewakan.. semua aku puas hati kecuali tekanan air yang agak kecik.. tapi takpe.. kalau tak puas mandi.. terjun je kat pool.. gerenti cukup air...

InsyaAllah aku akan repat lagi datang sini... dan kalau korang nak pakej murah.. rajin-rajin la ushar kat groupun .. takpun korang direct je ngan hotel.. kekadang hotel pun ada buat promo... memang berbaloi..

Gold Coast Morib
PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.